Thursday, July 31, 2008

Satu Soalan Untuk PAS

Isunya tidak lain tidak bukan adalah muzakarah/mubahalah tetapi saya lebih suka menggunakan perkataan "pertemuan" sebab apa saja perkataan yang digunakan itulah maksudnya. Tidak payahlah gunakan istilah arab kalau sekadar untuk melunakkan bahasa dari kutukan ahli-ahli dan penyokong. Kalau sudah adakan pertemuan, orang bisu pun akan berbicara/berbincang/bercakap.

Peristiwa pertemuan ini yang pada mulanya dirahsiakan dari umum oleh pemimpin PAS telah pun mengundang teka-teki. Lebih-lebih lagi bila ada pula pemimpin PAS yang berbohong, sehinggalah diakui sendiri oleh PM Abdullah Ahmad barulah PAS mengakuinya. Kalau tidak ada udang di sebalik mee atau kalau tidak ada kekasih di sebalik pintu, segala peristiwa yang berlaku sudah tentu bukan menjadi rahsia. Inilah yang membuat rakyat yang menyokong PR menjadi keliru dan tertanya-tanya. Kalau tidak ada apa-apa takkan pemimpin sebuah parti islam sanggup berbohong dan berjangkit dengan wabak penyakit yang hidapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Dari benak saya yang bukan arif ini terbit beberapa soalan yang saya gagal mencari jawapan bagi memuaskan hati naluri saya sendiri dan terpaksa saya luahkan di sini.

Soalan pertama ialah apakah yang PAS dapat dari pertemuan ini. Mungkinkah PAS ditawarkan ganjaran dunia berupa kebendaan atau pun pangkat? Kalau itu yang mereka bincangkan, maknanya pemimpin PAS sudah buang tabiat. Kalau makhluk yang hidup dan buang tabiat maknanya ianya sudah nak mati/kojol. Saya berani katakan begitu adalah kerana sepanjang yang saya bergaul dan pernah berada di dalam PAS dulu saya difahamkan dan ditanamkan dengan perjuangan menegakkan Islam dan Hukum Allah berteraskan siasah. Itu sebabnya PAS ikut bertanding di dalam pilihanraya. PAS mengejar keredaan Allah bukannya harta dunia atau pun pangkat. Di atas sebab dokongan PAS terhadap Islamlah PAS diterima oleh rakyat yang cinta Islam tanpa batasan keturunan.

Soalan ke dua ialah saya difahamkan perjumpaan ini adalah berasaskan kepentingan Melayu, perpaduan Melayu dan kuasa Bangsa Melayu. Bila pula PAS jadi perti yang memperjuangkan melayu? Dulu semasa di dalam PAS, saya ditanamkan dengan fahaman yang "Islam" tiada batasan etnik atau bangsa. Sebab tingginya makam seseorang itu di sisi Allah bukan sebab bangsanya tetapi sebab Taqwanya/Imannya. Jadi agak anih bin ajaib bila tup.. tup... PAS bincang masalah orang-orang/bangsa/etnik melayu dengan UMNO.

Soalan ke tiga siapa yang perlukan siapa lalu berlangsungnya bertemuan ini? Siapa yang lemas? UMNO yang lemas atau pun PAS yang kepinginkan sesuatu? Apa yang saya nampak UMNO yang kelemasan dan berada di ambang maut. Selama ini PAS bekerja keras siang malam untuk melemahkan dan menghapuskan UMNO bagi menghapuskan sekularisma yang dokongi parti melayu mandul itu. Tetapi yang peliknya bila apa yang diusahakan selama ini sudah dekat dengan gapaian diberikan pula tali hayat. Bukankah tindak tanduk begini mengundang banyak persoalan?

Soalan ke empat pula seandainya perbincangan itu berdasarkan kepentingan umat islam, selagi UMNO tidak membuang sekularisma dan asobiahnya apakah intipati yang dipersetujui boleh diaplikasikan? Selagi UMNO dengan fahamannya dan PAS dengan dasarnya, memang tidak akan mendatangkan apa-apa hasil yang positif. Pertentangan dasar masih lagi menjadi halangan yang teguh kecuali realisasikan apa yang dicadangkan Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz Menteri Besar Kelantan baru-baru ini. Bubarkan PAS, bubarkan UMNO dan tubuh parti baru yang berteraskan Islam dan mendaulatkan Islam. Kalau tidak, memang perbincangan ini hanyalah sia-sia bahkan mengundang banyak kekeliruan. Pada saya orang UMNO tidak akan membubarkan UMNO sama sekali. Selagi UMNO tidak dibubarkan, itulah UMNO dengan dasar sekular yang didokong selama lamanya.

Hasilnya tidak ada apa-apa yang melayu akan dapat. Tidak ada apa-apa untungnya bagi perjuangan Islam. Bagi saya lebih baik PAS mendekatkan lagi dirinya dengan penyokong-pengokongnya, kelab-kelab penyokongnya dan rakan-rakannya di dalam PR. Tidak payahlah cuba membersihkan tong taik yang sememangnya kotor dan berpenyakit itu. Silap-silap wabak yang di dalam tong taik itu dijangkiti pula. Tengoklah baru-baru ini, baru saja PAS nak mendekatinya, simpton penyakit autanya sudah ada pada PAS pula!

1 comment:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Terima Kasih atas segala doa buat saya. Syukur Alhamdulillah.

    Anak-anak saya sendiri galakkan saya blog untuk kongsi pengalaman sesama ini. Ialah Pengalaman hidup yang terseberapanya.
    Saya kata InsyaAllah.

    Sebenarnya saya ingin kongsi satu seminar yang akan diadakan di UM InsyaAllah 27 dan 28 Ogos ini.

    Sila ke blog saya untuk makluman lanjut.

    Shukran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa