Sunday, November 9, 2008

Cuit Sikit

Sahabat yang paling baik
adalah sahabat yang berani menegur

Manusia yang paling berguna
adalah manusia yang berilmu
dan
memanafaatkan ilmunya.


Manusia yang takut mati
adalah manusia yang gilakan dunia

Manusia yang menunggu mati
adalah manusia yang gilakan Tuhanya

9 comments:

  1. salaams uncle,

    namun ada juga yang tidak boleh terima teguran yang membina...sanggup putus kawan!
    p/s: erisya ada award untuk uncle, nanti copy n paste kat blog uncle , ya? tanda penghargaan erisya.TK

    ReplyDelete
  2. Tuan Mountdweller sakura suka menerima teguran yang membina dari teman2 baik sakura

    ReplyDelete
  3. Salam buat erisya dan sakura,

    Uncle mengamalkan sifat yang terbuka. Boleh ditegur dan kekadang perlu menegur.

    Anak-anak uncle, uncle latih mereka menegur, ditegur dan mempertahankan diri.

    Kalau uncle marahkan mereka bila pada pandangan uncle mereka salah. Tetapi dalam masa yang sama uncle suka kalau mereka rasa mereka tidak bersalah, mereka mempertahankan diri. Dengan memberikan alasan kenapa mereka lakukan perkara itu.

    Malah anak-anak uncle dan isteri uncle akan menegur uncle bila mereka rasakan apa yang uncle lakukan atau katakan itu salah. Dan uncle akan akur sekiranya pendapat mereka uncle rasakan betul. Tapi uncle akan berhujah sekiranya uncle rasakan uncle yang betul.

    Pokoknya uncle tidak suka kalau uncle marahkan anak-anak uncle, mereka diam. Tapi kalau mereka rasa mereka yang salah, biasanya mereka akan diam atau mengiyakan.

    ReplyDelete
  4. salam uncle..sesungguhnya payah nak cari kawan yang betul2 jujur ngan kita..setakat kawan yang 'gitu-gitu' tue ramai la kan...entahlah..jue pun susah nak percaya pada orang..takut..tapi kalau nak tgk sapa yang betul2 kawan kita,mereka lah yang sanggup bersama kita diwaktu susah..

    ReplyDelete
  5. Buat jue,

    Sepanjang hidup uncle sehingga setua ini, uncle menemui hanya 2 orang sahaja kawan yang boleh dikatakan sahabat dan uncle akui yang uncle sayang mereka macam sayang uncle kepada adik beradik uncle sendiri.

    ReplyDelete
  6. Salam Pakcik Din ,
    Kata2 hikmah ni Pakcik reka sendiri ke..kalu betul mmg Pakcik boleh berpuisi la ni..hehe

    Sememangnya Allah menjadikn kita utk saling berpesan-pesan sesama kita tanpa kira apa bangsa terutama perkara mengingati Allah,Rasul,kitab Allah,..

    ReplyDelete
  7. Salam anakanda uxop,

    Memang benar ungkapan itu adalah jendela hati Pak Cik sendiri hasil dari pengalaman dan pembelajaran agama dan duniawi.

    Pak Cik perturunkan untuk pesan memesan antara kita muslim.

    ReplyDelete
  8. Salam uncle,
    Teman-teman umpama minyak wangi ;)

    ReplyDelete
  9. Betul anakanda kirana. Tapi perlu diingat, ada teman yang membawa rebah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa