Monday, September 15, 2008

Along Sudah Baik Dari Athma

Ramai orang kepuh tentang 16 Sept. Ada yang berdebar-debar, ada yang kecut perut dan ramai juga yang selamba rock. Saya salah seorang dari yang selamba rock itu. Mungkin dan tak mungkin! sebab apa? sebab semuanya ada dalam pengentahuan Allah rabul alamin. Di kala orang sibuk, orang kecuh, orang gelabah saya pula mahu bercerita. Cerita yang mungkin tidak logik bagi sesetengah orang tetapi ianya memang berlaku. Anak saya yang sulung (Along) sudah menerima nikmatnya hanya dengan sebentuk cincin tanpa permata. Allah maha berkuasa.

Ceritanya juga berkenaan Gunung tebu, di Jabi, Terengganu. Pada masa itu Along di dalam tingkatan 2. Along sebenarnya bermasalah sejak lahir. Lemas semasa proses kelahiranya. Doktor sudah confirm yang Along akan menghidap athma. Sebaik saja lahir, Along dimasukkan ke dalam incubator selama 10 hari dan disuntik 10 suntikan. Maknanya satu hari satu suntikan. Bayangkan bapa mana yang tidak sayu dan sedih baru mendapat cahaya mata pertama tetapi begitu pula keadaannya. Jadi sejak dari lahir Along membesar dengan bergantung kepada ubat.

Pada satu masa saya diminta untuk membawa perserta Kelab Rekreasi yang terdiri dari murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab I bersama 2 orang guru dan seorang 3 orang kawan yang membantu saya. Kami akan trekking pada waktu malam. Kami bertolak selepas sembahyang isyak. Setelah saya berikan taklimat dan kemas kini persiapan dan bekalan. Memanglah banyak masalah bila membawa murid-murid perempuan trekking, waktu malam pulak tu. Setelah berjaya harungi rintangan dan kepayahan kami sampai di Puncak Gunung Tebu jam 2 pagi.

Saya arahkan mereka rehat dan makan. Tidak payah pasang khemah kerana cuaca baik. Tidur saja bawah pokok. Setelah makan, kami tidur. Saya bentangkan sleeping mate dan letak cermin mata saya di kepala tidur supaya senang ambil dan tidak hilang. Kami tidur.

Esoknya selepas sembahyang subuh, hari sudah cerah saya perlukan cermin mata tetapi saya dapati cermin mata saya tidak ada. Saya minta perserta sama-sama mencari sehingga jumpa. Cari di punca air tempat saya basuh muka ketika mula-mula sampai dan ambil wudhu' tidak ada. Cari di merata tempat perkhemahan juga tidak ada. Cermin mata itu gagal ditemui. Jadi terpaksalah trekking turun Gunung Tebu tanpa cermin mata. Nasib baiklah untuk pulang saya tidak perlu memandu sebab isteri datang ambil dan dialah pandu.

Sebelum turun dari Puncak Tebu, terlintas di benak hati saya yang cermin mata saya diambil oleh makhluk yang menghuni di situ. Setelah peserta turun saya kembali ketempat itu dan saya kata " Aku tahu engkau ambil cermin mata aku. Ok, kalau kau memang perlu kau ambillah tetapi bila aku ke sini lagi lain kali aku hendakkan balasannya sebagai ganti" Saya pun turun dan pulang.

Selang 3 bulan selepas itu saya ditugaskan oleh Ketua Pengarah saya untuk membawa Pasukan Tindakan Khas Anti Penyeludupan jabatan saya ke Gunung tebu sebagai sebahagian dari latihan fizikal pasukan berkenaan. Ikut serta ialah Pengarah dan Penolong Pengarah Pasukan tersebut.

Kali ini kami mendaki pada waktu pagi dan tiba di puncak di waktu petang. Kami bermalam di Puncak Kubur. Dinamakan Puncak Kubur adalah kerana di situ terdapat satu kubur lama. Entah kubur siapa.

Jam 3 pagi saya dikejutkan oleh Pengarah untuk makan meggi. Saya pun heran kenapa pula makan meggi jam 3 pagi? Rupanya beliau tidak dapat tidur kerana kesejukan. Setalah menghabiskan meggi saya turun ke lurah puncak itu mencari kayu untuk dibuat unggun.

Semasa saya melewati di celah 2 batu besar saya amat terkejut sebab di hadapan saya, di tengah-tengah denai ada selonggok ular berwarna hijau. Cantik warnanya, bukan hijau biasa. Saya amati, rupanya ular itu bukannya banyak. Cuma seekor tetapi longgoknya setinggi lutut. Saiz badanya hanya sebesar lengan. Maknanya ukuran ular itu amat panjang. Maka tahulah saya, itu bukanlah ular biasa tetapi jadian!. Saya berkata " Aku tahu engkau bukannya ular, janganlah engkau duduk di sini nanti aku tersepak atau terpijak. Siapa yang akan nanya. Aku atau engkau?. Pergilah kau" . Saya elak sedikit dari denai dan turun ambil kayu kering dan bawa naik ke tempat kami tidur. Bila saya naik dan melalui tempat itu semula, ular itu sudah tiada.

Sesudah nyalakan unggun saya kembali tidur. Esoknya selepas sembahyang subuh saya dapati sebentuk cincin emas tanpa permata berada di kaki saya tidur tadi. Saya sarung ke jari tetapi hanya jari kelingking saya yang muat. Cincin budak! Saya bertanya kepada semua orang di situ kalau-kalau ada sesiapa yang hilang cincin. Dia orang ketawa sebab cincin itu kecil, mana ada orang dewasa pakai cincin sebesar itu. Mana nak muat. Saya teringat yang dulu pernah saya minta cermin mata saya diganti dengan balasan. "Oh.. ular malam tadi rupanya".

Saya bawa pulang dan hati kecil saya teringin nak sarungkan kat Along bukannya Adik! Bila disarung cincin itu cukup-cukup muat di jari manis Along. Jadi saya suruh Along pakai. Setelah lebih kurang tiga bulan Along pakai, athma Along sudah hilang. Tidak perlukan ubat lagi. Sehinggalah sekarang Along sudah menjawat jawatan Leftenan Laut TLDM setelah menamatkan pengajian di Universiti Pertahanan National Malaysia. Along ambil bidang Kejuruteraan Komputer.

Malangnya cincin itu mungkin diambil tuannya kembali setelah Along sembuh. Sebab saya tanya Along ke mana cincin itu?. Along tidak dapat menjawab sebab hilang/jatuh pun tidak, tiba-tiba cincin itu ghaib dari jarinya!. Itulah kebesaran Kau ya Allah. Apa saja dikehendakinya terjadi.

Kun fayakun!

8 comments:

  1. Mistik sungguh. Pada mulanya, saya ingat cincin belah rotan. Teruskan bermistirius Tuan.

    ReplyDelete
  2. mountweller..
    Saudara tahu tak ttg jenis2 batu yang ganjil..Sebab saya dikelilingi dgn saudara mara yang pernah menjadi askar..Mereka berbual byak ttg kelebihan batu2 ganjil nie.Cthnya batu petir, batu serai dan mcm2 lah..Ada juga bercerita ttg tempurung mata satu utk dijadikan pendinding rumah.Ayah saya ada menyimpan batu berwarna biru tapi tak pulak diberitahu jenis batunya tapi dah dibuang kerana takut dikatakan syirik.Kalo saudara ada mempunyai pengalaman..harap boleh dikongsi.Anyway..suka baca kisah2 mcm nie..walupun ia pelik tapi ia benar..

    ReplyDelete
  3. salam tn mountdweller

    Subhannallah, rahmat kebesaran Allah sentiasa di'anugerahi' kpd hamba2 yg dikehendakiNya...

    kebetulan merupakan satu keganjilan, keganjilan merupakan satu kerahmatan, kerahmatan merupakan satu 'anugerah'

    mhn mf tn,
    cheers...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Terima kasih sudi masuk blog saya.

    Hmmm... begitulah besarnya kuasa Ilahi...

    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara,

    Inilah kehendak Allah swt kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Saya kagum dan bersyukur Along sihat dan sekarang telah berjaya pun dalam kerjayanya.

    Komen saudara dalam blog tazkirah saya di PutraJaya telah saya jawab di situ.

    ReplyDelete
  6. A'kum buat tuan rimau, sdr. mogen, sdr. niche, sdri shima dan yang saya hormati puan melayu angkat :

    Terima kasih untuk anda semua, dan syukur ke hadrat Allah ta'ala kerana anda semua sudi berkujung dan melakarkan titipan yang boleh dijadikan panduan. sdr. niche anda sungguh puitis!

    tok rimau, cincin tu dari emas macam cincin biasa tetapi di bahagian atasnya leper berbentuk hati dengan dipermukaan bentuk hati itu diukir dengan lakaran bunga padi.

    puan melayu angkat, sebenarnya saya tidak langsung berniat untuk memperburukkan sesiapa, hakikatnya itulah yang saya tahu dan kekadar ingatan di dalam kita menuntut ilmu. itu sebab saya katakan tuntutlah ilmunya bukan tengok pada orangnya.

    Apa-apa pun saya mohon maaf dari anda semua sekiranya ada langkah saya yang sumbang.

    sudah tiga malam saya bertarawih sendirian di rumah kerana menemani isteri yang masih tidak pulih kesihatan dari deman dan naik pelentung. Dah jadi rimau bintang, kesian pun apa nak buat. dah takdir begitu. bila tidak anak-anak di rumah, bapalah yang menemaninya.

    buat shima, tabahkan hati mengharungi hidup dan membesarkan anak-anak tanpa orang yang bergelar bapa. ingatlah "Allah maha penyayang"

    ReplyDelete
  7. ada bnyk jln tuhan beri dan setiap jln ada nikmatnya ada jua cabarannya...asalkan kita tak lupa!
    hrp kita ketemu semua rakan blogger kite satu hari nnt

    ReplyDelete
  8. Shiri et al.Her blood smear shows macrocytes and her blood level of vitamin B is very low.After sports his blood sugar usually spikes because of an adrenaline epinephrine rush and then crashes down to hours later. [url=http://fast-tadalafil.com]no perscription 20 mg cialis[/url] Nausea and vomiting a.A urologist may be able to properly perform the bacterial localization studies necessary to diagnose CBP.We have a known and difficult to change bias of preferring immediate gains we dont care so much about punishments that come at some point down the road.Acetones in urine [url=http://comprarpropeciaspain.com]propecia topico se[/url] cases per men per year relative riskQuick Hit Descriptive study designs case reports case series crosssectional stud ies suggest or generate hypotheses.In Mandell GL Bennett JE Dolin R eds.Food and Drug Administration FDA approval process sinceWhy is it that explicit ideologies and actual behavior often differ How can we more closely align our behavior and our explicit beliefsCalculate the pressure variation corresponding to a sound intensity of W cmThere are three main goals Control ventricular rate Restore normal sinus rhythm Assess need for anticoagu lation a.For example you already are familiar with the following combining forms and their meanings HEMATO means blood root combining vowel COMBINING FORM GASTR O means stomach root combining vowel COMBINING FORM CARDI O means heart root combining vowel COMBINING FORM Combining forms are used with many different sufxes. [url=http://buycheaplasixonlineus.com]lasix generic online[/url] Cooler foods will smell less.tumor massPubMed Kohler TS Kim J Feia K Bodie J Johnson N Makhlouf A.Vitamin K ineffective because it cannot be used by diseased liver.Your health care provider or diabetes nurse educator will teach you how to give insulin injections.who studied diabetic men accrued from diabetes centers in Italy.Serum and urine electrolyte determinations are particularly important when the patient is vomiting profusely or receiving parenteral fluids. [url=http://shopfastedmedrx.com]cost of viagra in aruba[/url] c..Aortoiliac occlusive diseaseBlood poisoning or general sepsis from the Greek for putrefaction was the endstage of infection with a range of effects including widespread inflammation blood clotting and eventual organ failure.radioisotope Radioactive form of an element substance radionuclide. [url=http://buykamagrasafely.com]kamagraoraljellsold inperthpharmacy[/url] In other words to create gas bubble of radius R in a liquid with surface tension T the pressure of the gas injected into the liquid must be greater than the pressure of the surrounding liquid by P as given in Eq.Psychiatriceating disorder bulimia anorexia nervosa anxiety C.Native South Americans also made extensive use of coca bushes Erythroxylum coca or E.to inuence turn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa