Minggu ni agaknya minggu cerita samseng kot? Orang macam ni tunggu saja, betul tak dia berani!
Di entry Chikgu Izuddin "Brahimnyior" bercerita tentang seorang bapa yang "samseng" kononnya mengugut Guru Disiplin sekolahnya kerana merampas gelang murid yang melanggar peraturan. Kononnya dia nak pecahkan kepala Cikgu itu.
Saya copy balik komen saya di blog beliau kerana saya rasa elok juga dijadikan n3 blog sekurang-kurangnya para pembaca boleh menilai nilai ke"samseng"an ini adakah benar samseng di hati mereka-mereka yang digelarkan samseng.
Sebelum itu saya mohon maaf kerana bercerita perkara benar yang pernah saya tempuhi. Bukan niat saya hendak meninggikan diri atau menonjolakan keberanian diri. Juga diminta dijauhkan untuk rasa takbur. Tetapi bercerita semata-mata sebagai peringatan. Ia itu jangan takut atau kecut dengan nama, gelaran atau reputasi mereka-mereka yang digelarkan samseng ini kerana ramai sebenarnya hati mereka tidaklah sebagaimana yang digelarkan pada batang tubuh mereka.
Kadang-kadang kita kecut kerana ugutan dan gertak mereka. Mereka merasa diri mereka ditakuti kerana orang takut akan gertaknya saja. Sekiranya ada yang menyanggah belum tentu lagi yang dia akan menyahut.
Perkara lebih kurang begini juga berlaku pada saya semasa umur 20'an. Pada satu petang sepupu saya dibalun oleh 3 orang pemuda Cina dengan tongkat (maaf ini bukan perkauman tetapi kebetulan) . Bila tak terdaya melawan dia berlari pulang dan beritahu saya. Kebetulan masa itu saya baru selesai solat asar. Saya tukar kain dan pakai seluar pendek dan berlari mengikut sepupu saya ke lokasi dia dipukul.
Setibanya saya di situ, Cina 3 orang itu masih ada. Tanpa berkata apa-apa saya meluru dan membantai ketiga-tiga Cina itu sekali dengan tangan kosong. Selepas kena beberapa biji penangan saya mereka lari masuk ke sebuah rumah Melayu berhampiran. Saya kejar sampai ke tangga rumah Melayu itu.
Tiba di situ saya minta tuan rumah halau Cina tu keluar atau saya akan masuk ke dalam rumah. Tuan rumah tidak berani nak halau, jadi saya menerpa masuk ke dalam dan tibai lagi beberapa biji seorang. Barulah mereka berlari keluar dan melarikan diri. Saya tidak kejar mereka, dan saya terus balik.
Petang itu juga pada jam hampir 5.30 petang, sedang saya minum di kedai kopi berhampiran rumah, datang 2 orang manusia Melayu rasanya berumur lebih tua dari saya. 2 Melayu ini berbadan lebih besar dari saya yang hanya 5'4", terkenal di Kota Bharu sebagai kaki pukul dan memang ada nama gelaran. Seorang bergelar "Bidin Darat" (bukan nama sebenar tapi "darat" tu betul) dan seorang "Leh Komando" juga (bukan nama sebenar tapi "komando" itu betul). Si Leh komando ni semasa itu berdiri dan berpegang pada tiang serambi kedai dan zink atap kedai tu bergegar kerana Leh menggigil kemarahan. SiBidin menanyakan siapa Din. Saya bangun, saya kata sayalah Din. "kenapa" saya tanya. Salah seorang dari mereka bertanya "Kenapa sedap-sedap jer pukul orang?" Saya tanya "Siapa yang saya pukul". Dia jawab Cina 3 orang tadi. Saya soal balik "Kenapa, Cina tu sepupu awakkah?, saya pukul Cina tu sebab mereka pukul sepupu saya dengan tongkat sehingga bengkak bengkil. Kalau Cina tu sepupu awak, jom kita ke luar kedai nih".
Saya bangun sambil berkata " Kalau aku kalah, aku puas hati sebab aku tolong sepupu aku dan aku tidak terjejas apa-apa, orang-orang Kota Bharu tidak ramai kenal Din. Tapi kalau kamu berdua aku kalahkan mana kamu nak letak muka?. Seluruh Kota Bharu kenal kamu orang gedebe, kaki pukul. Kota Bharu akan gempar. Nama aku akan naik!"
Mereka terdiam dan tidak berganjak dari dalam kedai. Tengok mereka tidak berganjak, saya masuk balik dan berkata lagi "Kalau kamu tak nak keluar, jom kita minum. Aku belanja". Mereka diam juga tanpa sebarng kata. Saya orderkan air untuk mereka. Jadi kami pun minum kopi bersama dan akhirnya mereka menjadi rapat dengan saya. Kamudian baru saya tahu rupanya mereka diupah oleh Cina tu untuk pukul saya dengan beberapa ratus ringgit!
Di satu masa yang lain pula di musim pilihanraya. Bidin dilantik oleh Jawatankuasa Peti Undi menjadi Ketua Keselamatan bagi pihak Parti PAS. Ditakdirkan pada suatu malam, Pintu Gerbang PAS di Kg. Sungai Keladi dibakar oleh Pemuda UMNO. Maka tugasnyalah untuk tinjau dan menyelamat. Tapi sebelum ke sana, mereka datang ke rumah saya dengan tergesa-gesa minta saya ikut serta kumpulan mereka ke Kg. Sungai Keladi. Jadi kerana menjaga tali persahabatan (masa itu sudah menjadi kawan) saya tanpa banyak cakap ikut mereka.
Di dalam perjalanan saya tanya Bidin kenapa ajak saya sedangkan dia sudah ada ramai pembantu. Rupanya bagi dia, sekiranya ada apa-apa kekecohan atau pertentangan saya ada! Tak ker lucu tu? Calon yang bertanding di situ adalah diantara Cikgu Wan Rahim (Speaker DUN Kelantan sekarang) dan Dato' Foo Chaw Yong (sudah mendiang) yang di dalam entry saya yang lepas saya gelarkan "Ustaz Yong"
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteHe..he..he... banyak yang tersirat dalam cerita ni dan ada sikit persamaan dengan saya. Ringkaskan komen ini, semuanya kita buat kawan...
salam uncle.
ReplyDeleteermm.. dulu memang ramai samseng macam tu. sekarang ni ramai pula nak jadi jaguh samseng jalanraya.. samseng ah long yang siap ngan tembak..bakar..
W'salam anakanda Isa.
ReplyDeleteSebanrnya uncle tidak memilih kawan sangat. Siapa yang sudi uncle akan layan. Jangan Penagih dan kaki betina, sudahlah.
W'salam Rashid.
ReplyDeleteEntahlah Rashid apa nak jadi dengan manusia ni. Kemudahan jalanraya dah jadi medan perlumbaan dan silap haribulan gaduh.
Along berjaya sebab ada penyokong (peminjam). Tak larat bayar kena ugut kena balun. Lepas tu sebuk meminta perlindungan. Entah apa-apa lagi nanti di masa hadapan.
Salam abg. Nak tanya skit. Apasal abg tak boleh kawan dengan penagih? sebenarnya, penagih2 ni, klau kita dampingi, nasihati, ajak kluar jalan2 rasanya InsyaAllah dia boleh lupakan benda2 haram jadah tu. Kebanyakan yg jadi penagih ni sebab dorongan rakan2, ponteng sekolah dan termasuk juga merempit.Yg kaki betina , yg tu memang patut sebat je seratus kali. Memalukan Islam.
ReplyDeleteApapun, crita ni boleh dijadikan teladan, agar kita sentiasa beringat, jika kita rasa kita samseng, kita kuat, masih ada orang yg lebih samseng dan kuat. Salah pukul, binasa badan.
Mintak maaf kerana komen sebelum ni. Bukan bertujuan untuk menolak kata2 abg. Sekadar pendapat dan luahan peribadi.
ReplyDeleteSalam.
Pak Cik, cerita pak cik banyak memberikan iktibar. Terimakasih pak cik, salam ukhuwah selalu dari negeri seberang.
ReplyDeleteSalam untuk kak Long pak cik... juga untuk mak cik... Saya ingin berguru dengan pak cik...
W'salam alang.
ReplyDelete3 sebab utama abang tidak suka bercampur dengan penagih.
1. Nama kita akan tercemar kerana mereka telah dicap oleh masyarakat dengan bermacam-macam reputasi negitif seperti jenayah dan sebagainya. Jadi jika kita berada di dalam kelompok mereka maka kita juga adalah dari mereka.
2. Bila pihak berkuasa menyenarai hitamkan kumpulan mereka, bila berlaku apa-apa kes jenayah dan pada masa itu kita bersama mereka maka kita juga akan terheret sama. Sama ada ke lokap atau ke Balai Polis. Paling tidak kena reman dulu barulah kes akan clear kalau bernasib baik.
3. Bimbang kita juga akan terheret sama ke dunia mereka. Walau pun kita rasa diri kita kuat pertahanan iman tetapi di masa hadapan tak siapa yang boleh tentukan. Dan mereka bukan senang untuk di bawa keluar dari dunia mereka. Kebanyakan dari mereka memang otaknya tidak sempurna lagi akibat dari kesan dadah.
Kerana 3 sebab besar di atas, maka abang tidak mahu mendekatkan diri ke lembah bahaya. Menjauhi lubang ular untuk mengelak patukan.
Apa yang abang ceritakan di n3 ini adalah semata-mata untuk pedoman dan renungan. Manusia tiada yang hebat. Hanya Allah yang Maha Hebat dan Maha Perkasa.
Salam anakanda Anazkia.
ReplyDeleteAmbillah perkara yang baik dan lupakan perkara yang tidak baik.
Anakanda Anazkia ini dari daerah mana di seberang? Adakah sekarang menetap di Malaysia?
Tentang berguru itu, memang ada amalan-amalannya untuk memenuhi ibadah. Tetapi mestilah dengan niat Lillahi ta'ala. Jangan minta apa-apa selain dari rahmat Allah.
Kalau betul berminat emailkan apa-apa pertanyaan kapada ayahanda melalui selempang_merah@yahoo.com
alang.
ReplyDeleteKita manusia mesti ada pandangan masing-masing. Dan tidak semua pandangan kita akan dipersetujui oleh orang lain. Jadi kita perlukan terbukaan untuk mendengar pandangan orang dan pendapat orang lain.
Dan itulah yang abang amalkan. Hatta pendapat daripada budak sekali pun, ada kalanya mereka betul.
org yg baik tidak tergamak nak bantai sesama insan tetapi jika sesuatu yg disayanginya terancam dia akan menyinga...
ReplyDeletepak din,
saya tidak pernah membantai org selama hampir 40 tahun umur saya akan tetapi beberapa bulan lalu saya juga membelasah secara fizikal seorang manusia yg telah mencederakan saudara saya juga..
Saudara kulup.
ReplyDeleteBenar saudara begitulah sebenarnya sifat yang ada pada insan yang waras.
Walau pun peribahasa orang puteh ada mengatakan "coward like chicken" tetapi ibu ayam juga akan melawan bila anaknya diusik!
Saya sendiri sudah 5 kali berlaku pertentangan fizikal. Adik diraba di satu pesta, dicabar, dihadang 10 orang kerana dengki dan langgar lari di depan rumah saya.
Hello! I simply would like to give a huge thumbs up for the great data
ReplyDeleteyou have right here on this post. I will probably be coming back to your weblog for more soon.
Feel free to visit my blog post seo bookmarklet troy meyer
cialis 5mg cost faq
ReplyDelete[url=http://pharmshop-online.com]generic cialis[/url] natural treatment for ed
generic cialis - cialis more:drug_uses
buy cialis online total posts
cialis and grapefruit
ReplyDelete[url=http://pharmshop-online.com]generic cialis[/url] cialis spam filter misspelled
generic cialis - cialis side effects forum profile
cheap viagra tadalafil cialis in uk
http://snob.ru [url=http://clon.ru]информацию.[/url] информацию.
ReplyDeleteHowdy are using Wordpress for your blog platform?
ReplyDeleteI'm new to the blog world but I'm trying to get started and create my own. Do you need any
coding expertise to make your own blog? Any help would be really appreciated!
Hi there, this weekend is fastidious for me, since this time
ReplyDeletei am reading this wonderful educational piece of writing here at my residence.
Do you have a spam issue on this site; I also am a blogger, and I was wondering your situation; we have developed some nice practices and we are looking to swap techniques with other folks, why not shoot
ReplyDeleteme an email if interested.