Tuesday, July 8, 2008

"Tahniah Puteriku Along" 6 WANITA PERTAMA MALAYSIA DALAM KAPAL OPERASI TLDM


SYED Zahiruddin Putra Syed Osman menyatakan sesuatu kepada pegawai TLDM wanita (dari kiri) Norhayati Ton Ali, Normah Amir Hussein, Norhidayati Md. Akil, Fakhiron Diyana Fakruddin, Radin Rabiatul Adawiyah Radin Abdul Halim dan Halimatul Saadiah Nor Yusof di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 7 Julai - Enam pegawai wanita yang ditugaskan di kapal operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berazam memberikan komitmen yang tinggi bagi membuktikan kaum wanita di negara ini setanding dengan lelaki.

Sebagai kumpulan wanita pertama di Malaysia yang ditugaskan di kapal operasi, mereka merasakan ia satu peluang keemasan bagi berbakti kepada negara seterusnya memartabatkan lagi kaum wanita di negara ini.

Leftenan Komander Normah Amir Hussien, 31, berkata, peluang yang diberi merupakan satu penghargaan kepada kaum wanita di negara ini untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Beliau yang telah sembilan tahun berkhidmat dengan TLDM berkata, tugas itu merupakan satu cabaran kepada kaum wanita bagi membuktikan kemampuan mereka melaksanakan tanggungjawab mengawal keselamatan negara.

Katanya, meskipun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ia bukan menjadi penghalang kepadanya untuk melaksanakan tugas yang diberikan.

Kata Normah, beliau sentiasa mendapat dorongan daripada suami dan tidak pernah lupa tanggungjawab terhadap anaknya.

"Ia merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul dan paling lama saya keluar ialah sebulan ke China. Walaupun terpaksa berjauhan dengan suami dan anak, ia dilakukan demi tugas dan negara," katanya.

Leftenan Norhidayati Md. Akil, 29, berkata, setelah 11 tahun berkhidmat dengan TLDM tawaran untuk bertugas di kapal operasi sememangnya amat dinantikan.

Norhidayati yang berasal dari Alor Star berkata, justeru itu peluang yang diberi akan digunakan sepenuhnya bagi membuktikan kemampuannya setanding dengan kaum lelaki.

"Bukan selalu peluang seperti ini datang dan saya akan membuktikan saya mampu melaksanakan tugas yang diberi," katanya yang bertugas sebagai Timbalan Pegawai Bekalan dan Perkhidmatan di KD Pahang.

Bagi Leftenan Komander Halimaton Saadiah Nor Yusof, 30, yang bertugas sebagai Jurutera Elektrik dan Jentera, peluang itu akan digunakan bagi menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berguna.

Katanya, selain memberi tumpuan pada kerja, dia juga akan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada semua pegawai dan rakan-rakannya.

Leftenan Rabiatul Adawiyah, 26, pula berkata, sejak memulakan tugas sebagai Timbalan Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata di KD Kedah pada November tahun lalu, tiada sebarang masalah yang timbul dan dia dapat melakukan tugas dengan baik serta lancar.

Katanya, pengalaman bekerja di dalam kapal operasi juga begitu menyeronokkan dan memberi banyak pengalaman baru kepadanya.

Sementara itu, Leftenan Fakhron Diyana Fakhruddin, 23, berkata, sebagai wanita termuda bertugas di kapal opersi KD Kedah, dia sentiasa mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada pegawai dan anggota lain.

"Saya tiada masalah di sini, semua orang di sini baik dan banyak membantu serta memberi tunjuk ajar," ujarnya.

4 comments:

  1. Mesti Tuan amat berbangga dengan anak Tuan. Tahniah. Tuan memang telah membimbing dia dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas pujian harimau-menaip. segala puji-puji bagi Allah.

    sebenarnya saya mendidik anak saya sebaimana orang lain juga. cuma saya lebihkan motivasi dan tanamkan semangat jatidiri kepada kedua-dua anak saya. alhamdulillah setakat ini kedua-duanya nampak berjaya.

    saya memang rapat dengan kedua-dua anak saya. saya peminat rekreasi dan selaku melakukan trekking, mendaki dan kekadang mengendalikan kem motivasi. saya akan membawa anak saya bersama-sama semasa menjalankan aktiviti saya sejak mereka berumur 5 tahun lagi sekiranya cuti sekolah. jadi di samping motivasikan orang lain sacara tidak langsung saya motivasikan anak-anak saya juga dan mereka memang lasak sejak dari kecil.

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing your info. I really appreciate your efforts and I will be
    waiting for your further post thanks once again.

    Take a look at my web-site: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  4. Greetings! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where
    I could find a captcha plugin for my comment form?
    I'm using the same blog platform as yours and I'm having difficulty finding one?
    Thanks a lot!

    Stop by my blog post; plenty of Fish dating site of free Dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa