Thursday, April 2, 2009

Betulkah?

Dari blog bagindareformasi.

Satu soalan dari saya. "Adakah semua yang tersenarai ini benar?"

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

9000 hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

20 comments:

  1. Salam sdra MountDweller,
    Dahsyat nyeerrr.
    Kena minta tolong dari pejuang melayu tu?

    ReplyDelete
  2. nak tahu senang je hehehehe suruh ahli parlimen kita bawak soalan ni dalam parlimen.

    contoh soalan boleh jadi cam gini:

    berapakah luas tanah rizab melayu selepas merdeka dan luas tanah rizab melayu pada hari ini? apakah perancangan masa depan kerajaan berhubung status tanah2 ini?

    kalau jawapan soalan tersebut di atas menunjukkan pertambahan keluasan jadi memang betul la amno ni pejuang melayu hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam Tuan:

    Apakah benar statment ini?????? Nah sekarang siapa jual siapa?? cakap tak serupa bikin, harapkan pagar, pagar makan padi, baling batu sembunyi tangan, nah MELAYU telah dijual oleh MELAYU. Itulah sebab rakyat sedang menunggu kerajaan baru untuk rakyat.......

    ReplyDelete
  4. W'salam Sdr. Pengasas.

    Dahsyat, pedih, sedih dan kesal. Harapkan pagar pagar makan padi.

    ReplyDelete
  5. paloi bin mulau.

    Dari dulu puas saya cari maklumat keluasan Tanah Rezab Melayu yang diwartakan selepas merdeka tapi sehingga kini masih tercari-cari.

    Seandainya betul mereka adalah pembela dan pejuang Melayu tentu keluasan akan bertambah atau paling tidak, tanah berkenaan masih kekal sepertimana dulu.

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr. kulatlapok.

    Hot nampak! Nampaknya sahlah Melayu jual Melayu dan Melayu kelentong Melayu seandainya n3 ini benar.

    ReplyDelete
  7. salaams uncle...jka itu adalah betul...hmmmm betul2 jadi lebai malang...ayam menang kampung tergadai....:(

    ReplyDelete
  8. W'salam erisya.

    Ini di zaman kita. Bagaimana anak cucu kita nanti. Adakah agaknya akan jadi Singapore?. Melayu jadi warga negara kelas 2

    ReplyDelete
  9. salam uncle,
    uisss benar ke ni uncle? kalaulah semuanya ini benar..adehh abisslah!!

    Jika ini benar - Ingatkan zaman penjajah je soal tanah rizab melayu tergadai.. ini negara dah lama merdeka lagi teruk jadinya.

    Jika ini benar - terbuktilah pemimpin bukan setakat 'makan orang' tapi 'makan tanah' juga..

    ReplyDelete
  10. Pakdin yang dirahmati Allah,

    Yang lain, saya tak pasti, tapi saya respons perkara no. 1:

    22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

    Respons saya, betul. Saya dok di area Lekir, dan saya tau apa yang terjadi. ladang FIMA yang sebelum ini sebahagian daripada syer Kerjaan negeri Perak telah dijual kepada KLK semasa zaman Tajol Rosli.

    Orang Melayu diminta bersabar, tetapi melalui UMNO, mereka mendapat ruang untuk merayu kepada KJ, menantu Paklah.

    Tau apa kata KJ? Masukkan duit dalam akaun dia dahulu, sebelum berbincang lebih lanjut. Kecewanya masyarakat di Lekir. Akhirnya tau beginilah sikap menantu PM.

    ReplyDelete
  11. Tuna,

    "Adakah semua yang tersenarai ini benar?"
    kalau benar.....

    ReplyDelete
  12. Tuan,

    Yang itu mungkin betul dan mungkin tidak kerana belum disahkan.

    Yang ini pula memang dah sah betul. Jika mahu pengesahan, sila hubungi saya (cheguman@yahoo.com)

    Apabila Tun DrM menjawat PM, antara perkara pertama yang beliau lakukan ialah melihat plan yg saudara ingin lihat tersebut dan mendapati tanah rezab Melayu banyak yang hilang. Beliau dapati kebanyakannya sudah dimiliki oleh Sime Darby dan Guthrie. Maka Tun bertekad utk merampas kembali. Tanah tersebut perlu dipulangkan pada orang melayu. Untuk itu beliau melancarkan Amanah Saham Nasional. Wang yang dikumpulkan itu diserahkan pada Tun Ghafar dan beberapa orang lagi bagi membeli semula harta tersebut di Britain.

    Modus operandi wakil-wakil org melayu itu ialah pergi ke bursa saham di sana dan beli seberapa banyak saham kedua-dua syarikat Britain tersebut.

    Menjelang petang, kerajaan Margaret ketika itu terperanjat besar apabila mendapati syarikat perladangan gergasi tersebut sudah bertukar tangan. Orang Melayu sudah mendapatkan kembali tanah mereka (termasuk harta lain yang dimiliki syarikat tersebut).

    Tuan-tuan,
    Di samping kita mendedahkan kesilapan kerajaan (UMNO) jangan kita lupa mendedahkan juga kebaikan mereka. Sebab, apabila dinyatakan satu keburukan, orang ramai akan lupa sepuluh kebaikan kita. Jika kita mahu dilayan secara adil, kita sendiri perlu juga bertindak adil.

    Tuan-tuan,
    Saya memang sering mengkritik PKR namun menghormati PAS. Namun kenyataan Nizar dalam video Sidang Dewan Perak ketika menjadi MB amat mengecewakan saya. Lihat blog saya untuk berkongsi maklumat dan pandangan.

    Wallahu’alam.

    ReplyDelete
  13. W'salam Rashid.

    Uncle sebenar tidak tahu nak kata apa. Mungkin benar, mungkin tidak benar dan mungkin separuh benar. Bermacam-macn perasaan dan persoalan terbit di minda tetapi kita rakyat kecil apa yang boleh kita buat? Merungut ajerlah. Suara kita siapa nak dengar?

    ReplyDelete
  14. Sdr. Brahimnyior, saya juga sdr. juga di dalam limpahan rahmatNya juga.

    Maknanya perkara no. 1 adalah benar. Dari hak Kerajaan Negeri bertukar tangan akibat dari onar orang kita (Melayu) mungkin demi RM.

    Harapkan Ketua Pemuda UMNO yang baru ternobat pun juga bercakap berlandaskan RM. Jadi kalau semua pemimpin macam itu, mampuslah dan akan merempatlah Melayu akhirnya.

    ReplyDelete
  15. sakurasa.

    Saya berharap sangat semoga ianya tidak benar. Tetapi perkara no.1 sudah disahkan benar oleh sdr. Barimnyior.

    Satu kekeswaan dan amat dikesalkan.

    ReplyDelete
  16. Salam sdr. Demang.

    Insya Allah saya akan hubungi saudara.

    Terima kasih di atas keterangan saudara tentang Sime Darby. Terima kasih dan sanjungan pada Tun Mahathir.

    Sdr. Harus faham, saya tidak mahu dan mengelak dari mengutuk sesiapa. Apa yang saya mahu tahu adalah benar atau tidak perkara di n3 ini dari respon kawan-kawan bloggers. Sebelum ini saya sudah katakan saya tidak akan menyokong mana-mana pihak selagi Melayu gagal disatukan di dalam satu wadah.

    PKR dan UMNO bertelagah hanya kerana kuasa. Kuasa untuk Melayu dan kuasa untuk kepentingan peribadi adalah dalam nisbah yang jauh.

    PAS pun saya tidak harapkan untuk membela Melayu. Saya tahu apa yang berlaku di Kelantan, cuma tidaklah ketara sangat.

    ReplyDelete
  17. Salam Ayahanda,

    Betul tu..., banyak perkara yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat sebenarnya, dilindungi bawah akta rahsia kerajaan.

    Kawasan balak 1500 hektar di ulu terengganu siapa punya? diluluskan kepada ??? menjelang PRK kuala terengganu tahun lepas.

    Senyapkan sajalah.... tak ada siapa yang berani keluarkan isu tersebut. merengkok nanti..

    ReplyDelete
  18. W'salam anakanda Isa.

    Perkara macam ni sebenarnya uncle banyak yang tidak tahu. Kalau tahu pun hanya dari cakap dengar dengan kebenaran yang kabur. Ini akan menyakitkan hati dan bengang kepala. Jadi kononnya lebih baik uncle tak tahu. Tapi walau macam mana pun naluri ingin tahu tetap kuat.

    Mereka mencipta dan mempertahankan sekian banyak akta rupanya untuk melindungi diri bukan negara. Begitu juga dengan kuasa, mereka inginkan kuasa dan mempertahankan kuasa adalah untuk survival diri dan harta. Uncle tahu itu kerana uncle terlibat dalam politik sejak berumur 17 tahun lagi.

    Itulah sebabnya sekiranya mana-mana rakan blogger yang tidak begitu faham tentang perangai orang politik dan menulis berkaitan politik dan pemimpin, jarang uncle komen. Uncle kecewa dengan orang politik tetapi tidak politik itu sendiri. Politik adalah sains dan seni.

    ReplyDelete
  19. Salam uncle,

    saya amat tertarik mengenai sosiopolitik di Kelantan. Namun satu yg pasti andai industri petrokimia berjalan lancar, Kelantan boleh makmur (dgn harapan telus, amanah dan jujur)

    kita hargai usaha UMNO namun yg pastinya dah dapat balik jual balik. Cuba tgk byk bangunan dan ruang niaga di KL, dibina oleh UDA, dimiliki oleh Melayu namum akhirnya bertukar tangan.

    Faktor utama wang dan tiada keperkasaan ekonomi Melayu sejak dari mula lagi. Inilah kesan pecah dan perintah yg saya fahami.

    ReplyDelete
  20. W'salam Shitsurei shimashita.

    Tidak dinafikan seandainya projek itu menjadi nyata akan menjadi satu economic booter kepada negri ini terutama di persisiran pantai. Tentang ketelusan saya tidak ada keraguan selagi Kelantan diperintah oleh Tok Guru tetapi kalau orang lain saya tak jamin. Walau pun mereka sama-sama berkupiah dan berserban tetapi hati tetap berwarna hitam macam kita juga.

    Dari segi hasil negeri, walau kurang dari negeri-negeri kaya seperti Selangor, Johor dan Perak namun Negeri Kelantan mampu berdikari berkat dari belanja berhemat dan kurangnya pembaziran.

    Dari sumber sedia ada asli atau pun bikinan Kelantan berjaya membayar hutang Kerajaan Pusat yang di buat oleh Kerajaan BN dahulu yang menghampiri billion RM.

    Walau pun tersohor dengan jolokan negeri miskin yang diwar-warkan oleh Kerajaan Pusat namun kami hidup senang dan bahagia. Ini agak menghairankan juga. Nak kata tidak ada rakyat miskin di negeri lain, nampaknya banyak yang lebih teruk dari miskin rakyat Kelantan.

    Yang banyak hutang tertunggak pun bukannya Negeri Kelantan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa