Sunday, November 2, 2008

Pet Kesayangan Along Dan Adik





Saya postkan gambar-gambar ini untuk memenuhi permintaan erisya. Inilah Pet kesayangan Along dan Adik satu ketika dulu. Malangnya Reckle mati tercekik akibat kebodohan sendiri.

Kami bela dia dari sebesar lengan budak lagi dan dia hanya minum susu Dumex. Beri susu lain dia akan cirit. Bila dia besar, makanan dia roti dan susu. Tidak suka pisang. Buah kegemaran dia apple dan strawbarry juga tomato. Nasi memang tak makan. Kueh kegemaran dia ialah akok.

Reckle tahu on-off tv. Sliding door juga dia tahu buka begitu juga pintu kereta. Tidur mesti beralas, berselimut dan ada teddy bear. Kami pakaikan dia lampin pakai-buang, sekiranya dia berak mesti kena basuh kalau tidak bertempiklah dia sambil pegang kaki kita. Tak reti memanjat dan tidak suka pijak tanah. Dia cukup manja dengan kami dan cuka mencium dan memeluk orang.

25 comments:

  1. Uncle, cute nyer si reckle tuh..patutlah along dan adik sayang! Pembersih dan manja pulak tuh!

    ReplyDelete
  2. tuan mountdweller Reckle tu pandai dia tahu on of tv agaknya rancangan apa dia suka tengok dim tv he he he

    ReplyDelete
  3. nasib baik dia tak tahu menyanyi..

    ReplyDelete
  4. mesti dia nagis kalau nonton cerita drama Melayu

    ReplyDelete
  5. Assalamaualikum Saudara,

    Saya phobia dengan 'monyet' seperti yang pernah saya blog SUMPAHAN MONYET dalam blog saya beberapa bulan yang lalu.

    Walaubagaimanapun, pet Along dan Adik ini mungkin lain sebab Along dan Adik menjaganya dengan baik dan Reckle pun pembersih.

    Teringat pulak semasa saya di Jakarta dulu, monyet macam Reckle ini menjadi sumber rezeki tuannya, dipakaikan baju, topi dan menari bila tuannya bermain muzik sambil kita menderma.

    Menari sahaja..menyanyi tak lah. Nanti susah pulak budak budak AF nak cari makan.

    ReplyDelete
  6. Salam Saudara Fakhruddin,

    Hebat Reckle tu, makan strawbarry and tomato sambil menuntun tv. Dia mati pada umur berapa? Di mana saudara dapat dia?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pakcik..
    Reckle ada taring tak..sbb bila monyet tunjuk perasaan mst tunjuk gigi dia..Jenuh Pakcik tiap2 ari beli akok panas.hehe

    ReplyDelete
  8. comel lah reckle tu uncle...
    tp bile dah beso tentu takot nak dekat...
    kene geget habis ler berbekas...

    ReplyDelete
  9. Salam buat semua.

    erisya,

    Dia memang jenis pembersih. Agaknya dia tidak tahu yang dia tu monyet. Adik kata monyet tak sedar diri.

    sdri sakurasa 2,

    Dia tengok apa saja sebab tak tahu cari chanel. Bila dia berjaya on tv, dia pun melompatlah sambil bertempik. Agaknya suka sangatlah tu dia berjaya on tv. Kalau animal planet tu nampak dia intrested.

    Sdr. kulup,

    Agaknya kalau dia tahu menyanyi, lingkuplah artists kita. Mesti reckle akan lebih popular, sebab dia monyet!

    aku oku,

    Cerita apa pun dia akan melompat dan merenget..

    Puan melayuangkat,

    Saya kesihan tengok dia dulu masih sangat kecil tetapi ibunya dah kena tembak. Jadi kamilah ibu bapanya kot. Itu sebab dia tidak sedar yang dia tu monyet. Memang dia ni jenis cerdik. Dia juga beruk jenis putih bukan hitam macam beruk lain. Saya beli dulu dengan harga RM100.00 sebab kasihan.

    Sdr. Mohd. Sofi,

    Itu memanglah kegeran dia. Dai mati masa umur 3 tanun lebih. Menagis sakan Along dan Adik termasuk Mamanya. Saya beli dari seorang pekebun di Cucuh Puteri, Ulu Kelantan dengan harga RM100.00

    uxop,

    Ada taring, tapi tidak panjang sangat mungkin sebab dia ni beruk betina kot. Memang akok kegemaran dia. Kalau makan akok, sekiranya yang dia punya sudah habis, kalau nampak Along atau Adik mengunyah dia akan korek yang di dalam mulut Along atau Adik.

    Hanis,

    Ada dia gigit. Gigit ringan saja kononnya dia berguraulah tu!

    ReplyDelete
  10. waaahh. masa saya menetap di pasir puteh. memang saya bergaul rapat dengan si awe ni. huh, kerinduan masih terasa padanya. nun di kampung nara....

    ReplyDelete
  11. hai uncle...thanks dtg blog saya..
    actually, saya juga pernah ada anak monyet yang comel macam ni...
    mati tercekik juga, tercekik kat pagar....kesian..
    nama nya jumbo..

    :)

    ReplyDelete
  12. waduh! mcm menatang minyak yg penuh. beruntung nya bdn dpt tuan mcm uncle nih.

    ReplyDelete
  13. hafiz dan ann, salam untuk semua.

    Oooo... hafiz pernah tinggal di kelantan. Bila tu.. asal hafis dari mana?

    Uncle pun lahir kat pasir puteh membesar dan menua kat KB.

    ann,

    Sireckle ni tercekik dengan talinya sendiri. Sebenarnya dia ni jarang diikat. Satu masa uncle nak balik Ipoh, kali ni kami tidak bercadang nak bawa dia. Jadi kami tinggalkan dia dijaga oleh abang uncle.

    Masa abang uncle nak pergi ke kenduri kawin, dia ikat reckle kat luar rumah. Bila abang balik dia dah mati tercerut dengan talinya sendiri. Reckle ni jakun tentang tali, bila terbelit dia lagi tarik dan tegang. Itu yang membuat dia tercekik.

    ReplyDelete
  14. Lin,

    Dia ni memang beruk yang beruntung kerana Along dan Adik cukup sayang dan jaga dia dengan baik.

    ReplyDelete
  15. Hohohoho...comel btl..cne dia leh mati uncle?

    ReplyDelete
  16. salam qaseh,

    Qaseh baca komen balas uncle kepada anntaj (komen ke 3 dari bawah).

    ReplyDelete
  17. tuan - minta tlong.ada petua tak.badan saya gatal2 selepas masuk dan mandi di hutan........first time kena macam tu..

    ReplyDelete
  18. sdr.ku moses,

    Nak bela anjing tidak ada apa salahnya. Orang kita dulu-dulu boleh katakan semuanya ada bela anjing termasuk tok-tok guru pun. Cuma sekarang orang melayu sudah tidak bela anjing. Jadi nanti orang mengata kita dan orang akan berdosa kerana kita. Itu saja.

    Sdr. jinggo,

    Kalau kita kena di dalam hutan, kita lumurkan tanah yang dicampur air.. macam bedaklah. Tapi kalau dah sampai kat rumah, boleh cuba mandi dengan air semambu. Kalau tak jalan juga kena pergi klinik jugaklah.

    ReplyDelete
  19. Sdrku moses,

    Ini adalah nasihat saya kalaulah saudara rsakan saya layak untuk nasihatkan saudara.

    Saudara tidak perlu layan orang tidak memahami apa yang kita perkatakan...dan mungkin dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia sendiri kata.

    Seperti yang saya katakan, kulit dengan isi tidak akan ada titik pertemuan. Segi fizikalnya pun sudah lain. Kulit berada di luar dan keras sedangkan isi berada di dalam dan lembut, terlalu hampir pula dengan biji. Dan pada satu- satu buah tu biji adalah segala-galanya. Saya harap sdr. faham maksud saya... jangan sdr. pun salah tafsir pula.

    salam.. hanya Allah yang maha tahu!

    ReplyDelete
  20. Sdrku moses,

    Siapa kata tuan salah masuk blog. Saya amat alu-alukan. Apa yang saya maksudkan adalah tuan dan ngah..

    ngah bercakap bab lain dan saudara pula bab lain.. bagi saya mungkin ngah tidak faham apa yang saudara maksudkan.

    Nampaknya saudara sealiran dengan pemikiran saya.

    Mohon maaf sekiranya saya ada silap terhadap saudara.

    ReplyDelete
  21. Sdr. luth,

    Salah seorang tuan reckle ada di UiTM Permatang Pauh, tempat luth.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. gagah nampah nye along ni,tapi kalau ngan aku cungap sakan dia dia...

    ReplyDelete
  24. Anonymous

    Entahlah, saya pun tidak tahu keupayaan dia sekarang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa