Monday, December 22, 2008

Dajal Yang Tidak Pernah Diam

Petikan Malaysiakini:

DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

lim guan eng and penangSetiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.

"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS.

43 comments:

  1. salaams uncle,

    ntahlah.....rasa macam PAS kena banyak beralah dalam PKR.

    ReplyDelete
  2. W'salam erisya,

    Uncle ni dah lama campur dengan politik. Tapi makin lama semakin bercelaru. Jadi uncle mengambil sikap berdiam diri. Uncle sudah tahu banyak perkara di dalam politiking baik di dalam UMNO, PAS, Berjasa, 46 dan Gerakan cuma DAP jer uncle tidak bernah bercampur.

    Di dalam UMNO uncle pernah bertanding di peringkat Bahagian. Oleh kerana uncle tak tahan untuk berlakun yang memang berlawanan dengan jiwa maka uncle berundur.

    Yang uncle hairannya, macam mana PAS masih boleh tahan dan boleh duduk se meja dengan DAP.

    ReplyDelete
  3. Salam dari Pak Karamu

    Dah bagitahu dulu lagi, islam wajib bersatu dan mengorak langkah sekarang juga, kalo cina tu cina juga

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,

    Tiada apa yang perlu dihairankan sekiranya kiblat Islam PAS telah beralih kepada berkiblatkan kuasa. Mereka mungkin berpendapat sekiranya berjaya berkuasa maka mungkin mereka boleh lakukan perubahan. Tetapi mereka lupa bahawa kafir dalam DAP dan PKR adalah kafir harbi yang selayaknya ditentang.

    ReplyDelete
  5. kenapa dap terlalu phobia dgn perkataan hudud nie?
    lg satu,agenda hudud ni sepatutnya jadi agenda semua org islam kat mesia nie..sya pon stuju yg byk sgt perkra yg bercelaru skrg,smua parti sama je..xde yg maksum

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    uncle..

    ini la dikatakan politik sempit.
    mana boleh parti berlainan ideologi disatukan dengan rantai yang amat rapuh macam ni.

    Tahniah kepada Khairy kerana dia BIJAK memerangkap pihak lawan. Kalau dia tak lawan Khairy malam debat tu, automatik penyokong PAS akan lari dan perktikai dia..

    good job khairy, saya harap pemimpin berani macam Khairy akan bertambah dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  7. W'salam Pak,

    Itulah yang sepatutnya kita lihat dan lakukan, tetapi malangnya Parti Islam dengan caranya dan Parti Melayu dengan caranya. Lebih malang lagi bila orang Melayu/Islam hanya berdiam diri bila agama Islam dihina. Bagi saya mereka lebih hina dari yang menghina.

    Kalau Islam boleh tolong yang bukan Islam tapi sebaliknya jangan diharapkan orang kafir akan tolong islam sekiranya tidak ada udang di sebali mee.

    ReplyDelete
  8. W'salam paneh,

    Islam pada PAS hanya gimik politik atau will semata-mata. Kalau pun pembangkang berkuasa nanti, bukanlah PAS boleh menang sendirian. Maka adakah ahli kongsinya nanti akan menyokong? Tambah-tambah dua ekor dajal(Karpal dan Lim Kit Siang) di dalam DAP. Kalau sekarang UMNO tidak mahu buat dan PAS pun tidak akan dapat laksanakan. Perlaksanaan PAS hanyalah di segi niat kalau pun bukin gimik politik.

    Tentang Harbi ni pada pengamatan saya, boleh dikatakan keseluruhannya kafir yang ada adalah Harbi. Baik yang ada di dalam PR atau pun di dalam BN. Majoriti mereka adalah penentang Islam. Paling tidak mereka akan membenci apa yang baik bagi kita.

    Jadi jalan selamat ialah Islam dan Melayu mesti bersatu walau fahaman berlainan.

    ReplyDelete
  9. W'salam moses,

    Moses boleh menganggap Pak Din tidak berparti. Selagi perjuangan puak Islam berpaksikan Politik, rasanya Pak Din tidak boleh sokong.

    ReplyDelete
  10. leiah,

    Sebenar apa yang uncle nampak, DAP takut hilang sokongan Cina dan India. Pemimpin mereka bukan tidak nampak kebaikan Islam, kalau tidak masakan Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Omar Ab. Aziz sebagai iconnya.

    ReplyDelete
  11. salaams uncle,

    sesungguhnya tiada jalan pintas dalam perjuangan. bagi erisya Allah tak izinkan kemenangan kerana nak PAS perbaiki diri. Ambil iktibar dari perjuangan orang2 terdahulu. Tiada ertinya menang kuasa jika hanya jadi boneka.

    erisya setuju sangat ngan uncle...politik kian celaru. TIADA pemimpin pelapis yang benar2 berwibawa seperti yang kita nanti2kan. Perjuangan lebih berkisar pada survival sendiri..seolah nak kumpul harta 7 keturunan!

    maaf uncle, emo sikit komen kalini. rasa bosan dengan pelakon2 kelas A di sana tuh!

    ReplyDelete
  12. W'salam Luth Textile,

    Uncle puji khairy kerana berani. Berani berhujjah di gelanggang lawan dan berani menyambutan Hudud yang dilemparkan oleh Dato' Husam walau pun kita tahu UMNO tidak ada niat dan tidak akan melaksanakannya.

    Kalau UMNO ada niat sudah pasti paling kurang diusulkan perkara ini (Hudud)di Parlimen walau pun mungkin akan kalah. UMNO ada kuasa untuk usulkan perkara ini di Parlimen sepanjang 50 tahun memerintah. Tapi mereka tidak pun pernah bercakap mengenainya.

    Islam boleh membuat perjanjian dengan kafir tetapi tidak boleh diberikan kepercayaan. Tuhan telah fimankan yang mereka ada musuh kamu yang nyata.

    ReplyDelete
  13. Anakanda erisya,

    Mungkin erisya tidak terbaca n3 uncle yang dulu. Uncle pernah berada di dalam GERAKAN,PAS,Berjasa dan terakhirnya UMNO. Kerana gelagat mereka terhadap kebendaan berlandaskan perjuangan kononnya, rakyat tipu segala yang molok-molok untuk menang dan berkuasa.

    Sebenarnya mereka(bukan semua)adalah dari spesis yang sama. Kebendaan adalah di dalam kedudukan yang terkedepan sekali. Cuma UMNO yang lebih rakus. Mungkin kerana mereka berkuasa di peringkat pusat dan mempunyai kek yang lebih besar. Di pihak parti lawan tidaklah ketara sangat sebab yang ada hanya sedikit.

    Tapi kalau di kalngan UMNO, dari JKKK, Ketua Cawangan sudah ada bahagian, di peringkat yang lebih atas, lu pikirlah sendiri kata Nabil.

    Duit peruntukan Pilihanraya yang sepatut dibelanjakan untuk upah dan pengurusan pun di songlap, pekerja hanya dapat yang tempias dan tiris saja. Itu pun kalau tiris. Inilah juga salah satu penyumbang kepada kehilangan banyak kerusi BN dalam PRU baru-baru ni. Uncle tahu, uncle berada di padang!

    ReplyDelete
  14. Saya mengikuti perkembangan isu ini : sementalahan saya aktivtis dalam AMK.didahulakan dengan tahniah kepada KJ kerana memerangkap Husam.

    Seterusnya isu ini merupakan peluang terbaik untuk Kerajaan UMNO ( tgk TV3 )malam tadi : dan Utusan hari ini...kata Nik Aziz : Hudud bukan dasar PAS tapi dasar Islam....

    Pada saya : Isu ini dah selesai peringkat PR - semua sudah jelas. Ianya menjadi isu sebab pilihanraya dan kesempatan yg baik untuk mengenakan PAS....

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Hukum Hudud ertinya hukum had, ertinya had-had hukuman yang di tetapkan oleh Allah, mahkamah civilpun ada hudud tapi tak sama dengan hukum had dari Tuhan
    Tilka hududullah (inilah had dari Tuhan)

    Sangat baik khairy soal hudud ni biar semua orang melayu faham matlamat melayu dan islam

    Dalam perkara hukum walaupun di katakan 0.001 peratus akan tetapi ia melibatkan akidah iaitu barang siapa yang tidak berhukum dengan hukuman Allah maka mereka adalah kafir dan zalim (Al Maidah 44,45

    ReplyDelete
  16. Uncle,
    saya baca saya faham tapi saya tak tahu nak komen camane...
    apapun saya hrp yg tebaik dalam politik...
    :)

    ReplyDelete
  17. Wa alaikumussalam wbt. Pak Karamu.

    Terima kasih di atas kunjungan dan penerangan dari bapak.

    Memang wajib bagi setiap Muslim, di hatinya ada niat dan usaha untuk melaksanakannya. Kalau tidak kita akan tergolong di dalam golongan zalim dan durhaka.

    Bukankah begitu Pak?

    ReplyDelete
  18. sdr. jinggo,

    Memang betul Khairy berjaya memprovoke Husam. Dan Husam terpaksa menjawab di atas keperluan situasi.

    Apa pun Lim Kit Siang tidak sepatutnya bising sebab semestinya mereka sudah pun settle di kalangan PR sebagaimana sdr. kata.

    Jadi sudah jelas Kit Siang bencikan Hudud Islam kerana kepentingan politik asobiah DAP semata-mata.

    ReplyDelete
  19. Begitulah Mak Su, kerenah orang politik!

    ReplyDelete
  20. ann,

    Yang pentingnya kita tahu dan ambil tahu sebab perkara Hudud adalah melibatkan hukum.

    ReplyDelete
  21. salam Zam,

    "Orang politik". Mereka adalah terdiri daripada manusia yang pandai memanafaatkan situasi. Pantang ada peluang bagi mereka, mereka akan gunakan untuk meraih sokongan dan menjatuhkan lawan. Itulah perangai orang politik. Kuasa Politik adalah peluang bagi manusia-manusia sekular.

    ReplyDelete
  22. Itulah politik namanya, mana ada politik yang tulus dan lurus..mesti ada selok belok untuk menipu bagi kepentingan peribadi.
    DAP sepatutnya tidak menyuarakan kebisingan mereka tentang hukum hudud ini. Benda ni sepatunya boleh dibincang dikalangan pemimpin PR.
    Seperti yg diketahui PAS pun agak susah untuk menlaksanakan hukum hudud ini secara bersendirian, lihat saja di Kelantan dah berapa tahun PAS memerintah tapi hukum Hudud tak juga dilaksanakan...
    so semua ni hanyalah mimik2 politik semasa.
    Kita sebagai rakyat ni pandai2lah menilainya...di dunia ni mana ada kerajaan yg terbaik dan maksum yg lurus bendul...mesti ada je yg tak betul..tapi biaralah seimbang dan tidak menindas rakyat.

    ReplyDelete
  23. sdr. momentum,

    Saya setuju dengan pandangan saudara. Politik adalah wadah untuk mendapatkan kuasa. Kuasalah penentu segala tujuan dan tindakan.

    Nak dikatakan Kit Siang tidak matang, dia orang lama. Nak kata bodoh, dia cerdik. Tapi entah nak lebelkan apa.

    ReplyDelete
  24. Amww sahabat sekalian:

    Sekadar singgah buat julung kali dan menyokong apa saja seruan ke arah meletakkan kalimah Tauhid pada tempat yang sepatutnya.

    Ini semua takdir Allah untuk masyarakat menerima Islam umumnya dan sistem perundangan jenayah Islam khususnya.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  25. w'salam sdr. luaskanmata,

    Ya, Kalimah tauhid mesti di depan dan yang paling atas.

    Masalah kita sekarang ialah kita Islam dipaksakan berkungsi kuasa dengan yang bukan Islam oleh kafir Inggeris melalui Perlembagaan. Ini kerana Melayu Islam tidak bersatu.

    Allah turunkan kitab sebagai panduan tetapi setengah Melayu yang mengaku Islam campakkan ketepi. Baca tapi tak pakai!

    ReplyDelete
  26. Salam Ayahda Mountdweller, Bapak PakKaramu dan sahabat2 yang lain.

    Saya sudah tiada kata untuk dikomenkan lagi dengan para pimpinan parti sedia ada dengan isu hudud ini.

    Baik ambil sikap berdiam diri sahaja. Kalau tidak terjadilah seperti apa yang diluahkan dalam blog saya tu, sebab hati dah sakit sangat dengan lakonan mereka2 ini.

    Maaf.. dan semoga kalian dirahmati ALLAH kerana menegakkan Ugama Islam

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. W'salam anakanda ISA,

    Sesungguhnya begitulah. Kita nak cegah dengan kuasa, kita tidak upaya. Maka dengan mulutlah/tulisan medium kedua kita, tetapi tidak ada apa yang boleh kita buat selain berdiam diri sekiranya kata-kata kita tidak dipedulikan.

    Tapi azam di hati, kenalah ada. Barulah kena dengan jalannya.

    ReplyDelete
  28. hudud mesti ditegakan,kenapa perlu takut kalau kita tak melakuakan kesalahan.pendapat sya Husam tak patut tarik balik kata-kata beliau...Islam peu ditegakan,tanpa hukum islam itu hanya tinggal nama...wallahualam

    ReplyDelete
  29. Assalamaulaikum Saudara,

    Terlebih dahulu Terima Kasih kerana mengotakan janji dan memenuhi permintaan saya akan gambar Along, Adik dan semua sekeluarga dalam blog Ahad lalu.

    BAGI SAYA, secara peribadi INI lah kurniaan Illahi yang tidak ternilai yang sering kita tak hargai sehingga ia lenyap dari kita (WalIyazubillah).

    Nikmat Kesihatan yang mengizinkan kita membuat aktiviti sihat yang berfaedah dan dapat explore alam semuala jadi kurniaan DIA pada kita semua!!

    Tidak semua kita berpeluang sebegini.

    Tentang Posting DAJAL ini..al maklumlah tak perlu saya ulas panjang panjang..

    Kalau dah dajal tu dajal jugalah saudara.

    Kita semua HATI HATIlah.

    Kalau boleh jangan kawan atau buat kawan langsung dengan dajal dajal ini semua. Cari nahas saja.

    WaAllahhuALam.

    ReplyDelete
  30. salam sya.

    Semestinya niat kena ada, usaha kena buat sedaya yang kita mampu. Kalau tidak tidak menyahut seruan Allah.

    Apa perlunya Husam menarik balik kata-katanya? Dia hnaya menyatakan apa yang patut dan Khairy juga dalam hal ini adalah sependapat. Bagi pemerintah hnaya tinggal lagi kekuatan untuk melaksanakannya kalau betul mereka berniat begitu.

    ReplyDelete
  31. Wa alaikumussalam Puan melayuamgkat.

    Sama-sama, saya mencari gambar tu lama juga baru jumpa. Saya scan terus upload.

    Ya, sejak dari itulah saya selalu membawa mereka sekiranya tidak ada apa-apa komitmen dengan persekolahan mereka. Saya berani membawa mereka kerana sepanjang perjalanan trekking mereka ada masalah dan kerenah. Cuma adik, bila sampai masa susu, dia minta susu. Jadi terpaksalah saya bawa flask untuk air panas dan botol susunya. Masa tu dia masih lagi hisap susu.

    Along,langsung tidak ada masalah cuma kena bawa ubat athma sebagai persediaan, malah Along berani berjalan bersendirian bila dia rasa lambat kerana bawa adik.

    Betul puan, Dajal kini dan selamanya. Samalah juga dengan Dajal Singh sekor tuh!

    ReplyDelete
  32. Salam buat ayahanda..
    mungkin belum terlambat lagi untuk terlibat sama dalam entri ini.

    Penentangan DAP terhadap hudud sememangnya diketahui oleh PAS. Cuma yang menyedihkan kenapa PAS sanggup lagi bersekongkol dengan DAP walaupun berbeda pendapat dan cara perjuangan (sekular-'islamik'.) Bagi saya PAS sudah lagi tidak memperjuangkan islam, tetapi kuasa yang dikejar. Sanggup menggadaikan maruah perjuangan demi kuasa. PAS perlu kembali kepada perjuangan dan landasan yang sebenar. Tidak seharusnya berkompromi dengan perkara dasar parti. Tidak seharusnya ada 'perbincangan' berkenaan hudud dan menegakkan daulah islamiyyah kerana menegakkankanya bukanlah satu perkara berbentuk konsensus atau atas persetujuan, tetapi adalah wajib (sebab itu sistem demokrasi sekarang pada dasarnya agak bertentangan dengan Islam)

    PAS juga seharusnya memperbanyakkan da'wah kepada non-muslim berkenaan hudud. Dan apabila mereka seudahpun memngetahui kebaikan hudud, pastinya tiada bangkangan terhadapnya. Bangkangan terhadap hudud selama ini kerana mereka tidak pernah mengetahui akan erti 'hadd' atau hudud yang sebenarnya. Setiap manusia rasional akan bersetuju dengan hukum yang telah ditetapkan Allah ini. Saya mengambil jurusan undang-undang di UIAM dan kami juga mempelajari hudud dan undang-undang syariah sebenar (bukan seperti di Malaysia). Dan subjek ini juga bukan sahaja diajar kepada muslim, bahkan non-muslim. Dan ada satu ketika bilamana pensyarah menanyakan kepada non-muslim (seorang pegawai polis yang menyambungkan pelajaran) berkenaan Hudud, salah seorang dari non-muslim tersebut berkata 'Saya merasakan Hudud seharusnya dilaksanakan di Malaysia. Saya seorang pegawai polis dan yakin jika hudud diamalkan di Malaysia, jenayah akan berkurangan. Hudud antara undang-undang terbaik didalam menangani jenayah jika diamalkan.' PAS sepatutnya memperbanyakkan berkenaan da'wah kepada non-muslim berkenaan hudud dan sistem islam yang lain, dan bukannya 'da'wah' didalam mengkeji ,menghina dan mengkafirkan saudara seagama.

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam Anakanda SilumanSakti,

    Ayahanda bersetuju sangat dengan pandangan anakanda. PAS terlampau banyak condong ke arah mengejar kuasa. Kerana mahukan kuasa mereka rela jadi "camelion". Oleh kerana non muslim ramai yang tidak faham Hudud dan ramai penyokong DAP adalah dari kalangan non muslim, maka kerana survival politik DAP dengan lantang menolak Hudud.

    Pada pandangan ayahanda para pemimpin DAP bukannya tidak faham Hudud tetapi terpaksa menolak Hudud disebabkan kepentingan politik mereka.

    Bagi PAS, sekiranya pihak DAP tetap menolak Hudud berterusan maka wajib bagi PAS keluar dari Pakatan Rakyat demi prinsip dan dasar perjuangan Islam. DAP bukan rakan PAS di dalam memperjuangkan Islam. Mereka tetap dengan dasar Kafir Harbi, menyanggah dan menolak Islam.

    Kita faham untuk melaksanakan apa yang dicita-citakan oleh PAS, parti itu mesti dapatkan kuasa dengan cara bersekongkol dengan PR. Tapi adakah cara ini akan membuahkan hasil? Adakah PAS juga mengguna pakai "Matlamat menghalalkan cara"?.

    Sekiranya dengan bersekongkol dengan PR juga dirasakan tidak akan berhasil, PAS perlu mufarakah dari PR dan adalah lebih baik bagi PAS kembali berjuang bersendirian sebagaimana asal.

    ReplyDelete
  34. Salam Pakcik mountdweller,

    Saya selalu baca blog ni, tapi 1st time nak komen. Jadi geram jugak dengan tindak tanduk DAP ni, macam sengaja nak uji ksabaran kita. Kejap lagi kalau kita ni komen lebih2, dia selamba aje kata kita racist.

    ReplyDelete
  35. W'salam unlisted_one,

    Pak Cik Ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi ke blog yang tidak seberapanya ini. Maklumlah orang lama, tidaklah sepandai orang baru.

    Betul tu. Pak Cik marah atas 3 perkara:

    Pertama: Dia ada seangkatan dengannya, pendatang yang tidak pernah mengenang budi
    Kedua: Dia bukan Islam, Kenapa duduk sebok dengan agama Islam. Tidak ada sangkut paut dengan dia pun. Lakumdeenukum waliyadeen.
    Ketiga: Dia ni jenis manusia yang berpandangan tidak pernah orang lain betul. Hanya dia jer yang bijak dan betul. Kalau tidak suka dengan PAS dan dasarnya keluar jer dari PR.

    PAS pun satu hal, rela jualkan prinsip demi berbaik dengan DAP kerana kejar tujuan politik.

    ReplyDelete
  36. satu lagi isu iaitu rasuah pas ni kerana sanggup beri apa saja kat dap,, macam si nizar tu...asalkan dapat jadi mb...rasuah tu

    anuar pun rasuah lagi besar sebab nak jadi pm maka melayu, islam, kuasa dan ketuanan melayu iaitu raja2 melayu nak digadai kpd dap....
    pas pulak tukang sokong sebab erdogan lah... rasuah tu....

    mungkin kita perlu tahu berapa anuar rasuah kat erdogan dalam pas untuk pr lalu dan utk mereka hidup mewah?

    ReplyDelete
  37. Sdr. OTAI,

    Yang pasti PAS telah jual prinsip perjuangannya demi kuasa. Tentang rasuah yang sdr katakan itu saya tidak tahu.

    Dikesalkan PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP yang sememang mempunyai mimpi yang berlainan. DAP memang terang tergolong di dalam klas Kafir Harbi yang wajib ditentang tapi malangnya PAS menyokong.

    ReplyDelete
  38. Tuan.

    Ini negara sapa? Apa agama rasminya?

    Kenapa perlu takut?

    Kalau di negara Kristian kita ditindas, maka hinalah kita jika dinegara Islam juga kita bernasib serupa.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  39. salam uncle..
    azza baru balik dr hatyai smlm..baru smpat jengah uncle. uncle apa kabar..azza demam...hari ptama ke hatyai lagi idung dah soksek..batuk dan bersin. smpai malam tadi terus demam. tapi alhamdulillah...perjalanan yg menyeronokkan dan penuh makna. pengalaman baru bg azza dlm percutian backpaskers begini..

    ReplyDelete
  40. W'salam Tok Rimau,

    Itulah sebabnya kita perlu bersatu, semua Melayu yang berjiwa Islam mesti bersatu.

    Saya sudah kata dulu bila kita lalai dan goyah musuh berani masuk mencelah.

    Jangan kita biarkan Islam juga dipijak di bumi orang Islam. Itu pesan Arwah Guru saya. Itulah yang saya katakan sabar kita ada hadnya!

    Salam penyatuan dari saya.

    ReplyDelete
  41. W'salam azza,

    Selamat pulang dan berjumpa lagi. Uncle doakan azza akan cepat sembuh.

    Uncle alhamdulillah sihat. Esok uncle akan ke Penang dan terus ke Lumut, lawat Along selepas belikan ration Adik (anak kedua).

    Lepas tu ke KL, lawat ipar buat bypass. Berapa hari belum tentu lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa