- Musafir Kelana Says:
September 19th, 2008 at 7:30 amSalam.
Mountdweller kata: “Saya juga kagumi YAB Perdana Menteri dari segi peribadinya. Tapi sayang, keperbadian beliau yang lembut dan berhati-hati membuatkan beliau lambat bertindak dan telah diambil kesempatan oleh musuh-musuhnya.”
———————————————-Sdr. Mountdweller,
Maaf saya kurang setuju dengan pandangan anda kerana pada hemat saya sifat yang dicanang2 kononnya ada pada PM kita itu sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Pada mulanya saya pun seperti yang lain2 mempunyai tanggapan yang muluk2 terhadap beliau apabila melihatkan kelembutan budibicara dan tingkahlakunya.
Namun, setelah berkesempatan memerhatikannya dari jauh selama beberapa tahun ini iaitu semenjak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, sedikit demi sedikit persangkaan positif saya kepadanya luput dari benak fikiran saya sehinggakan sukar sekali untuk saya merubah persepsi buruk itu hingga ke saat ini.
Antara faktor2 yang mendorong timbulnya pandangan negatif saya terhadap beliau ialah seperti berikut:
1. sikapnya yang suka berdolak-dalih dalam melakukan banyak perkara terutamanya yang menyangkut mengenai kepentingan rakyat umum umpamanya dalam membuat keputusan untuk menurunkan harga minyak baru2 ini..2. sifatnya yang kelihatan suka bermuka2 dan cenderung berpura2 alim di hadapan khalayak ramai terutamanya apabila tibanya musim2 pilihanraya. Gendang2 Umno selalu saja dipalu untuk mewarwarkan ke seluruh pelusuk tanahair megenai keperibadian Abdullah Badawi yang kononnya sangat terbilang ilmu agamanya bahkan sejarah keturunannya juga selalu disebut2 untuk membuktikan ketokohan agama beliau. Walhal, pada pendapat saya itu semua tidak lebih dari omong kosong semata2 kerana peribadi beliau sehari2 tidak mencerminkan kebenaran hakikat itu.
3. kelemahannya dalam mengawal kegelojohan anak menantunya, ahli2 keluarga terdekatnya dan juga mereka yang ‘berbau2 bacang’ dengannya dari terlibat dalam urusan pentadbiran dan kewangan negara sehingga mengakibatkan berlakunya pelbagai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang rakyat sepanjang tempoh pemerintahannya selama ini.
4. keterlanjurannya memperkenalkan fahaman ‘Islam Hadhari’ yang sehingga kini masih diragui kedudukannya samada benar atau salah menurut kaca mata Islam. Oleh itu, pelaksanaannya sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.
5. sifatnya yang suka berbohong kepada rakyat contohnya semasa ditanya berkenaan dengan tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Beliau menafikan khabar2 angin mengenainya sedangkan ia kemudiannya ternyata benar selepas itu.
6. kegagalannya untuk memberikan kepastian kepada rakyat Malaysia berhubung dengan matlamat utama projek2 mega negara yang dirancang sebaik sahaja beliau mengambilalih tampuk pemerintahan negara, umpamanya Projek WPI yang dikatakan kepentingannya lebih memihak kepada sebuah negara asing.
7. kegagalannya untuk memastikan Akta Hasutan (ISA) tidak disalahgunakan demi kepentingan politik kerajaan BN yang berada di bawah pimpinannya sehingga ramai musuh2 politik mereka yang menjadi mangsanya kini.
Begitulah antara beberapa isu yang dapat saya kongsikan di sini yang menjadi penyebab kepada hilangnya kepercayaan saya kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga tidak bersetuju bila saudara katakan sifatnya yang lambat bertindak menyebabkan musuh2nya mengambil kesempatan. Bagi saya soal musuh mengambil kesempatan tidak timbul atau perlu digembar-gemburkan kepada rakyat. Ini kerana sebagai Perdana Menteri, segala kuasa untuk membuat keputusan berada di tangannya dan beliau tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sebarang konflik atau masalah kerana yang jelas beliau perlu bertanggungjawab atas segalanya.
Saya juga menganggap beliau bukan lambat atau lembap dalam berbuat sesuatu tapi itu mungkin menunjukkan bahawa beliau seorang yang licik permainan politiknya sehingga gerak-langkahnya sukar dihidu lawan apatah lagi untuk mempersalahkannya atas apa yang berlaku. Selalunya bagi orang2 berkarakter begini, orang jadi mudah bersimpati kepadanya kerana perilaku mereka yang ibarat kata orang tua2 “pijak semut pun tak mati”.
-Sekadar pandangan-
Wassalam.
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Saturday, September 20, 2008
Komen Musafir Kelana
Saya telah coretkan satu komen diBlog Kerajaan Rakyat terhadap posting yang bertajuk : Surat Rakyat Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Lantaran itu seorang hamba Allah yang bernickname : Musafir Kelana memberi komen yang pada sangat baik dan boleh direnung bersama. Sama ada beliau betul atau tidak, bergantunglah di atas penilaian masing-masing. Saya pastekan seperti mana di bawah. Izinkan saya Sdr. Musafir Kelana.
Tuan;
ReplyDeleteTakkan tiada apa yang bagus dengan Pak Lah?
Kalau tanya saya, saya jawab ada.
1. Pak lah adalah mmmm..apa ye?
2. beliau sungguh...aiik..lupa lak
3. Pak lah cukup..hmm..cukup apa yek?
Alamak Tuan! Tak delah..tadi saya ingat ada.
Salam tuan,
ReplyDeleteSya percaya Pak Lah juga ade kelebihan yang kita tak nampak namun kekurangannnya yang melebihi kelebihan memghijab pandangan secara umumnya.Kita tak tahu mungkin dia suami yang baik..Mungkin juga dia seorng anak yang baik..Wallahualam..bersangka baik sahajalah..