Sunday, August 17, 2008

Lembaga Hitam Di Batu Tok Mat Hassan

Dalam pada semua orang fokus ke Permatang Pauh, saya lencungkan sedikit untuk berkungsi tentang apa yang saya alami semasa mendaki Gunung Tebu minggu lepas bersama-sama seorang Pawang dan seorang Wartawan paranormal.

Dari kaki Gunung Tebu (Sungai Cakah Dua) kami bertujuh bertolak tepat jam 3.33 petang selepas solat dan makan tengahari. Saya bersama Pak Jik (Aziz), Pak Him (Ibrahim) panggilan saya kepada mereka kerana kami hampir sebaya bersama Mat Ju (Marzuki), Mie (Mohd. Azmi), Din dan seorang anak lelaki kepada Mohd. Azmi yang berumur 15 memulakan trekking dalam keadaan cuaca yang amat baik. Pak Jik adalah orang yang berupaya untuk mengundang orang halus. Saya tidak pasti Jin atau Bunian sementara Mohd. Azmi pula adalah seorang Wartawan paranormal yang berhidmat sambilan dengan sebuah majalah yang berkaitan dengan perkara tersebut. Pak Jik dan Mohd. Azmilah yang mengajak saya ke sana kerana saya agak mahir dengan trek di gunung itu.

Jam 6.30 kami tiba di Batu Tok Mat Hassan dan berehat. Ada yang makan malam tetapi saya hanya minum dan makan sedikit roti. Disebabkan masa sudah hampir maghrib saya cadangkan kami berehat di sini dulu dan sambung perjalanan/pendakian selepas waktu maghrib.

Jam 8.00 malam, Pak Jik mengatakan ada ramai rupanya makhluk ghaib di tempat kami berhenti dan berehat itu. Jadi Mohd. Azmi cadangkan Pak Jik cuba mengadakan upacara memanggil makhluk berkenaan. Pak Jik minta jangan sesiapa pun berdiri di belakangnya sementara dia berzikir dan menyeru makhluk berkenaan untuk hadirkan diri supaya dapat dilihat.

Selepas Pak Jik sudah berupacara, Pak Jik suruh tengok di belakangnya. Memang saya nampak beberapa makhluk dengan bayang-banyang yang lut sinar berada di sekeliling tempat itu seketika dan menghilang dari pandangan mata kasar. Bagi saya tidak menakutkan sebab saya sudah beberapa kali diganggu semasa beberapa kali mendaki Gunung Tahan dan Gunung Rabung. Saya juga pernah nampak secara zahirnya satu makhluk yang huduh di Kem Mengkuang di perjalanan ke Gunung Tahan. Kejadian di Kem Mengkuang akan saya ceritakan di dalam posting saya yang akan datang. Insya Allah.

Setelah beberapa makhluk tadi menghilang, saya termenung memikirkan apa yang saya telah lihat. Adakah itu semua hanya ilusi atau pun memang benar. Saya nak tanya kepada Pak Jik tetapi saya takut dia berkecil hati, tidak percayakannya. Jadi saya diam sambil berfikir dan sambil itu mata saya liar meleret ke sekeliling. Saya perhatikan sebuah batu yang agak besar dan setinggi 4 meter di hadapan saya yang dipanggil Batu Tok Mat Hassan. Kononnya mengikut cerita mulut ke mulut batu inilah tempat Tok Mat Hassan bertapa suatu ketika dulu. Saya nampak satu lembaga hitam sedang bertenggek di atas batu besar itu yang jaraknya dari saya tidak sampai 5 meter.

Saya perhatikan betul-betul kerana bimbang apa yang saya nampak itu hanyalah perasaan saya saja. Lama saya renung dan perhatikan barulah jelas yang ianya satu lembaga berambut panjang dan beruban yang masih bercampur dengan rambut hitam (separuh uban). Mukanya bulat tembam dan berkulit gelap. Dia pandang saya tanpa senyum tidak menunjukkan apa-apa emosi. Saya pandang dia, dia juga pandang saya tanpa suara dengan mimik muka yang bersahaja. Saya cakap kepada Mohd. Azmi supaya tengok kat atas batu itu dan kalau boleh ambil gambarnya.

Mohd. Azmi pandang ke arah itu dan mengiyakan apa yang saya nampak. Dia mengeluarkan kamera dan ambil gambar. Yang anihnya, bila Mohd. Azmi mengambil gambarnya dia beralih tempat pula. Dia menggelunsur sedikit ke bawah dan duduk berjuntai kaki di satu lekok di batu itu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Makhluk itu hilang selepas lebih kurang 10 atau 15 minit. Memang agak lama juga. Di dalam kamera Mohd. Azmi hanya nampak satu bayang hitam macam di dalam film negetif. Selepas itu kami berkemas dan memulakan pendakian pada jam 9.00 malam lebih, saya tidak berapa pasti secara tepat. Air bekalan kami sudah hampir kehabisan kerana kebanyakan anggota tidak bercermat menggunakan air.

Pendakian dari sini memang mencabar. Treknya licin dan mencanak. Selepas mendaki lebih kurang sejam setengah kami tiba di satu puncak bukit dan bertanda punca air sejauh 120 meter. Kami berhenti rehat dan lima anggota turun ambil air. Saya dan Mohd. Azmi menunggu di puncak itu bersama beg dan barangan kami.

Sedang kami releks dan berehat, tiba-tiba kami nampak satu makhluk putih melayang lebih kurang 5 saat melintasi kami. Sayangnya saya dan Mohd. Azmi gagal mengeluarkan kamera kerana kami berada di dalam gelap. Tidak berapa lama kemudian geng yang turun ambil air sudah sampai dan kami meneruskan perjalanan.

Di perjalanan inilah si Mat Ju menceritakan yang dia nampak pagar yang memagari kawasan punca air tadi. Dia tidak berani turun ke tempat air itu tetapi yang lain mendesak hendak turun juga ambil air. Di masa inilah dia tergelincir dan botol airnya jatuh ke dalam aliran air tetapi Pak Him sempat mengambilnya dengan bergayut pada akar.

Setelah bersusah payah akhirnya kami tiba di puncak Gunung Tebu pada jam 12.30 tengah malam. Di puncak ini semasa kami berehat makhluk-makhluk itu datang menjenguk lagi, tetapi mereka berada agak jauh, agak dari jarak 10 meter dari kami. Saya nampak macam kabus tetapi memang berbentuk manusia yang sederhana. Saya mengeluarkan kamera dan membetulkan fokusnya. Sedang saya terbelek-belek itulah salah satu lembaga melintas di hadapan kamera saya dalam jarak agak dekat. Tapi sayangnya saya gagal menangkap gambarnya. Yang ada dalam kamera saya hanyalah satu lembaga putih yang halus. Selepas itu mereka menghilang dan kami tidur.

Kalau ada gambar yang terang yang telah Mohd. Azmi rakam, saya akan muatkan di dalam posting saya kemudian. Buat masa ini saya masih belum berjumpa dengannya lagi selepas kami sama-sama pulang dari Gunung Tebu.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Selamat Kembali ke alam nyata!!

    Ya, saya percaya dengan kehadiran Makhluk Ghaib, Makhluk Halus Jin dan yang orang Melayu panggil Hantu.

    Cerita Saudara menarik sekali dan memang patut pun dibukukan. Tolong beritahu kami Nama Majallah atau buku ceritanya nanti supaya boleh kami beli.

    Cerita begini baik untuk kita baca, mengingatkan kita betapa ciptaan Allah swt terlalu luas dan kekuasaan Yang Esa mencipta kehidupan selain dari yang kita nampak dengan mata kasar sahaja.

    Mereka dengan alam mereka. Dan kita dengan Alam kita, SESEKALI kita terbabas keAlam mereka dan sesekali mereka juga terbabas ke alam kita.

    Dan sesekali juga Allah swt membuka hijap kita, mata kasar kita diizinkan DIA untuk melihat alam lain ciptaanNYA.

    Semua dengan Izinnya. Bersyukurlah Saudara semua diberi peluang dan diizinkan melihat Makhluk di alam ghaib dan Selamat pulang ke pangkuan keluarga masing masing.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam puan. Terima kasih di atas doa puan. Nama Majalah itu ialah "MEDIA Terkini" kalau puan berminat bolehlah cari majalah tersebut. Walau bagaimana pun saya sendiri tidak pernah tengok lagi majalah itu. Mengikut saudara Mohd. Azmi majalah di edarkan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Filipina.

    Selamat puan membaca dan insya Allah saya akan sambung posting saya di dalam bab itu kemudian.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan;

    Ingatkan MB negeri 9...Tok Mat Hasan..

    Seriau baca cerita ni..Tuan selamba saja..Rimau walaupun duduk kat hutan, tapi mintak jauh benda2 macam ni..

    ReplyDelete
  4. Howdy! I know this is somewhat off-topic but I needed to ask.
    Does building a well-established blog like
    yours require a large amount plenty of fish dating site of Free dating work?
    I'm brand new to running a blog but I do write in my journal every day.
    I'd like to start a blog so I can share my experience and feelings
    online. Please let me know if you have any ideas or tips for
    brand new aspiring bloggers. Appreciate it!

    ReplyDelete
  5. In fact when someone doesn't know after that its up to other people that they will help, so here it happens.


    My web blog; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa