Friday, September 12, 2008

Persahabatan

Malam ini saya tidak bertarawih di Masjid. Saya tidak sampai hati meninggalkan isteri saya yang tidak sihat berseorangan di rumah. Tadi saya bawa dia ke klinik. Jadi saya bertarawih berseorangan di rumah sahajalah. Mungkin kalau isteri saya nampak ok, jam 12.00 nanti saya akan ke Masjid untuk bertadarrus.

Berbalik kita kepada tajuk di atas. Saya tertarik dengan posting Tok Janggut di dalam blognya berkisah tentang beliau dengan sahabat Cina ayahnya. Cina Kelantan setakat yang saya tahu memang tidak sama dengan Cina di luar Kelantan. Maafkan saya sekiranya tanggapan saya salah.

Sejak dari zaman saya di sekolah menengah saya ada dua orang kawan Cina dan satu orang India yang memang akrab. Kawan cina saya ini seorang Ah Lau dan seorang lagi Ah Kok. Si Lau ini emak saya panggil Lah/Dollah dan Kok dengan Kob/Yaakub. Kawan India ini pula bernama Raj Kumar tetapi mak saya panggil dia Mar/Omar. Kami bersahabat baik. Rumah saya rumah dia, rumah dia rumah saya. Sekiranya kami tersangkut di mana-mana rumah pada waktu makan, di situlah kami makan. Di rumah saya atau di rumah mereka. Pendek kata keluarga masing-masing melayan kami sebagai anak beranak. Bahasa komunikasi antara kami juga adalah bahasa daerah Kelantan dan Inggeris.

Kadang-kadang bila saya sembahyang mereka juga ikut bersembahyang di belakang saya. Tetapi satu saja yang buat saya terkilan, sehingga sekarang Allah belum memberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk Islam. Tetapi tidak apalah, saya sedar hidayah itu adalah "Hak Allah" sebagaimana firman Allah kepada rasulallah takala Rasulallah bersedih di atas kematian Abu Talib tidak di dalam agama Islam. Sehingga sekarang masing-masing sudah tua tetapi persahabatan kami berterusan walau pun kami jarang berjumpa kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

Arwah emak juga ada dua orang sahabat Cina yang akrab. Meraka adalah Mek Yap dan Mek Siew. Mek Yap dan Mek Siew juga melayan saya macam anak-anak mereka. Emak dan dua sahabat Cina ini cukup akrab sehinggakan kalau emak masak kari ayam pun disuruhnya saya hantar sama kepada dua sahabat dia ini. Begitu jugalah dengan kedua-dua orang sahabat Cina emak ini, kueh bakul ker, ketupat abu ker atau paling kurang limau menderin mesti dihantar ke rumah saya. Akan tetapi kedua-dua mereka juga tidak menerima hidayah sehinggalah emak saya meninggal akibat kemalangan di Kuala Lumpur sekembalinya dari Bangkok. Jenazah emak disemadikan di Perkuburan Ampang.

Itulah latar belakang kehidupan dan setia kawan kami di kalangan bangsa-bangsa di Kelantan. Seingat saya di Kelantan tidak pernah ada kececuhan etnik atau agama. Kami saling hormat menghormati. Persahabatan terjalin dengan sendirinya.

Apa yang saya nampak di luar Kelantan memang berlainan. Cina dengan Cinanya, India dengan Indianya dan Melayu dengan Melayunya. Kalau begini situasinya sudah tentu berbagai pertentangan akan timbul. Curiga mencurigai pasti ada. Apa yang saya lihat keadaan ini berlaku adalah kerana sikap. Selagi sikap masing-masing etnik ini tidak berubah selagi itulah situasi sebagai mana sekarang akan berterusan.

8 comments:

  1. Tuan;

    Hebat sungguh orang di Kelantan, berani merubah dan berubah.

    ReplyDelete
  2. tu lah hebatnya org kelate
    walaupun aku tak berapa nak faham apa yang mereka " kecek "
    tapi budaya masyarakat kelate amat unik.

    ReplyDelete
  3. kelate memang unik!
    berbilang kaum aman dan berbangga jadi warga kelate! pelik!

    ReplyDelete
  4. tok rimau, matcomt dan pak kulup:

    yang membuatkan saya heran kenapa cina luar kelantan tidak boleh lakukan apa yang cina kelantan buat, dan melayu luar juga tidak boleh pandang cina sebagaimana melayu kelantan berpandangan.

    Pernah adik kepada abang ipar saya(orang melaka) bercerita semasa dia kerja kat malaysian trekter cina luar bergaduh dengan cina kelantan. cina kelantan ni cabar cina luar dengan bahasa yang agak menggelikan hati " kalu nak gojoh marilah, ni bukan sebare cino, ni cino kelate" sambil tepuk dada. kami yang dengar cerita tu pun geli hati.

    semasa saya di form five seorang kawan cina nama Koh Boon Tua ambil mata pelajaran agama islam dan dia dapat kepujian 5!

    ReplyDelete
  5. Salam mountdweller,
    Persahatan saudara boleh diumpamakan persahabatan sang bulan dan mentari..tiada syarat..tiada perjanjian..hanyalah tolak ansur antara keduanya tanpa bicara..

    ReplyDelete
  6. mountdweller..

    sesekali ajaklah kwn tu dtg blog wak..sapa? che'gu Man

    ReplyDelete
  7. Salam saudara mountdweller,

    Alangkah bahgianya punyai sahabat yang amat memahami.

    Semoga persahabatan dan budaya unik seumpama itu dapat diteruskan.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  8. Apabila Cina di Kelantan cuma <2%, maka mereka tidak ada pilihan kecuali untuk mengikut budaya yang 98%, iaitu budaya Melayu Kelantan.

    Malangnya di negeri lain di Malaysia, tiada lagi perbezaan jumlah yang begitu ketara berbanding Melayu dan bukan melayu.

    Contohnya kalau melayu 55% dan bukan melayu 45%, proses sepertimana di Kelantan ini tidak akan terjadi.

    Kedua - dua pihak akan merasakan mereka mampu hidup dalam kelompok sendiri dan tidak memerlukan mereka untuk berintegrasi.

    Itulah yang terjadi di kebanyakan negeri lain di Malaysia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa