Sunday, April 5, 2009

Akan Menjadi Ayah?

Ini adalah dari pengalaman Uncle apabila mula menjadi seorang AYAH. Mungkin ramai di antara kita yang juga terpaksa lakukan bila tidak ada orang gaji atau orang yang lebih tua untuk membantu.

1. Azan/Iqamah menyambut bayi. Siayah lakukan sendiri adalah lebih baik

2. Mandikan bayi.- Uncle mandikan bayi ketika ibunya di dalam pantang kerana tidak mahu ibunya banyak bergerak dan mengelakkan tekanan. Ibunya masih kekok dengan keadaan bayi yang masih lembik.

3. Pakaikan bedak, sapu minyak elakkan kembung, pakaikan lampin, barut perut, baju dan bedung.

4. Tuam ketika bayi kembung. Nak tahu macam mana bayi kembung? Ketukkan perut bayi menggunakan satu jari dengan lembut. Bunyi perut bayi yang kembung tidak padat.

5. Buangkan angin dari perut bayi selepas menyusu dengan tegakkan dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Ini dapat mengelakkan bayi dari muntah.

6. Basuh berak dan kencing bayi

7. Kenalpasti bayi menagis kerana lapar atau sakit. Yang paling senang beri jer susu bayi mengikut jadual/jam.

8. Membasuh dan menggosok lampin sekiranya hari hujan

9. Menjemur bayi di matahari pagi yang lembut untuk mengelak dari kena penyakit kuning

10. Menidurkan bayi

11. Merawat luka dan mengaturkan jadual ubat si ibu.- bantu bersih dan sapukan ubat pada luka siibu sebab bukan senang untuknya melakukan sendiri.

Semua perkara di atas uncle lakukan semasa Along dan Adik lepas dilahirkan sehinggalah ibunya habis pantang dan bayi pun sudah kuat serta tegap. Walau pun ibunya sudah habis pantang tetapi kalau bayi masih belum kuat/lembik uncle akan terus lakukan sehingga siibu yakin boleh lakukan sendiri.

14 comments:

  1. Salam Uncle,

    Itu semua adalah pengalaman indah, harap semua para semua dapat melaluinya dan membuatkannya insaf, betapa susahnya isteri melahirkan anak dan susah payah untuk menjaga bayi dalam pantang.

    Itulah titik tolak dimana, yang ada pengalaman tersebut dengan yang tiada pengalaman tersebut, untuk satu tempoh alam perkahwinan yang berkekalan.

    Sekadar teori untuk renungan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda Isa.

    Ayahanda sekadar ingin mengingatkan kepada bakal bapa tentang apa yang akan ditempuhinya nanti.

    Hargailah sang isteri yang susah payang mengandung dan melahirkan zuriat kita. Kita mungkin merasa susah hanya ketika isteri di dalam pantang tetapi siiteri susah dari awal hamil sehingga anak membesar. Cuba bayangkan!

    ReplyDelete
  3. Salam En.Din,

    Alhamdulillah tidak semua orang sanggup dan berani melakukan apa yang En. Din lakukan. Bukan setakat azan dan qamat saja bahkan anda terjemahkan rasa terima kasih untuk isteri dalam bentuk yang sungguh bermakna.Walaupun dah lama boleh ucap tahniah dan syabas!.....

    ReplyDelete
  4. W'salam Opah.

    Apa yang saya lakukan adalah sebenarnya tanggung jawab seorang suami dan ayah.

    Sehingga membesar pun tanggung jawab ayah masih di situ. Bagi saya, bila isteri bekerja tanggung jawab mestilah di pikul bersama hatta di dalam hal menghidang makanan sekali pun.

    ReplyDelete
  5. Salam MountDweller, serta ISA,
    Aik!!! Sama lagi.
    Mungkin lupa tulis kut: mengurut sendiri isteri lepas bersalin.
    Saya juga lakukannya. Tak perlu ambil bidan. Lebih selesa dan fleksibel.
    Cuma, peristiwa begitu mungkin tidak akan berulang lagi. Maklum, sama-sama dah pencen.

    ReplyDelete
  6. W'salam Tuan Pengasas.

    Memang Dr. kita tidak akan ada peluang lagi untuk kumpulkan pahala dari segi itu. Kita mungkin belum pencen tapi isteri rasanya dah pencen kot.

    ReplyDelete
  7. salam ayahanda, dah lama tak tinggalkan komen kat sini.. best la ayahanda ni.. untung bonda dapat suami macam ni.. biasanya orang lelaki ni bila isteri bersalin, serahkan semua tugas jaga baby pada mak mertua/mak sendiri jer.. huhu..

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda nurdaniella.

    Ayahanda pun dah lama tak jenguk blog anakanda sebab baru-baru ini entah apa sebabnya susah nak masuk.

    Sebenarnya memang ayahanda sukakan budak. Jadi bila dapat anak sendiri lagilah exitednya. Kebetulan pula orang tua ayahanda sudah tidak ada dan harapkan Mak Mertua aje. Kalau harapkan dia buat, kesian pula. Lagi pun dia hanya seminggu dua aje di sini, lepas balik ke Ipoh. Itu bagi anak sulung.

    Anak kedua, kamilah yang jaga sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. Salam Uncle..

    Alhamdulillah, bertuah isteri2 yang menjalankan tgjwb spt uncle. Kakyong pun rasa bertuah juga, sebab suami pun buat semua yg dalam senarai uncle tu dari anak no 1 hingga yg ke3, termasuk mengurut, bakar tungku, masak air daun2 utk mandi.. saya cuma mula mandikan anak bila anak dah 3 bulan (masa tu baby pun dah tegap.. senang kakyong nak pegang..) Tak beruntung ke kakyong, tak semua org dpt peluang@suami yg macam ni.

    tapi suami mengurut bhgn kaki, tgn & belakang ajer.. bab perut dia tak reti, ALhamdulillah, ibumertuaku pandai mengurut.

    ReplyDelete
  10. W'salam kakyong.

    Uncle mengurut tu tak reti sangat. Tapi bertungku dan mengurut tu uncle panggil Bidan Kampung yang uruskan.

    ReplyDelete
  11. Salam Pakcik,
    masa saya belum tiba lagi nk merasa semua tu..Paling takut nak pegang anak kawan2 yang berumur 3 bulan..takut2 leher dia terkehel nanti..

    ReplyDelete
  12. W'salam UXOP.

    Baru tadi Pak Cik terkenangkan UXOP. Tup..tup UXOP bertandang.

    Pak Cik sebenarnya sudah terdedah dengan bayi melalui kelahiran anak-anak saudara. Dari situlah Pak Cik biasa dengan bayi. Jadi bila tiba kelahiran anak sendiri tidaklah kekok lagi. Maknya pula yang takut nak mandi dan nak pegang bayi.

    ReplyDelete
  13. uncle
    kakyong terbitkan semula entri uncle di Catatan Ibu, maaf lupa nak beritahu awal2..
    http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/suami-mithali.html

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa