Thursday, June 4, 2009

Berlumba Dengan Kereta Hantu

Semasa Along (anak pertama) sedang menuntut di ATMA/UPNM saya sekeluarga termasuk kakak saya ke Kuala Lumpur melalui Jalan alternatif Sungai Koyan. Kerana kami bertolak sudah agak lewat dari Kota Bharu maka ketika masuk ke jalan itu hari sudah malam dengan hujan tidak berhenti dari Kuala Krai lagi. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Saya pandu dengan kelajuan sederhana sebab keadaan jalan yang gelap dan licin. Tidak ada sebuah kereta pun yang kami temui.

Bila tiba di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang sunyi saya merungut separuh bercakap dengan isteri "Takkanlah malam ini hanya kita saja ke KL? Tak ada langsung kereta yang kita potong atau yang memotong malah mengekori pun tidak ada" selepas habis saya berkata-kata, saya nampak ada lampu kereta di belakang kami seolah mengekor sebelum memotong. Saya berkata lagi " Kalau nak laju potonglah, kami bukannya urgent. Hanya speed ini saja yang akan saya pandu". Selepas saya berkata begitu seolah-olah driver kereta itu mendengar dan terus memotong. Selepas memotong kereta kami, kereta tadi dipandu di hadapan saya dengan speed biasa seolah-olah ingin berkonvoi dan saya terus ekori dari belakang. Saya nampak no. plate DAD 25** Wira aeroback warna hijau kepala itik. Memang kereta Kelantan.

Saya terus memandu mengekori kereta tadi semakin lama semakin laju tanpa saya sedar saya tekan pedal minyak untuk mengekori kelajuan kereta di hadapan. Tiba-tiba semasa saya ambil satu selekoh yang agak tajam, tayar kereta berdecit kerana membeluk dengan laju. Saya tengok meter 130kph. Saya hairan dan bertanya isteri "Bila pula saya laju?" isteri menjawab "Memang awak laju semacam nak berlumba dengan kereta tu". Saya kata "Ok, awak jangan risau, saya akan ekor kereta ini dengan berhati-hati walau pun dia laju, saya nak tengok berapa kelajuan yang dia nak pandu". Kami terus mengekori kereta itu sehinggalah tiba di pinggir pekan Sungai Koyan.

Apabila tiba di satu tebing sebelum pekan Sungai Koyan selepas satu selekoh, tiba-tiba kereta itu hilang di depan mata. Jarak pemanduan antara kami dan kereta itu hanya 10 ke 15 meter sahaja. Saya memperlahankan kereta dan mencari kalau ada mana-mana lorong yang kemungkinan kereta itu masuk. Tapi saya dapati tidak ada junction. Kalau ada pun dia masuk lorong, takkanlah membeluk masuk lorong tanpa brake dulu dengan kelajuan 120 ke 130kph? Kalau terus corner dengan speed itu tentu akan terbabas. Tapi kereta itu terus hilang.

Saya tanya kakak saya yang duduk di belakang sama ada kakak nampak pemandu dan penumpang kereta tadi semasa kereta itu memotong? Kakak kata dia tak nampak pun ada orang yang memandu kereta tadi malah bayang orang pun tak ada. Jadi kereta tadi berjalan sendiri tanpa pemandu!. Kakak sememangnya nak tanya tadi tapi tidak terkeluar pula perkataan yang nak dikatakan. Memang dia rasa pelik.

Bila balik semula ke Kelantan, isteri saya yang memang kenal ramai tauke-tauke bengkel kereta yang membaik pulih kereta kemalangan kerana kerja isteri berkaitan dengan itu. Satu jawapan yang memeranjatkan diterima. Kereta jenis itu yang berwarna hijau kepala itik bernombor pendaftaran itu sudah beberapa bulan accident dan di klasifikasikan "Total lost!". Pemandunya meninggal dunia!

34 comments:

  1. Kalau awak laju & masih ikut kete tu, nescaya awak akan kemalangan. can tu kot kemalangan yg terjadi yg pelik2 tu... ada benda ganggu..

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. Salam sr. Rantong.

    Banyak cerita yang saya dengar, macam tulah. Ada juga yang terbabas ke gaung tapi jalan nampak lurus.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakdin.
    Bahaya jugak yer area situ.
    Gua Musang bahaya tak?

    ReplyDelete
  4. Tuan
    eeee seramnya
    sakura pun tak pernah pandu kereta sorang2 waktu malam...

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Kisah ni lebih kurang sama dengan kisah (waksegan kuning) di terowong changkat jering,Perak.

    Kalau ikut rentak dia... memang terjun gaung jawapannya. Tapi ayahanda kira ok lagi... ambik korner dengan kelajuan 130, fullamak.... gayat tu...

    Boleh masuk F1 ni..., tapi sayang seribu kali sayang... ayahanda cuma bagi dua angka jer... nombor plat kereta tu... kenapa tak cukupkan 4 angka...

    Jangan ketawa.... ha..ha..ha... gurau jer...

    ReplyDelete
  6. Salam MountDweller,
    Kata orang, setiap peristiwa pelik, patut kita beri salam. Insya Allah kita tak terkena. Betul ke?

    ReplyDelete
  7. Salam Pakcik..
    Kawasan antara merapoh & sg koyan mmg terkenal dgn benda2 gitu..saya sendiri ms keje KL nk balik Kelate telah dipotong van putih..tiba2 tak smpai 10minit..dia potong lg..bila dh dekat baru perasaan badan tanpa kepala yg memandu..buat2 tak tau je walaupun takut..naseb baik ada mmbr 2 org dlm keter..lama2 dia hilang sendiri..

    ReplyDelete
  8. yup.. saya setuju dgn pendapat di atas ni.. mmgcam tue lah selalunya cerita yg saya dgr..
    sdra kiranya bernasib baik laa sbb tidak ikut sama kelajuan 'kereta hantu' tu.. kalo x, xtaw la apa yg jd..
    tp, besanya kalo 'benda' nie xkena pada diri kita, mesti kita kurg percaya.. atau xpcya lgsng.. apa2pun, sama2lah kita amek iktibar..

    ReplyDelete
  9. hehe. Dah memang tabiat benda tu. Tak boleh tengok manusia senang sikit. Mesti nak diganggunya. Ataupun mungkin sekadar ujian yg diturunkan kepada kita.

    ReplyDelete
  10. salam ayahanda, mujurlah ayahanda tak terus terikut2 dengan kelajuan kereta tu.. selalu jugak dengar cerita macam ni.. yang paling popular cerita kat terowong karak highway.. tentang kereta volkswagen kuning..

    ReplyDelete
  11. Nasihat wak pada semua,
    Lain kali kalau sesiapa jumpa kereta cam tu, jangan ajak lumba.

    Heee...seram !

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Saudara,

    Di Hari Jumaat ini, saya doakan segala kebaikan dan kesejahteraan buat Saudara Keluarga. Diharap juga Doktor Pakar ini telah menghubungi Isteri Saudara seperti mana yang mereka janjikan dan segalanya biasa sahaja. Kalau mereka belum, elok juga kita yang telefon mereka, ingatkan mereka.
    Hal ini berlaku di hospital swasta juga. Kadang kadang janji nak call tapi tak pun, kita yang call mereka dulu. Maklumlah, alasan mereka, terlalu sibuk dan kadang kdang terlepas pandang. (Standard excuse)

    Ramai orang yang cakap pasal kemalangan kerana mahkluk ghaib macam dalam cerita ini. Sahlah memang benar ada hantu yang boleh sebabkan kemalangan maut kalau kita tidak peka dan tidak pula tahu bagaimana dan apa yang hendak dibuat bila menghadapi keadaan sebegini.

    Seram saya baca cerita ini. Memang kami kurang berani nak kemana-mana kalau jauh jauh pada malam hari, kecuali terpaksa.

    ReplyDelete
  13. Salam Abe Din,
    sepanjang perjalanan sy ke Utara melalui Terowong Menora...mmg menunggu gak Volksegen Kuning tu.tp belum diizinkanNya...kisah abe Din dijalanan hari tu..sebagai panduan yg berguna utk kami yang akan melalui jalan tersebut..

    Syaitan dan iblis nie mmg suka menyakat,mengusik dan membawa kita ke arah kehancuran..syukurlah Abe Din dan famili selamat semuanya..

    ReplyDelete
  14. takut kan..kalolah bnda ni terjadi kite sorang diri..Astaghfirullah..
    pernah terjadi pada saya dan suami..di highway LPT pntai timur..motor yg uzur potong dari kiri..laju pulak tu..org tua tk tanpa berhelmet pukul 2 @ 3pagi..dah dalam jarak 500meter die ke dpn..tiba2 hilang cmtu je..pelik kan..puas kitorg cari mane pergi motor tu tp tk jumpe..meremang sguh bulu roma n bulu tengkuk..wallahualam..bnda ghaib ade dimana2...

    ReplyDelete
  15. W'salam sdr. PG

    Jalan raya Gua Musang-Kuala Krai yang selalu kena ganggu di Kawasan Pintu Gerbang sempadan Gua Musang-Kuala Krai. Ada peristiwa seorang kawan keretanya dipanjat sesuatu dan berbunyi seolah-olah benda tu melompat-lompat di atas rooftop kereta.

    ReplyDelete
  16. Sakura

    Kalau boleh elakkan memandu sendirian di waktu malam. Bukan saja gangguan makhluk yang tak nampak, makhluk yang nampak atau mnungkin terjadi sesuatu kepada kenderaan dan sebagainya. Maklumlah perempuan dan bersendirian pula. Tapi anak saya yang kedua tu (adik) selalu juga balik malam bersendirian dari Penang ke KB.

    ReplyDelete
  17. W'salam anakanda Isa.

    Ayahanda biasa juga dengar tentang volkswagen kuning di Terowong Menora (berdekatan Tol Jelapang) Ipoh tak pula ayahanda alami sendiri. Selalu juga ayahanda balik Ipoh di waktu malam.

    Tentang no. plate tu memang sengaja ayahanda tidak tuliskan penuh. He..he.. takut disalahgunakan!

    Sebenarnya sejak dari muda lagi ayahanda sukakan kelajuan. Pernah ayahanda ke KL dari KB melalui jalan lama Kota Bharu-Kuantan-KL hanya mengambil masa 6 jam. Masa tu Jalanraya Gua Musang-KL belum ada lagi. Baru-baru ini pula semasa Mak Mertua meninggal dunia, ayahanda drive dari KB ke Ipoh hanya dalam masa 3 jam setengah.

    ReplyDelete
  18. antusabun.

    Memang sepanjang hidup saya banyak yang saya alami peristiwa misteri bukan saja di jalanraya.

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumussalam Dr.

    Masalahnya ialah kita tidak sedar yang kita diganggu. Perasaan macam biasa saja. Selepas itu barulah kita sedar. Contohnya bila kereta itu tiba-tiba hilang di depan mata, barulah kita sedar.

    ReplyDelete
  20. W'salam Anakanda UXOP.

    Di jalan itulah juga seorang kawan Pakcik memandu sendirian waktu malam ke KL telah diganggu. Satu lembaga terbang dan hinggap bertempek di windscreen depan melindungi pemandangan. Dia berhenti buka pintu dan pelawa makhluk tu masuk kalau nak tumpang, tetapi bila dia berkata begitu makhluk itu terus terbang larikan diri.

    ReplyDelete
  21. zizOu21.

    Terima kasih kerana singgah dan tingglakan jejak.

    Sebenarnya saya ikut rentak dia tapi selepas korner yang tayar saya berdecit tu, saya ikut dengan laju juga tapi dalam hati-hati sehinggalah kereta itu hilang.

    Walau apa pun alhamdulillah, kami semuanya selamat.

    ReplyDelete
  22. alang

    Mungkin saja dia nak main-main kot?

    ReplyDelete
  23. W'salam anakanda nurdaniella.

    Lama juga ayahanda tidak jengok ke blog anakanda tapi ayahanda bukannya lupa.

    Kat Karak highway tu pun ayahanda pernah juga kena tetapi anak saudara yang kecil pada masa itu disakat.

    ReplyDelete
  24. Wak

    Sebenarnya bukannya sengaja niat nak berlumba tetapi terikut-ikut tanpa disedari. Itulah yang bahayanya.

    ReplyDelete
  25. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Terima kasih yang tidak terhingga di atas doa puan. Saya pun selalu juga doakan agar puan bahagia. Tentang pemeriksaan hari itu, belum lagi kami dihubungi oleh Dr. tu. Insya Allah saya akan minta isteri saya hubungi Dr. tu. Memang betul mereka sememangnya sibuk.

    Memang ada kejadian gangguan sehingga mendatangkan maut. Tetapi satu masalah besar ialah kita tidak pun sedar yang kita telah diganggu. Yang penting ialah sentiasa berjaga-jaga dan waspada ketika memandu malam atau siang.

    ReplyDelete
  26. W'salam IndukYati.

    Memang Abe Din baiasa dengar tentang wolksawagen kuning di situ tetapi tidak pula pernah kena kat situ.

    Memang itu kerja setan nak mengenakan manusia tetapi yang penting kita kena faham itu bukanlah kuasa dia dan kita harus bergantung kepada takdir Allah.

    ReplyDelete
  27. mommy otai

    Memang pelik, motor buruk potong kereta dengan laju. Tapi kejadian pelik senang menyedarkan kita. Yang membawa masalah besar bila kita tidak sedar.

    Tapi yang peliknya bila saya bersendirian tidak pula diganggu begitu cuma sekali bila saya nak langgar makhluk yang tidak berkepala satu masa dulu.

    ReplyDelete
  28. Aslmkum Pak Din. Cerita tentang hantu memang menyeramkan kepada mereka yang pernah tersua dengan hantu-hantu tersebut. Lebih-lebih lagi jika tersua bila kita sorang-sorang tentu kecut habis perut dan lari kaki tak jejak tanah. Saya tak pernah jumpa hantu, minta jauhkanlah dari tersua makhluk tersebut.Tapi masa saya kecik2 dulu kawan saya kata kalau nak jumpa hantu kita bogel dan menoleh ke bawah sambil menonggeng. Betul ke gitu Pak Din. Mungkin Pak Din boleh ulas.

    ReplyDelete
  29. W'salam sdr. fital.

    Sebenarnya bagi yang berani jika diusik pun tidak akan perasan, mungkin dikatakan benda lain. Tetapi bagi yang pernah alami, mereka cepat perasan sebab bila kita di sakat/usik keadaan dan suasana keliling akan mempunyai perbezaan.

    Contohnya pada satu malam saya ke pejabat menyiapkan kerja. Bila terasa nak buang air kecil, saya ke tandas. Di pintu tandas saya berjumpa dengan seorang yang gelap dan agak hitam dengan jeket yang juga gelap. Saya tegur "Giliran awakkah jaga malam ni?" Dia hanya menjawab dengan "Umm..". Saya masuk tandas, bila saya keluar orang itu sudah tidak ada. Saya masuk bilik saya dan tersilau ke pondok jaga. Saya dapati jaga yang bertugas ada dipondok sedang menulis sesuatu. Bagi yang tidak pernah mengalami atau terlalu berani dia tidak akan terfikir bagaimana dalam masa 2 ke 3 minit jaga yang ditegur tadi sudah ada di dalam pondok sedang menulis dan berbadan sederhana, tidak sebesar makhluk yang saya tegur tadi.

    Mungkin dia tidak akan terfikir semasa masuk tadi bagaimana rupa jaga yang membuka pintu pagar untuknya. Jadi dia tidak akan perasan yang dia telah disakat/usik.

    Bila balik saya tanya jaga yang di pondok adakah malam ini dia sorang saja. Dia jawab, memang dia seorang sehingga jam 12.00 malam. Selepas syif itu barulah ada dua orang jaga bertugas sehingga jam 7.00 pagi esok.

    Jadi sahlah yang saya tegur tadi adalah bukan manusia!

    Tentang selak kain dan tengok cara menungging itu tidak betul dan tidak akan nampak. Cuma mengikut orang tua, kalau kita terjumpa satu makhluk pelik dan untuk pastikan itu adalah hantu atau manusia, tengoklah dengan cara begitu. Katanya kalau hantu kita akan nampak yang kakinya tidak jejak tanah. Wallahu aklam.

    Pak Din sendiri tidak pernah lakukan sebab Pak Din memang boleh agak. Macam cerita di atas tadi. Kalau dia bercakap pun memang lain dan bersuara agak pelik.

    ReplyDelete
  30. As'kum En. Mountdweller,

    Sekadar ingin berkongsi cerita, pengalaman saya sendiri di jalan Kuala Lipis - Merapoh jalan menaik ke Bkt.7 pada tanggal dinihari 2 Februari 2007 (mlm jumaat). Lepas isi minyak di Shell Pdg Tengku yg bukak 24 jam tuh, saya menunggu utk ikut mana-mana kereta atau apa2kenderaan sbg teman utk teruskan perjalanan ke Merapoh. Masa tuh jam 2.30 pagi & saya drive sorang2. Lepas dlm 15 minit menunggu kelihatan sebuah bas sekolah dipandu dgn sgt laju menuju ke arah Merapoh.

    Saya pun ikut lah bas tu drpd blkg dan tak berniat pun utk motong dia, sekadar buat teman perjalanan. Apa yg saya dpt perhatikan bas tu lebih kurang mcm model 80'an or awal 90'an. Keadaan bas sgt teruk... lampu blkg pecah2, body pun kemek macam bas kena accident. Saya tak nampak no. bas tuh walaupun dah puas saya gosok2 mata takut2 ngantuk. Saya follow je bas tuh sampailah saya perasan sebenarnya meter saya dah cecah 120km/j! Saya terfikir mana mungkin bas buruk camnih boleh bwk selaju 120km/j di jln mendaki bkt.7 pulak tuh! Pas tuh saya masuk ke jalan sebelah kanan utk tgk keadaan bas.... MASYA-ALLAH!! habis kemek & pecah2 body bas sebelah kanan! Bila bas tuh makin laju sampai dah nak cecah 140km/j saya biarkan aje dia pergi.

    Bila sampai di Kelantan saya jumpa rakan lama masa di UiTM dan ceritakan pengalaman nih pada dia. Kawan saya tuh ckp mmg ada bas sekolah berhantu kat area tuh. Bas tuh katanya suka kacau sapa yg drive sorang2 tgh mlm dan dia akn provok suruh racing dgn dia. Sapa yg cuba memotong dia akn himpit sampai terbabas, kemudian dia hilang. Pernah dia terdengar cerita sorang mamat pakai enjin turbo dapat potong bas tuh & bila tgk kat tempat drebar kosong! Takde org! Alhamdullilah saya selamat dan sejak tuh saya x pernah lg drive ke Kelantan malam2 kalau tak berteman.

    ReplyDelete
  31. W'salam Sdr. Zack.

    Saya ada juga dengar cerita itu dan sabuah basikal buruk yang di kayuh oleh seorang tua memotong kereta di bukit 7 tetapi saya sendiri tidak pernah alami apa-apa lagi di tempat itu.

    ReplyDelete
  32. Salam ayahda,nabi dah pesan,Kalau kita takut pada benda tu dia lagi suka takut2 kan kita,kalau kita x takut pada dia dia akan takut pada kita.

    ReplyDelete
  33. W'salam ijoks2009

    Betul, dari pengalaman ayahanda sendiri. Kalau kita tunjukan kita takut dia akan berani tetapi kalau kita tunjuk berani, dia akan mengalah.

    Biasanya ayahanda akan siap perli dan condemn dia lagi supaya dia marah atau malu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa