Wednesday, April 22, 2009

Mengusik Perasaan

Hayatilah titipan di bawah. Ianya terjadi kepada kebanyakan kita sebagai ibu bapa.


Posted by muraisenja

**Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

***********FAMILY*************

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = F
ATHER AND MOTHER I L OVE YOU


Di bawah ini adalah cerita saya Mountdweller


Ini mengingatkan saya pada satu peristiwa. Masa itu anak kedua saya Fakhron Elliyana baru berumur 3 tahun. Saya berhentikan kereta di pintu pagar dengan agak mengejut. Botol perfume dari atas dashboard tertanggal dan jatuh di atas kaki saya. Kerana sakit saya ambil botol itu dan saya baling ke tepi pagar. Masa itu hari hujan.


Esoknya bila saya pulang dari pejabat, saya dapati botol itu sudah dibasuh terjemur di atas simen pagar. Saya tanya siapa yang ambil dan basuh botol itu. Anak saya itu menjawab "Adik pungut dan basuh, sayanglah papa, botol itu cantik nanti bila kering papa boleh beli lagi air dia dan isikan. Nanti adik lekatkan betul-betul jangan jatuh lagi" Hampir menangis saya dengan kata-kata anak saya itu. Dia yang kecil mengajar saya bapanya dengan ilham dari Allah pastinya.

45 comments:

  1. Salam Pakcik,
    Allah Maha Pengasih dan Penyayang sbb itu Dia yg menjaga anak2 kecil yg belum terdedah dgn dosa pahala..
    Rasulullah S.A.W juga seorang yg penyayang terhadap anak2 kecil.Dia tidak pernah marah terhadap anak2 kecil malah mengusap lembut kepala anak2 itu..
    Harta yang paling berharga adalah anak2 yg soleh dan keluarga yang bahagia
    Subhanallah..Maha Suci Tuhan yang memelihara hambaNya yang beriman..

    ReplyDelete
  2. W'salam UXOP.

    Sebenarnya banyak perkara yang melibatkan anak-anak membuat Pak Cik berfikir dan insaf

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    "Anak-anak adalah cermin diri kita sendiri."

    Nasihat/N3 ini, sekurang-kurangnya menyedarkan ibubapa yang alpa kerana pelbagai masalah dan tugasan sehingga mengabaikan anak-anak tanpa di sedari.

    Satu peringatan dan pesanan yang bagus, perlu ada artikel sebegini sekali-sekala sekurangnya menyedarkan kita semua tentang kehidupan ber"FAMILY".

    (Kali ini saya dah tak mamai lagi.. kok bisa mamai yea...)

    ReplyDelete
  4. perihal2 yang ajaib tanpa disedari.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa.

    Sebenarnya lagi lama kita hidup lagi banyak buat silap. Dengan anak, isteri, boss, kawan-kawan. Semuanya perlukan kita muhasabah diri. kita adalah makhluk yang lalai.

    Cuma yang pasti ialah tindakan memohon maaf dan bertaubat adalah jalan yang membuatkan kita rasa damai dan aman.

    Anak-anak adalah diri kita sebenarnya. Menyakiti anak adalah menyakiti diri tanpa kita sedar.

    ReplyDelete
  6. TokBatinSenoi.

    Semuanya adalah atas kehendak Allah.

    ReplyDelete
  7. uncle..
    tak tahu nak cakap mcm mane..tapi saya takut nanti terkasar bahasa dengan darah daging sendiri.

    ( kene belajar kontrol panas baran saya nie..camner yer)

    ReplyDelete
  8. salam uncle,

    Sayapun pernah terfikir akan perkara sebegini..

    Sesungguhnya kita selalu lupa kepada yang dekat dan selalu bersama di sisi kita.. tetapi kita selalu fikirkan perkara yang besar-besar dan jauh dari kita..

    Dan yang pastinya.. mereka yang dekat dengan kita itulah yang selalunya akan bersama dengan kita - tak kenal erti susah dan jemu..

    ReplyDelete
  9. Sdr. Mogen

    Uncle pun jenis panas baran juga. Tetapi sifat itu akan berkurangan dan akan hilang 90% bila umur meningkat dan banyak berfikir serta berusaha mengatasi kelemahan kita dengan cara mengenal pasti akan kelemahan dan kelebihan yang ada pada kita.

    Cari sebab kenapa kita lemah dan kenapa kita lebih dengan meneliti dan mencari puncanya. Bila berjumpa puncanya kita akan boleh atasi kelemahan kita dengan beransur-ansur dan di samping itu insya Allah kita akan berjaya juga meningkatkan lagi kelebihan yang ada pada kita.

    ReplyDelete
  10. W'salam Rashid.

    Sifat semula jadi kita menganggap remeh yang dekat di sekeliling kita. Tetapi kita akan nampak yang jauh dari kita. Samalah dengan sesuatu yang berharga kepunyaan kita, kita hanya pandah remeh dan tidak menilainya sebagaimana sepatutnya. Tapi kita akan merasai dan menghargainya sesudah tidak ada lagi bersama kita. Kita akan teramat merasai kehilangannya.

    ReplyDelete
  11. Salam Abe Din,
    Memang tak terkata akan kebenarannya itu,kita sering ambik mudah atas apa yg berlaku sekeliling..

    Kehilangan sering dirasai bila kita merindui seseorang,

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum..
    Salam Kenal Pak cik...

    Nama anak pak cik, same sikit dengan name saye. cerita yang banyak memberikan hikmah, subhanallah, ada ketikanya anak kecil lebih banyak mengajari banyak hal.

    Pak cik orang Kelantankah...??? saye miris membaca berita2 yang ade kat media online sekarang. Semoga ianya cepat di klarifikasi oleh yang bersangkutan.

    ReplyDelete
  13. Tuan
    coretan yang mengusik perasaan...
    kadang kala bila orang yang tersayang telah meninggalkan kita buat selamanya....
    barulah kita sedar betapa penyelasan yang telah kita lakukan....
    sewaktu dia masih disisi kenapa kita tidak bersungguh menyanyinya dan mengambil berat tentang dirinya...

    Dari itu sayangilah keluarga dan teman2 disekeliling kita seolah kita betemu hari ini adalah hari yang terakhir kerana esok belum pasti masih ada untuk kita....

    Salam dari sakura

    ReplyDelete
  14. W'salam IndukYati.

    Memang begitulah kita manusia yang tidak berterima kasih dengan apa yang dianugerahkan. kita lupa apa yang di keliling kita amat berharga.

    Setelah hilang, barulah kita terasa ketiadaannya.

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda Anazkia.

    Terima kasih kerana sudi singgah. Itulah seorang bapa atau ibu akan memilih nama yang tercantik untuk anaknya. Dengan harapan anaknya akan membesar dan secantik nama, semurni maknanya, seikhlas maksudnya. Tapi adakalanya apa yang diharapkan oleh ibu bapa tidak kesampaian kerana Allah juga yang menentukan.

    Ya anakanda, banyak maklumat dari media alternatif lebih tepat dan telus dari media-media di luar sana.

    ReplyDelete
  16. sakurasa.

    Betul sakura. Layanlah, sayangilah dan hargailah mereka sepertimana yang kita atau pun mereka akan pergi pada hari esok.

    Ambillah langkah yang patut semoga kita tidak menyesal nanti.

    ReplyDelete
  17. Salam Uncle,

    Touched..

    Che

    ReplyDelete
  18. tersentuh hatiku...


    nice blog!

    http://reformisjalanan.blogspot.com/

    http://diarireformis.wordpress.com/

    ReplyDelete
  19. Salam Reformis Jalanan.

    Terima kasih kerana sudi singgah. Insya Allah saya akan melawat ke sana.

    ReplyDelete
  20. Che,

    Seiapa pun yang punya hati dan perasaan akan tersentuh. Kecuali yang buta hati dan perasaan. Terima kasih Che

    ReplyDelete
  21. saya tak pernah merasa kasih sayang seorang bapa kerana bapa saya meninggal semasa saya baru berumur setahun lebih. Membaca entri tuan membutkan saya bertambah insaf betapa jauhnya hati anak-anak jika tidak mendapat perhatin dan penghargaan dari ibu bapanya sendiri.

    ReplyDelete
  22. Saudara fital.

    Kita adalah sama. Saya kehilangan ibu dalam umur sebaya dengan saudara. Tetapi saya rasa agak bertuah kerana selepas itu disayangi oleh ibu angkat begitu juga ibu tiri. Ibu tiri saya di hari tuanya, nak makan ubat pun tunggu saya datang. Jadi sekarang saya kehilangan kedua-duanya, ibu angkat dan ibu tiri. Memang terkenang selau. Itu tentang kita.

    Tentang anak pula, anak-anak saya banyak membuatkan saya berfikir dan menyedari kesalahan diri. Sama ada dari keletah perckapan atau pun dari perbuatan mereka. Sebenarnya mereka perlukan layanan dan kemesraan. kekurangan nilai-nilai inilah yang menjebakkan anak-anak ke dalam kemelut sosial.

    ReplyDelete
  23. tersentak juga kita dibuatnya...

    ReplyDelete
  24. saya selalu ingtkan diri saya utk sentiasa gunakan perkataan yg berlemah lembut di rumah.. saya amalkan dari anak yg pertama lagi. tapi bila anak2 dah keluar, lain pula yg didapatnya. dan ajaran dan latihan saya beri selalu tak diingati :(

    cabaran menjadi ibu yang berharapan besar :(

    ReplyDelete
  25. Anakanda Hanis.

    Kesilapan lumrah dilakukan oleh Ibu Bapa. Ini adalah salah satu punca anak-anak akan mencari tempat lain untuk mengadu. Silap tempat akan membawa padah.

    ReplyDelete
  26. Mak Su.

    Kami pun sama. Semua perkataan negatif kami tidak sebut di rumah seperti : "Takut", "Kurang ajar", "Padan muka", "Hantu" dan perkataan yang berbentuk sumpah seranah.

    Tapi bila sudah ke Tadika, anak-anak kita terdedah kepada pergaulan dan sosial. Maka semua yang tidak diajar di rumah sudah didownload ke minda mereka. Kadang-kadang Cikgu pun 2x5 juga.

    Pernah satu masa semasa mereka darjah tiga saya melarang mereka ke Kelas Fardhu Ain sebabnya seorang yang bergelar Ustazah memarahi budak dengan perkataan "Kepala Bapak Kamu". Sejak itu saya mengajar sendiri apa perkara yang perlu untuk masa depan di rumah saja.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Saudara,

    Malaikat juga hampir dan sentiasa sayang pada kanak-kanak.

    Bertuah kita yang dikurniakan Illahi anak-anak, Syukur. Cerita adik ini menyentuh hati saya...

    ReplyDelete
  28. wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Sememangnya adik dari kecil petah bercakap dan kedua-dua anak saya memang tidak telor/pelat sejak mereka mula berkata-kata.

    Sesungguhnya gelagat dan kata-kata adik saya tidak lupa sehingga sekarang. Begitu juga slogan yang tertampal di biliknya semasa dia di sekolah Rendah yang berbunyi "SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PAPA DAN MAMA"

    ReplyDelete
  29. Salam Sahabat !
    Tahniah .... dari wak !

    ReplyDelete
  30. salam ayahanda, huhu.. sememangnya kita sering terlalai, kann.. lebih mengutamakan orang lain dari keluarga sendiri.. dan saya cuma dapat berharap agar saya dapat berkumpul bersama2 'keluarga' saya..

    ReplyDelete
  31. W'salam Wak.

    Terima kasih kerana sudi singgah. Saya selalu juga bertandang ke wartamaya.

    ReplyDelete
  32. W'salam anakanda nurdaniella.

    Semua orang berperasaan dan mengharapkan begitu. Tapi sayangnya kita sering lalai dan kurang menghargai.

    ReplyDelete
  33. Uncle, saye nak jadi ibu yang penyayang dan memanjakan anak dengan bertempat. Amin.

    ReplyDelete
  34. salam saudara..sgt menyentuh hati..
    rasa air jernih mengalir di kelopak mata bila membaca kelemahan diri ini..lebih2 lagi pada anak2 yg tiada ayah di sisi..sering terlupa..membaca kisah di atas seperti terkejut dari lena nan panjang..
    mudah2an peribadi mulia ibubapa akan jadi contoh pada anak2

    ReplyDelete
  35. Anakanda Galuh.

    Uncle doakan agar Galuh berjaya dalam mendidik dan membentuk insan yang baik di sisi Allah dan masyarakat.

    ReplyDelete
  36. lusia.

    Thanks for your visit and sharing.

    ReplyDelete
  37. W'salam Idalara.

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    Kesian dengan anak-anak yang baru ingin mengenal dunia tetapi ditinggalkan. Harap saudari bersabar dengan telatah dan kerenah anak-anak. Sebenarnya kenakalan dan kedegilan anak-anak ada kerana mereka memerlukan perhatian. Dan itulah salah satu dari cara mereka.

    ReplyDelete
  38. salam uncle..terkesan sy dgn cerita uncle...semoga kita dapat melihat sesuatu perkara dgn mata hati...

    ReplyDelete
  39. W'salam Jue.

    Sama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa membukakan mata hati dan lapangkan dada dengan semua insan terutama yang amat rapat di sekeliling kita.

    ReplyDelete
  40. Tersentuh abca kisah uncle...Betul tuh uncle...masa suami sakit di hospital...erisya tak terasa sedih kalau2 ditinggalkan...kerna semua orang pasti kembali..tapi apa yang erisya pikirkan adalah...seandainya itu adalah detik terakhir kami...erisya nak luangkan masa yang ada bersamanya...

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum uncle..
    Ya Allah.. tersentuh hati t membaca coretan uncle pasal anak dara uncle tu. .. sekecil itu dah pandai berfikirnya dia!!
    itu pun hasil didikan uncle dan auntie.. pastinya..
    alhamdulillah..
    selamat berhujung minggu...
    have a great weekend ya uncle..
    sampaikan salam hormat t buat auntie ya! :-)

    ReplyDelete
  42. salam erisya.

    Kita pasti redho' atas apa yang ditaqdirkan. Cuma apa yang kita mampu buat, kita lakukan terbaik sepanjang kehadiranya.

    Apa yang uncle cuba sampaikan melalui n3 ini ada 2 perkara.
    Pertama hargailah dan fahamilah kehadiran orang-orang penting bagi kita terutamanya anak, suami/isteri dan ibu bapa.

    Kedua ialah berbakti dan penuhilah kehendak mereka kekadar kemampuan sementara mereka masih bersama kita. Berikanlah kasih sayang sedaya mungkin di kala mereka memerlukan.

    ReplyDelete
  43. Wa alaikumussalam T.

    Sbenarnya peristiwa itu adalah memulangkan paku buah keras. Uncle mengajar mereka menghargai sesuatu milik kita walau pun nilainya tidak seberapa. Tetapi akibat baran kerana sakit, uncle baling botol itu walau pun cantik pada mereka. Tentunya mereka menghargai botol itu.

    Itu sebabnya apa yang adik lakukan adalah ilham yang dicampakkan oleh Allah kepadanya untuk mengajar uncle, bapanya.

    Weekend uncle tidak boleh ke mana-mana. Rumah under renovation dan petang ini uncle angkut pasir-pasir untuk menambak dengan wheelbarrow untuk memberikan laluan pasir halus diletakkan di situ dengan lori esok.

    Letih juga woo.. jawab komen T ni sementara tunggu peluh kering.

    ReplyDelete
  44. salam uncle..
    apa kabar..
    moga uncle sehat selalu dan dilindungi. abg azza dlm trip k g.raung, indon skrg...

    ReplyDelete
  45. W'salam azza.

    Terima kasih di atas doa buat uncle dan begitu juga uncle doakan untuk azza.

    Haah.. seronoknya dia ke sana. Dengan geng mana? azza tak ikut ke? kalau tak naik pun jalan-jalan.

    Along sekarang kat Minando. Visit trip.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa