Sunday, February 8, 2009

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Oleh sebab saya bukan mahir di dalam bidang Undang-Undang dan Perlembagaa, saya juga mahukan komen dan respond dari kawan-kawan cyber terhadap petikan ini dari jeritan minda politik malaysia. Ini adalah disebabkan setakat ini tidak ada lagi sesiapa yang respond terhadap n3 ini di blog jeritan minda politik malaysia

ciberboron, izinkan saya.

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK : UMNO TIPU - ISTANA KELIRU
ciberboron,

Perlembagaan Malaysia:

Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”


Perlembagaan Negeri Perak:

Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status ‘hilang majoriti’ seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.

Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

“Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.”

Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai ‘tafsiran yang salah’ sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ‘hilang sokongan majoriti’ merujuk kepada ‘ahli-ahli Dewan Rakyat’ manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada ‘Dewan Undangan Negeri’ dengan tiada perkataan ‘ahli-ahli’ bersama dengannya.

Ini bermakna ‘hilang sokongan majoriti’ bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan ‘hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri’ sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan ‘hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri’.

Kekeliruan timbul antara “the confidence of the majority of the members of the House of Representatives” dalam Perlembagaan Persekutuan dengan “the confidence of the majority of the Legislative Assembly” dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ bagi seorang Menteri Besar.

34 comments:

  1. Salam Abe Din

    Memang ada perbezaan didalam kedua- dua Undang-undang tersebut,mngkn saya nie pun tak "lancar" undang undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan Persekutuan..
    Secara harafiah yea mmg ada beza dari segi ayat dan makna perundangan..
    Kalau tak tahu baik takyah cakap,nanti bawak fitnah saja.Cuma kerisauan saya adalah undang-undang itu digunakan sebagai cara menghalalkan tindakan sesuatu pihak kepada atau ke atas satu pihak lagi.
    Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui

    ReplyDelete
  2. sbb tu pada teman tak salah bawa kes ini ke mahkamah. nizar bukan menderhaka pada sultan. sultan bukan disaman atas individu baginda sebagai Sultan Azlan Shah.

    tapi atas keputusan baginda yg dibuat berdasarkan perlembagaan perak yg ada kawasan kelabu. jadi biarlah mahkamah tentukan. kalau keputusan mahlamah tak menyebelahi pakatan pun teman redha.

    sekurang2nya pakatan telah mencuba segala jalan yg ada.

    ReplyDelete
  3. W'salam IndukYati.

    Ya, oleh kerana saya tidak berapa tahu bab itulah saya jadi n3 ini. Sesungguhnya saya nak baca komen kekawan.

    Terima kasih IndukYati.

    ReplyDelete
  4. Setuju... Moga Sultan kembali rasional. Benarkan DUN dibubar dan Tuanku akan dihormati semula. Sultan pun makhluk Allah jugak.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    saya tak sempat untuk mengkaji secara mendalam Perlembagaan Negeri Perak, tapi berdasarkan pemahaman saya didalam dua fasal itu sememangnya berbeza.Didalam undang-undang, setiap ayat punya makna mendalam..kehilangan 'members' dan hanya menyebutkan 'Legislative Assembly' menungkinkan kes Nizar mampu dibawa ke mahkamah..Pandangan saya yang baru bertatih didalam undang-undang ini, Nizar mempunyai kes yang kuat untuk melawan perlucutannya.

    Berkenaan DERHAKA, izinkan anakanda memberi pendapat. Kenyataan Nizar 'Patik Mohon Derhaka' bukanlah bermakna derhaka,tetapi bermakna tidak bersetuju. Media mempermainkan rakyat yang tidak tahu bahasa dalam dengan mengatakan Nizar derhaka..Mereka sebenarnya yang derhaka kerana mempermainkan nama Duli Tuanku untuk kepentingan mereka..sekian..

    ReplyDelete
  6. uncle..
    dah tersalah amik award tu.. yg utk uncle.. special sket.. pls scroll hingga ke penghujung blog.. yg merah ade hati tu.. sorry yer saya yg silap.

    ReplyDelete
  7. Tuan,

    Ada jugak yang tebal muka nanti ni. Adoiii..Bila nak sudah episod kecelaruan ini..

    Sapa yang salah agaknya? Takkan rakyat kot?

    ReplyDelete
  8. Salam Uncle,

    Memang ada perbezaan, mungkin terkhilaf tafsiran perungkapan tersebut, mengakibatkan keputusan Baginda Sultan.

    Biarlah Mahkamah menentukannya, itu pun seperti sedia maklum sajalah, jika tiada keajaiban berlaku.

    Saya amat marah dalam hal ini kerana rakyat diperbodohkan lagi dari segi undang2 dan alasan tidak masuk akal oleh 3 orang yang terlibat. Cuti sakit dan kecil hati kerana Camry.

    Soal spekulasi yang lain2 mungkin uncle sendiri sedia maklum.Dan sebab itu blog saya semakin lantang

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan,

    Kekadang memang ada orang yang akan mengambil kesempatan dalam situasi tersebut..saya setuju dengan pendapat paloi..cuba selagi kita ada jalan

    wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam Tok Rimau,

    Bukan Tok Rimau tidak tahu, orang politik mana ada kulit muka!

    Mereka lupa, rakyat sudah matang dan sudah berilmu. Kini bukan zaman 70'an. Media pun bukan lagi sehala, tetapi sudah jadi berhala-hala dan ada sesetengahnya pula dah jadi gila memperbodohkan orang.

    ReplyDelete
  11. paloi bin mulau,

    Sebenarnya dari lubuk hati saya, Sultan tidak perlu disaman. Kalau mahukan keadilan Mahkamah, saman saja "Kerajaan" baru.

    Bagi rasa tidak puas hati, ikhtiar dan usaha perlu dilakukan supaya hasilnya nanti akan memuaskan hati tetapi janganlah sampai rakyat menjadi kacau bilau. Kalau orang lain dikatakan tidak bertanggung jawab, kita ambillah tanggung jawab itu.

    ReplyDelete
  12. Sdr.Brahimnyior.

    Saya tidak fikir Sultan akan mengundurkan keputusannya kerana ini akan menjadikan seolah Baginda membuat keputusan terburu-buru.

    Manusia, ramai yang kerana keegoannya akan membutakan hati terhadap kesilapannya. Jarang-jarang pula yang berani mengaku kesilapan dan mohon maaf.

    ReplyDelete
  13. SilumanSakti,

    Memang saya nampak ada pihak-pihak yang tertentu yang cuba mengelirukan rakyat. Cuba menyorokkan fakta dan menegakkan benang basah.

    Saya pun sependapat yang sembah Nizar itu bukanlah mohon nak durhaka tetapi sengaja diputar belitkan bertujuan mengapi-apikan rakyat. Sebenarnya mereka bukan tidak faham tapi buat-buat tidak faham.

    ReplyDelete
  14. kakyong,

    Ok tak apa, uncle akan ambil semula. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  15. Salam anakada Isa.

    Bab undang-undang tu uncle tak nak komen, Isa lebih arif.

    Cuma bab alasan berpaling tadah tu dah jadi alasan budak-budak tadika!

    ReplyDelete
  16. W'salam manns'gor.

    Betul manns, ramai yang menyelam di air keruh, menimba dalam lumpur!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Saya tidak pakar atau tahu pasal fasa Perlembagaan Perak atau pun lain lain Negeri di Malaysia ini. Jadi nak komen pasalnya pun tak layak.

    CUMA saya berdoa dengan ikhlas ianya tidak menjadikan satu isu yang boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu Islam dan akan membawa kepada yang tidak baik untuk masa hadapan bangsa ini.

    Kita tidak mahu bila Perlembagaan ini diubah ubah lagi sebab Perlembagaan Negara pun telah banyak kali diubah, perubahan ini akan membawa kepada kerugian pada Orang Melayu Islam itu sendiri dalam jangka masa panjang.

    Masa yang pada itu kita kita semua sudah tidak ada lagi. Dan pada masa itu kita berdoalah generasi selepas kita betul betul kuat Semangat mereka untuk menapis apa juga dugaan jika ada untuk memansuhkan apa yang terselit dan perlembagaan itu yang boleh merugikan bahkan 'hilang' tanah air sendiri ke tangan tangan mereka yang sentiasa menanti dan mengambil peluang bila ada kesempatan.

    Kita orang Melayu Emosional, inilah hakikatnya. Ada kita baca blog orang Cina yang hentam pemimpin mereka?? Hasut menghasut antara satu? Benci membenci?

    Mereka pun ada problem mereka sendiri tapi mereka berfikir dengan rasional dan dalam diam diam dan sesama sendiri cuba menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  18. wa alaikumussalam puan.

    Memang n3 ini untuk saya yang tidak faham dan kita tahu ramai kawan-kawan bloggers kita terdiri dari pengamal undang-undang atau pun pelajar di bidang itu. Setidak-tidaknya kita boleh memahami dari apa yang mereka titipkan. Prinsipnya saya tidak akan melakukan atau membuat sesuatu perkara yang saya tidak tahu. Setiap n3 saya adalah semuanya berdasarkan perkara yang saya memang tahu atau pengalaman yang saya lalui.

    Benar kata puan, kedamaian dan hidup selesa yang semua kita mahukan. Pokoknya kita tidak mahu siapa provoke siapa. Kita tidak mahu rakyat diadu-dombakan dan kita tidak mahu kita dibohongi oleh mana-mana pemimpin yang gila dan tamakkan kuasa. Pendirian kita perlu jelas. Yang salah tetap salah walau pun dia itu ibu kita.

    Tentang mengubah perlembagaan, memang sudah terlalu banyak perlembagaan malaysia di ubah semata-mata untuk memudah dan menguntung pemerintah. Bab rizab melayu pun sudah diibah sedang penjajah yang menjajah kita pun peka tentang hak kita, tetapi bila kita sendiri yang memerintah, kita sendiri pula yang membuat pindaan yang di dalam jangka panjangnya merugikan kita.

    Perpecahan dan perbalahan merugikan kita. Kerana politik kita bergaduh. Kerana politik sesetengah itu kita kenal mak bapak dan saudara sendiri. Kita harus berubah. Fikiran kita harus berubah. Kita mesti berani berkata benar kepada yang benar dan salah kepada perkara yang salah walau pun bertentangan dengan kehendak kita.

    Tanah air ini, tanah air kita. Bumi ini tumpahnya darah kita. Negara ini adalah warisan kita. Walau macam mana pun kita mesti pertahankan hak kita, pusaka nenek moyang kita. Walau pun siapa pada pandangan saya yang nampak menyeleweng dan merugikan, saya akan tentang walau pun dengan air liur. Bangsa Melayu mesti disatukan dengan ikatan Tali Allah.

    Maaflah puan saya terpanjang sikit kali ini.

    ReplyDelete
  19. salam ayahanda,

    bukankah sultan perak amat arif tentang undang2.. baginda kan pernah jadi ketua hakim negara?? takkan baginda boleh salah faham dalam kes ni?? apa2 pun, saya rasa tak patut karpal singh nak saman sultan..

    ReplyDelete
  20. W'salam anakanda nurdaniella.

    Kesilapan atau kekhilafan akan berlaku kepada sesiapa pun selagi kita adalah manusia Hatta Rasulallah sekali pun. Rasulallah sendiri bukankah pernah ditegur oleh Allah?

    Sultan juga manusia macam kita punya nafsu dan kelemahan walau pun dia bekas Hakim Negara yang diiktiraf sebagai pakar undang-undang. Cuma bezanya ialah bila pemimpin melakukan kesilapan tidak boleh ditarik balik kerana implikasinya besar. Kenalah cari jalan lain untuk menutup kesilapan itu.

    Walau pun itu pendapat uncle dalam masalah di Perak, uncle tidak kata Sultan silap sebab awal-awal n3 uncle, uncle sudah kata yang uncle tidak mahir undang-undang dan tujuan n3 ini pun adalah untuk menilai pendapat dari orang yang lebih tahu.

    Sultan tidak perlu disaman walau undang-undang menyatakan boleh. Salam Sultan di dalam hal ini adalah kerja sia-sia dan akan menyemarakkan marah orang ramai terutama orang macam Karpal atau Lim Kit Siang. Kalau betul ada asas yang kukuh, saman saja kerajaan "baru" Negeri Perak.

    ReplyDelete
  21. W'salam Abe Nakata,

    Terima kasih kerana jengok.

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Orang atasan suruh rakyat mematuhi undang-undang, ok la tu, dan setiap undang-undang apabila di luluskan maka tiada siapa yang kebal sekalipun yang mencipta undang-undang (negeri Perak) akan tetapi berlaku di sebaliknya, entahlah apa nak jadi dunia ni

    Apa yang kita tahu Allah telah sediakan undang-undang untuk manusia namun Dia tidak terikat dengan undang-undang yang di ciptanya sebab Dia Tuhan yang menjadikan, berlain dengan manusia, sebab itu Allah suruh ikut undang-undang Dia

    Mana-mana manusia yang kebal dengan undang-undang yang di ciptanya sendiri maka sahlah mereka mahu menjadi macam Tuhan seperti Firaun ANA ROB BUKUMUL 'AALA (aKULAH tUHAN YANG mAHA TINGGI)

    ReplyDelete
  23. Wa alaikumussalam wbt, Pak Karamu.

    Lama juga tidak jengok ke blog bapak. Undang-undang dunia manusia yang cipta. Itu hanya satu peraturan yang dibuat mendaulatkan negara atau negeri. Jadi sesiapa pun yang berkuasa, kalau melanggarnya pun tidak ada siapa yang berani menegur kecuali pembangkang. Sudah tentulah suara pembangkang tidak akan diguna pakai.

    Undang-Undang Allah lagikan tidak semua manusia yang menggelarkan dirinya Muslim pun tidak ikut, inikan pula peraturan yang dibikin manusia itu sendiri.

    Memang manusia seperti Firaun itu adalah manusia yang lupa diri dan dihambakan oleh nafsu. Jadi pada hemat saya sesiapa saja yang berkuasa dan menjadi hamba kepada nafsu samalah juga dengan Firaun dan Qarun.

    ReplyDelete
  24. terima kasih bapak, telah kasih komentar pada tulisan saya. bapak pengamat sosial politik ya?

    ReplyDelete
  25. Dalam kes ini tak der sapa yang betul atau salah. Cuma apa yang berlaku adalah tentang penafsiran masing2 berkenaan dengan undang2. Jika mahkamah memberi penghakiman kepada Pakatan Rakyat sekalipun tidak bermakna sama sekali Sultan dan BN salah. Cuma kita semua ingin tahu apakah prosedur yang sepatutnya dilakukan untuk memecat seorang MB. Dengan adanya keputusan mahkamah nanti kita dapat dijelaskan tentang satu prosedur yang sepatutnya diambil untuk memecat MB. Sultan betul, dengan mengikut pandangannya memecat MB dan DS Nizar juga betul dalam tindakannya mempertahankan kedudukannya. Semua ini berlaku mengikut pandangan masing2 dalam undang2. Sebab itulah saya sangat menyokong jika satu tindakan dibawa kemahkamah untuk menentukan pandangan siapa yang diterima oleh mahkamah. Dan dengan ini saya saya tidak langsung menganggap tindakan Karpal dan PR satu tindakan derhaka. Persoalan niat dan tujuan terpulang kepada Allah. Kerana kita tidak tahu apa yang tersurat dihati manusia.

    ReplyDelete
  26. Jika ditanya pendapat peribadi saya, saya menyokong supaya diadakan undi tidak percaya kepada MB DS Nizar. Ini kerana 3 orang Adun yang keluar parti walaupun mereka dikatakan menyokong kerajaan BN tetapi mereka adalah bebas. Oleh itu biarlah dibuat undi tidak percaya didalam DUN bukan di istana. Saya tidak menyalahkan 3 orang ADUN tersebut keluar Parti tetapi cubalah jadi seorang yang berprinsip. Jika tidak mahu bersama dengan PR, adakan undi tidak percaya bersama-sama dengan ADUN BN yang lain. Janganlah jadi penakut dan hanya berani berkata dibelakang. Walaupun saya sudah tidak mempercayai BN tetapi jika mereka berani berhadapan dengan MB didalam DUN untuk membuat undi tak percaya, saya secara peribadi tidak ada masalah dengan perkara tersebut kerana ia dibenarkan oleh undang2. Bukan dengan menculik dan menjanjikan Adun yang terlibat dengan habuan harta dan wang ringgit. Nak melompat sebab perinsip saya setuju tapi lompat sebab kena paksa dan harta, jawabla depan tuhan

    ReplyDelete
  27. Salam iam_khufu.

    Tentang lompat ini saya tidak untuk bersetuju walau undang-undang membolehkan. Pada prinsipnya anda akan menghkianati amanah pengundi. Anda menang dengan undi rakyat yang mengundi anda berdasarkan parti yang anda wakili. Sekiranya anda ada meruah, anda akan letak jawatan dan kembalikan hak rakyat untuk memilih calon pilihan mereka. Kalau anda rasa rakyat menyokong peribadi anda bukannya parti anda boleh bertanding dan serahkan kepada rakyat membuat pilihan.

    Itu saya berkata di atas prinsip dan maruah. Dalam bab undang-undang saya bukan orangnya untuk komen.

    ReplyDelete
  28. Salam buat bapak ACTUALIZATION OF FITRAH.

    Ya, begitulah. Sebelum ini ada juga saya berpolitik akan tetapi dewasa ini saya tidak mahu campur lagi. Cuma tinjau dari jauh saja. Sudah letih dengan kerenah.

    ReplyDelete
  29. iam_khufu.

    Satu lagi tentang undi tidak percaya itu saya sokong.

    ReplyDelete
  30. Saya nak pertikaikan tentang panggilan uncle.

    wakakakka !!!
    Panggil Abang kan ok.

    ReplyDelete
  31. Salam Wak,

    Tentang panggilan ni saya terbuka. Rasanya sebelum dia orang nak panggil, mungkin dah tengok profile saya dan tentu tahu umur saya. Jadi mungkin dia orang panggil berdasarkan perbezaan umur kot?

    Apa pun tentang itu, panggillah apa-apa saja. Jangan sumpah seranah suuudaaah..

    ReplyDelete
  32. harap nizar tabah menghadapi kemelut politik yang kalut di perak ketika ini...
    pada si katak2 yg melompat.. mereka telah mengkhianati amanat/undi yg diberikan oleh rakyat perak di kawasan mereka..
    tengoklah mereka2 yg merusuh.. itu cuma sebahagiannya sahaja.. itu sudah boleh menjadi penanda aras kemarahan rakyat perak khususnya.. mereka bertindak kerana mereka ada hak.. hak yg mereka berikan ketika mengundi calon2 mereka dahulu... mereka mahukan kempimpinan pihak pembangkang.. pkr/dap.. bukannya umno.. mereka mahukan perubahan.. dengan apa yg terjadi sekarang.. mereka pasti tidak berdiam diri.. kita tunggulah nanti apa yg bakal terjadi..

    ReplyDelete
  33. Salam Big Mama.

    Saya secara peribadinya tidak akan menyokong mana-mana Wakil Rakyat sama ada BN atau PR yang mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi mereka dengan melompat.

    Apa pun diharapkan semua warga Perak akan bersabar terutama pemimpinnya

    Kita tengok nanti takdir pengakhiran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa