Tuesday, December 2, 2008

Saja-Saja Gambar


Kem Puncak Gunung Tahan

Pemandangan Jauh Kem Puncak Tahan


Bergambar di depan Gua Cha



Cuba skil di Kampung Asli


Redah Jeram di Sungai Nenggiri


Tercampak ke atas batu kerana tolakan arus


Di kawasan tenang di Sungai Nenggiri


Di Puncak Gunung Korbu


Berehat semasa mendaki


Di perkampungan Orang Asli di kaki Gunung Korbu


Di Rumah Tok Batin


Teroka Gua Harimau


Di Gua Cha


Puncak Gunung Ayam

26 comments:

  1. Tq goooooood girl but not as good as pro bloggers.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Inilah kekayaan hidup yang sebenarnya.

    Badan sihat.
    Udara Nyaman.
    Hampir dengan alam semualjadi, kurniaan Illahi.

    Alhamdulillah.

    Saya ni tumpang tengok gambar sajalah.

    ReplyDelete
  3. uncle,

    foto putri gng tahan tak sempat amik ka ? ;)

    ReplyDelete
  4. salam malam uncle...
    apa kabar malam ni..
    hehee..
    tersenyum abg tengok gamba2 ni sume..
    nnti azza bg uncle link abg di multiply..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Puan melayuangkat.

    Tak apalah puan, untuk sihatkan badan banyak caranya. Buatlah dengan cara yang puan mampu.

    Saya buat dengan cara saya ini pun selagi mampu, tapi sekarang tidak lagi setangkas orang muda.

    Insya Allah kalau diizinkan Allah, saya akan upload lagi gambar-gambar di pelbagai tempat.

    ReplyDelete
  6. Tabik tabik springg!!
    Tuan sarjan..nanti kita panjat gunung lumut ngan gunung lambak.

    ReplyDelete
  7. Sayangnya uncle tidak sempat ambil gambar Puteri Gunung Tahan untuk tatapan anakanda erisya.

    erisya percaya tak, pada setiap kali pendakian uncle akan ada makhluk ghaib yang ikut! Dan pernah beberapa kali tolong uncle dan dengan izin Allah uncle selamat dari musibah.

    ReplyDelete
  8. azza,

    Alhamdulillah uncle ok cuma bersin sikit. Migrane azza dah ok?

    Ok uncle tunggu link tu, uncle pun nak juga tengok.

    ReplyDelete
  9. Tuan, kenapa nama gua itu "Gua Harimau"?

    Ada Harimau ke?

    ReplyDelete
  10. Tok Rimau,

    Di namakan gua rimau sebab gua tu adalah tempat peraduan Harimau. Masa kami sampai tu kesan rimau masih baru. Maknanya dia baru belah!

    ReplyDelete
  11. Kalau sdr. mogen ada masa dan saya pula masih sihat, insya Allah.

    ReplyDelete
  12. Salam saudaraku Fakhruddin,

    Waduh-waduh...

    Pengelaman saudara amat seronok. Ke bukit dan gunung saudara daki. Ke lurah saudara turuni. Di jeram, saudara gagahi.

    Saya cadangkan saudara bukukan semua pengelaman saudara ini.

    Salam persaudaraan
    Sofi.

    ReplyDelete
  13. Uncle,

    erisya percaya. Allah pasti menghantar seseorang untuk membantu..tak kiralah manusia atau bukan :)

    ReplyDelete
  14. salam uncle...
    uncle esok2 kalau uncle pg lagik... ajak lah saya sekali... teringin nak pg trecking cam nih...

    ReplyDelete
  15. saya TEKA - ini gambar sekitar awal 90 an kan.Masa tu RAKAN MUDA dan aktiviti macam tu memang top..rasanya masa tu pelik kalau setiap rumah tak ada khemah. Setiap hujung minggu penuh kawasan hutan lipur dengan aktiviti macam tu...bila agaknya kita nak kembalikan nostalgia tu....

    ReplyDelete
  16. seorang anak saya teruja ngan xtvt daki gunung, camner dia nak join ek? tapi dia baru ting 1 ler.

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam sdr. Mohd. Sofi.

    Allah anugerahkan saya semangat dan kekuatan, saya gunakan untuk meneroka alam ciptaannya. Dengan aktiviti begini saya memperolehi ketenangan dan dekat denganNya.

    Terima kasih di atas cadangan saudara. Insya Allah, memang saya berhajat nak bukukan tetapi buat masa ini kesuntukan masa menjadi penghalang. Bila anak kedua saya lepas belajar, insya Allah saya akan usahakan.

    ReplyDelete
  18. Anakanda erisya,

    Akan uncle ceritakan di dalam n3 kemudian peristiwa-peristiwa yang akak pelik untuk uncle selamat.

    ReplyDelete
  19. Hanis,

    Memang uncle bercadang nak panjat gunung rabung selepas banjir nanti bersama geng-geng veteran di pejabat uncle dan persatuan.

    ReplyDelete
  20. sdr. jinggo,

    Gambar kat Gunung Ayam tu tahun 1997. Program Mendaki Untuk Negara sempena kemerdekaan.

    Di Gua Cha, Gua Harimau dan Tubing November tahun 2004. Bersama Team Outdoor pejabat dan Wartawan.

    Gambar di Korbu dan Kg. Asli tu Jun tahun 2003. Juga bersama team Outdoor pejabat.

    Gambar di bawah di n3 musibah semasa mendaki tu sebelum bulan puasa 2008 yang lepas.

    ReplyDelete
  21. Mak Su,

    Kalau Mak Su tinggal di KL, memang banyak persatuan yang menjuruskan aktiviti begini salah satu ialah Gabungan Induk Persatuan Mendaki yang dinamakan Persekutuan Mendaki Malaysia. Kalau Mak Su berhajat untuk bertanya nanti saya akan berikan no. tel Setiausahanya En. Roy

    ReplyDelete
  22. Tuan mountdweller sakura pernah melalui pengalaman terpaksa masuk gua semasa berkursus dulu,berpimpintangan dalam satu kumpulan tapi sakura tak dapat lihat keindahan di dalam gua tu kerana sepanjang perjalan di dalam gua tu sakura pejamkan mata dan terasa kekurangan udara di dalam gua tu....

    ReplyDelete
  23. sakura,

    Dalam gua kalau tak pejam mata pun tanpa lampu suluh, sakura tidak akan nampak juga. Keadaan di dalam gua sebenarnya membuat kita rasa tidak cukup udara.

    Di sini uncle masuk ke Gua Pagar, gua yang cukup gelap sehinggakan membuat kita sesak nafas bila padamkan lampu. Cukup gelap sehinggakan letakkan tapak tangan 3,4 inci dari muka pun tidak nampak. Satu lagi kalau nak teroka gua kena berani menyelam sebab setengah tempat tu, untuk pergi ruang ke ruang terpaksa menyelam.

    ReplyDelete
  24. aishh ayahanda,

    kalau yang korbu tu, bukan 2003. rasanya dlm tahun 1996 kot.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa