Wednesday, April 29, 2009

Gambar-gambar yang Along hantar dari Pekan Manado, Sulawesi
Indonesia

Sambutan Tiba Di Pengkalan Manado


Satey Ria di Manado


Makam Pahlawan Nasional Maria Walanda


Along on board


Di Restoran Nasi Minang, Manado


Rumah Tradisional


Pekan Manado


Gunung Berapi Mati


Makam Pahlawan Nasional Maria Walanda


Gunung Dua Bersaudara di Bitung


Pangkalan Laut TNI


Majlis hantar pulang

14 comments:

  1. Assalamualaikum uncle..

    mesti uncle dan auntie bangga mempunyai anak seperti alongkan? dan angah semestinya...

    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Salam Uncle,

    Lawatan atau latihan bersama, uncle?

    Che

    ReplyDelete
  3. salam bapak, tudung boleh on off ke?

    ReplyDelete
  4. dulu memang saya tak ' gemar ' dengan askar ni
    tapi setelah 3 tahun di PLKN.....
    ada BANYAK baiknya hidup dengan mengambil kira sedikit pendekatan askar ni...

    disiplin.
    tahniah kepada anak tuan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pakcik,
    Ni yg seronok jika merantau negeri/negara org.Jauh berjalan luas pengalaman..
    Mmg kelik ari cuti 1mei-3mei..
    org tua sy pn dh tak sihat benar..
    Hajat2 mmg nk keja kt kelate tp blom ada rezeki..

    ReplyDelete
  6. wa alaikumussalam T.

    Memang bangga yang bercampur baur T. Di atas kapal tu hanya along sorang aje perempuan daripada ratusan crews.

    Bangga kerana anggota tenteralah yang akan mempertahankan tanah air bila terancam, bangga dengan semangatnya. Cuma satu yang merisaukan, adakah dia patuh dengan tuntukan agama bila berjauhan dengan keluarga?

    ReplyDelete
  7. Sejahtera ke atas Che

    Katanya lawatan muhibbah.

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda mai.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan memberikan peringatan. Uncle sebagai orang tua memang sudah menasihatinya. Tetapi bila anak-anak dah dewasa mereka sendiri akan menilai buruk dan baiknya. Orang tua berjauhan.

    Uncle rasa along akan buka dan baca blog ini. Dia akan baca komen anakanda dan mungkin dia akan berfikir.

    ReplyDelete
  9. Saudara jinggo.

    Terima kasih dan saya pasti along akan membacanya nanti.

    ReplyDelete
  10. W'salam UXOP.

    Elok benarlah sekiranya UXOP boleh menjaga orang tua kat rumah kerana keuzuran.

    Pak Cik doakan semoga UXOP pulang dan bekerja di sini. Rezeki boleh dicari, tetapi Ibu Bapa tiada gantinya. Hargailah semasa mereka masih bersama kita.

    ReplyDelete
  11. salam bapak, insyaAllah, saya doakan along mendapat hidayah dari Allah utk melaksanakan tuntutan muslimah Islam yg satu itu.

    ReplyDelete
  12. W'salam anakanda mai.

    Terima kasih. Semoga anakanda diberkati Allah.

    ReplyDelete
  13. Salam Abe Din,
    Bab ibadat nie,bila dah meningkat dewasa nie...rasanya dah boleh jawab sendiri...kita sebagai mak ayah nie cuma boleh bagi nasihat dan cakap untuk bagi peringatan aja..

    Memang bila dlm tugas,khususnya dlm 'board',soal ibadat nie sedikit sukar nak tunaikan...tetapi tak boleh jadi alasan utk tidak buat..

    ReplyDelete
  14. W'salam Induk Yati.

    Memang saya faham kesukaran itu. Tetapi saya nasihatkan walau payah macam mana cara pun kena buat sebab itu wajib.

    Tapi bila dia bersendirian dan jauh dari kita, maka dia sendirilah yang memikir dan menilainya.

    Terima kasih Induk Yati kerana melapangkan sikit kebimbangan saya tentang itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa