Sunday, April 19, 2009

Makhluk Mandi Banjir Jam Tiga Pagi

Masa itu banjir yang melimpahi bandar Kota Bharu sudah masuk hari ke empat. Malam itu semua kawan-kawan rapat bermalam di rumah orang tua (angkat) saya kerana saya minta pertolongan mereka untuk bersihkan rumah (bahagian dapur) yang ditenggelami banjir berlumpur. Jadi untuk membuang lumpur biasanya kami akan tunggu air surut. Senang untuk menolak lumpur bersama-sama air yang sedang surut dan membersihkan lantai sekali. Pada masa itu saya dan kawan di dalam tingkatan empat.

Sementara menuggu air surut kami berborak dan bergurau menghabiskan masa tanpa menjemukan. Geng-geng saya pada malam itu ialah Azmi dan Rosli adalah abang angkat saya, Arwah Tengku Ahmad Faizul, Nik Fadzilah(lelaki), Shafie dan Bukhari. Lebih kurang jam 2 pagi saya terdengar ada makhluk mandi di belakang rumah, masa itu pada anggaran saya air sudah cetek agak-agak sedalam 2
kaki atau lebih sedikit aje lagi. Saya pun bersuara "Eh, sigila mana pula mandi air cetek kul 2 pagi?" Semua kawan berdiam diri mendengar bunyi ceburan air. Lepas tu senyap sepi.

Kami bersembang lagi. Tiba-tiba terdengar pintu di bahagian tengah rumah di ketuk-ketuk. Rosli bangkit untuk buka pintu, ingatkan Arwah Abang Sin (Wan Hussin) seorang saudara yang selalu juga bermalam di sini, dia masih bujang dan selalu suka merayau malam. Bila pintu dibuka tidak ada siapa pun di luar. Simen bahagian depan tangga pun kering. Maknanya tiada siapa-siapa sebenarnya. Rosli tutup pintu dan masuk ke bilik kami bersembang dengan terpinga-pinga. Dan dialah ceritakan kepada kami yang sememangnya tidak ada sesiapa pun di luar. Semua kami buat tak kisah dan terus bersembang. Masa itu kami di bilik Rosli.

Setika kamudian kami mendengar seolah-olah satu tin kosong yang besar dipalu di dalam air dengan bunyinya bergerak mengelilingi rumah. Kami terdiam dan memandang antara satu sama lain. masing bertanya bunyi apa agaknya. Agak lebih kurang lima minit bunyi itu senyap dan kami mula balik menyambung cerita sembang tadi. Sedang asyik dengan borak dan gurau, tiba-tiba dinding di bahagian luar bilik seolah dibaling dengan batu bata atau batu yang agak besar. Bunyinya kuat berdentam menghentam dinding. Shafie buka tingkap dan berkata " Kalau kamu kuat, tunjukkan muka, aku nak tarik janggut minta ilmu". Saya marahkan Shafie dan minta dia tutup balik tingkap dengan berkata "Pie, baik kau tutup tingkap tu, nanti dibaling muka kau dengan batu sebesar tadi baru kau tau!" Shafie tutup tingkap dan kami beralih ke bilik saya.

Kami bersembang lagi dengan saya berlima bersila di lantai dan Shafie bersama Nik Fadzilah di atas katil saya. Kami bising dengan gurau dan sakat, lepas tu ketawa. Tiba-tiba Shafie berkata " Eh, hantu tu dah balik ke, lama tidak buat bising?" . Dengan tiba-tiba saja bunyi lontaran pasir yang kuat di atas bumbung sebanyak dua kali. Kerana terkejut, Tengku Faizul dan Bukhari melompat ke atas katil, dua-dua orang sekali gus dengan pantas dan hentakan yang kuat. Praap... katil saya patah! semua ketawa kecuali Tengku Faizul yang masih pucat dan tidak berkata apa-apa. Selepas itu tidak ada apa-apa berlaku.

Lebih kurang jam 4 pagi air sudah surut dan tiba masanya kami menolak lumpur dan membersihkan dapur. Kami ambillah apa yang patut digunakan seperti penyodok, penyapu dan berus lantai serta sabun. Shafie terus ke pintu dapur membuka pintu dapur untuk menolak air dan lumpur keluar. Sebaik saja pintu di buka, sepotong kayu melayang seperti dibaling melepasi kepala Shafie dan jatuh di hadapanya. Shafie ambil dan belek kayu tu. "Pelik kayu ini kering, dari mana hantu ni dapat kayu kering di musim banjir?" Kata Shafie. Dia ketawa dengan berkata "Tak apa, kalau kau marah aku minta ilmu tadi, lain kali aku pula guna ilmu halau kamu ke neraka".

Lepas itu tidak ada apa-apa lagi kerenah hantu dan kami bersihkan ruangan dapur itu sehingga siap jam 5.30 pagi. Selepas solat subuh kami tidur di lantai kerana katil saya sudah patah!


16 comments:

  1. Memang seram kisah ni, rasanya memang benda tulah. Saya tak penah alami kisah begini, tapi tak bermakna saya tak pecaya. Cuma saya yakin ia tidak memberi manfaat atau mudarat TANPA IZIN ALLAH jua adanya..

    ReplyDelete
  2. Momok ler tu.. Seram jugak tu...

    Pergh, ada tak lolongan anjing yang sayup-sayup waktu dinihari tu?

    Kalau ada, tambah seram ler..

    Tapi saya yakin tiada mudarat atau manfaat yang dapat diberinya TANPA IZIN ALLAH..


    Kembalikan kuasa kepada Maha Pencipta.

    Moga kita sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete
  3. TUAN... RASA SERAM JUGA ADA POSTING TUAN NI.. TAPI SAYA JUGA ADA PENGLAMAN BERJUMPA DENGAN TOK JANGGUT YG SERBA PUTIH SEMASA MENDAKI GUNUNG LEDANG.

    ReplyDelete
  4. Saudara Brahim.

    Saya tidak tahu apa jenisnya. Tapi lolongan anjing memang tidak ada sebab semua tempat ditenggelami banjir. Rupanya pun memang tidak nampak. Masa Shafie buka tingkap tu pun dia kata tak ada apa-apa.

    Kami yakin itu adalah senis setan/jin belaan. Sebenarnya kami macam seronok pula mempermainkan benda tu.

    ReplyDelete
  5. Saudara Kulat.

    Oh, saudara ada jumpa Datok janggut putih. Kat kawasan mana tu?

    Saya semasa mendaki Ledang, diiringi oleh tapak kaki (kesan tenggelam) bila pijak tanah gambut. Kejadian berlaku dari kolam puteri sehingga bukit batu yang dekat dengan punak tu. Saya naik dari asahan.

    Masa tu saya trekking sorang. Tapi bila saya katakan "Aku tahu kamu adalah Dang Raya Rani pengasuh Puteri, kau jelmalah untuk temankan aku". Lepas tu dia tidak ikut lagi.

    ReplyDelete
  6. Salam Pakcik,
    ingtkan hantu air..rupa2nya bukan..rupa hantu air amat menyeramkan..nasib baik bukan dia yg ganggu

    ReplyDelete
  7. Salam abg. Lama tak jengah blog abg. Satu crite yg menarik. Tapi saya pasti, pengalaman abg di gunung2 lebih jauh menarik dan juga aneh.hehe.

    ReplyDelete
  8. W'salam UXOP.

    Pak Cik rasa bukan hantu air tetapi sesuatu yang dibela. Tu sebab nakal sikit.

    ReplyDelete
  9. W'salam alang.

    Terima kasih kerana menjenguk.

    Betul, sebenarnya yang di gunung dan hutan lebih keras dan kasar. Yang anehnya mereka berani tonjolkan diri.

    ReplyDelete
  10. ayahanda..
    ramai2 tak rasa seram ke? slamber je ayahanda n the geng sambung bercerita & gelak2... walaupun beberapa kali kene kacau

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum uncle..
    hantu punya pasal.. habis patah katil uncle.. hehee..
    seram betullah.. t stakat ni x de lagi pengalaman dikacau hantu.. mintak dijauhkanlah.. huhu..
    uncle.. sebenarnya t pun ada bagi award cam uncle bagi kat t tu kat entry 13/4.. tp uncle x prasan kot.. sebab t bagi untuk semua pengunjung t.. anyway.. t dah gantung award uncle bagi kat blog t.. ingat uncle kat t.. tq so much.. :-)
    suka tgk gambar anak dara uncle kat pulau layang2 tu.. cantik tempatnya tu...

    ReplyDelete
  12. Wa alaikumussalam T,

    Maaf, uncle memang tidak perasan. Nanti uncle merayap ke sana malam ni.

    Along, cantik dengan model yang keras jegang!

    Tapi tempat tu memang cantik. Petang ni along belayar ke Minado plak.

    ReplyDelete
  13. salam uncle...sori dah lama tak jenguk kat sini...banyak juga cerita yg jue tertinggal...takpe lah...jue cover balik...hope uncle sihat2 selalu...jue doakan dari kejauhan.

    ReplyDelete
  14. W'salam Miss Jaz.

    Uncle sangat alu-alukan Jue ke sini dan terima kasih di atas doa untuk uncle.

    Jue juga hati-hati dan jagalah diri tambahan pula berulang alik Manjung-KL.

    ReplyDelete
  15. saya baru sekali dapat tngk hantu..22.11.2008 di bilik 419 concorde hotel kuala lumpur.

    dah siang baru sah yang tu hantu sebab saya ingat mimpi.rupanya kawan saya pun nampak juga.

    rasa dia ada disekliling tu dah biasa sangat.

    kenkawan kata saya memang patut di ganggu hantu sebab selalu jadi musang.suka memandu seorang diri di tengah malam.

    ReplyDelete
  16. Mat,

    Sebenarnya saudara bertuah sebab selama ini tak pernah nampak, hanya mendengar cerita saja. Tapi kali ini memang real punya. Kan bagus tu...

    Tentang drive sorang malam-malam ni memang dah jadi kebiasaan sekarang. Cuma kalau malam sangat tu, kereta kurang, jadi sunyi sikitlah.

    Anak perempuan kedua saya pun selalu juga balik malam ke KB dari Penang drive sorang-sorang. Along pun sama, jam 2, 3 pagi drive dari Kota Kinabalu ke Teluk Sepanggar 45km.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa