Tuesday, June 30, 2009

Dulu Dan Kini

Semasa anak-anak saya di peringkat remaja (sekolah menengah) saya berpesan kepada mereka, sekiranya Along dan Adik ada melakukan kesilapan atau bertingkah laku yang tidak elok atau juga tutur kata yang terlajak (melampau), jikalau ada orang mengatakan kita kurang ajar, jangan marahkan mereka. Orang yang patut dimarahi adalah Papa. Sebabnya mungkin di dalam hal itu Papa terlupa ajar atau terlepas pandang. Jadi memang kita kurang ajar (kurang ajaran). Terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka. Itu juga adalah sebagai satu pengajaran untuk Papa mendidik anak-anak. Ibu dan bapa seharusnya menerima hakikat kegagalan anak-anak adalah kegagalan kita sebenarnya.

Di sekolah pun sama. Semasa mereka di dalam sekolah rendah saya pergi berjumpa dengan Guru Besar dan berpesan kepada Guru Besar di hadapan mereka. "Cikgu, kalau anak-anak saya melakukan kesilapan dan patut dirotan, rotanlah dengan tidak payah maklumkan saya. Di rumah pun saya rotan sekiranya perlu"

Sayang sekali dunia hari ini kita terpaksa mendidik anak-anak kita bersendirian. Walau apa pun berlaku terhadap anak-anak kita ketika di luar, jauh dari pandangan mata kita tidak ada siapa yang akan peduli dan ambil hal. Tidak akan ada siapa pun yang akan menasihati atau setidak-tidaknya memaklumkan kepada kita tentang keburukan tingkah laku anak kita semasa di luar sana. Keadaan inilah yang menjadi salah satu punca kemusnahan akhlak dan keruntuhan moral yang melanda remaja hari ini.

Kenapa keadaan nafsi-nafsi ini berlaku? Kerana kita juga. Kita lebih mempercayai anak-anak kita dari mendengar dulu kata-kata orang lain tentang keburukan anak-anak kita ketika di sebalik pandangan kita. Kita buta hati untuk mendengar apa yang orang lain ingin perkatakan. Kita melebihkan ego diri kononya kitalah yang terbaik mendidik anak dan anak kitalah kononnya yang terbaik. Kenapa tidak kita mendengar dulu apa orang lain kata tentang anak kita dan kita cuba menduga dan siasat sendiri kalau was-was. Tidak semestinya kita mempercayai terus apa yang orang lain adukan. Kenapa tidak kita terima dengan positif dan ucapkan terima kasih kerana memberitahu dan katakan "Insya Allah saya akan siasat".

Ini tidak. Bila terima aduan terus katakan "Apa peduli dengan anak saya? Jagalah anak kau dulu. Anak aku, aku yang bagi makan!" " Anak kau pun apa kurangnya". Jadi, kalau beginilah sikap kita sudah tentu tidak akan ada sesesiapa akan pedulikan hal kita.

Sewaktu saya masih kanak-kanak dan meningkat remaja, semua orang tua di dalam kampung adalah sebagai penjaga kita. Walau apa perkara yang tidak baik kita lakukan, sudah pasti sampai ke telinga Ibu Bapa kita. Dan kalau perlu kita akan dihukum. Ibu Bapa kita pula tidak akan menidakkan apa yang dilaporkan. Kitalah yang akan disoal siasat. Semua golongan tua mengambil peranan ini dengan sukarela. Begitu juga dengan Guru Alquran. Pada masa saya dulu, Guru Alquran bukan setakat mengajar Alquran bahkan sebagai Pengawas murid-muridnya. Di Madrasah kalau tidak nampak muka pada Maghrib dan Isyak, esok kita akan disoal. Begitu juga Solat Tarawih dan Tadarrus dalam bulan puasa. Kalau tidak nampak muka, esoknya kita akan disiasatl. Pada waktu Solat Jumaat pun sama. Guru Alquran akan melalui di hadapan rumah murid-muridnya ketika Guru dalam perjalanan ke Masjid, beliau akan singgah dan bertanya sudahkah si Din ke Masjid?.

Saya masih ingat ketika saya mandi di sungai saya dihambat dan disebat dengan ranting senduduk oleh kawan kepada abang sulung saya. Saya lari dan seketika saya pulang ke rumah. Di hadapan rumah orang tua sudah menunggu dan menyoal sambil marah kerana mandi sungai. Rupanya selepas kawan kepada abang sulung saya tadi kejar dan sebat saya, dia terus ke rumah saya dan lapor kepada orang tua saya. Dia juga bilang yang dia sudah sebat saya dan orang tua saya tidak perlu hukum saya lagi!

22 comments:

  1. Salam Pakdin.
    Semoga dirahmati Allah.
    Seronok baca kisah kenangan Pakdin dahulu-kala.
    Alangkah indahnya kalau kehidupan zaman Pakdin dulu masih ada lagi pada zaman ini.Hidup masyarakat kampung yang harmoni dan mesra alam serta saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati antara satu sama lain.Hidup seperti satu keluarga.

    ReplyDelete
  2. W'salam PG.

    Itulah suasana masyarakat Melayu dulu-dulu. Tapi sekarang hanyalah tinggal nostalgia.

    Kerana keadaannya begitulah kami menjaga tingkah laku dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik.

    ReplyDelete
  3. salam uncle
    Betul tu uncle. Amalan orang dulu tu baik sekali. Anak jiran macam anak kita juga. Tingkah laku anak jiran akan ditengok, ditegur malah dimarah jika berkelakuan tak elok. Malah sikap 'jaga tepi kain orang' dah jadi amalan yang sihat pada masa dulu. Mereka saling menegur salah laku anak-anak. Malah satu kampung kalau dia kenal anak sapa sapa maka akan ditegurnya.. akan diadunya pada mak ayah kita.

    Tapi kini makin hari makin hilang sikap ini. Semuanya sibuk.Masing-masing dengan dunia tersendiri (mengejar dunia..).Anak jiran tak lagi diambil kisah. Tak taulah camana nanti.. masa depan anak-anak sekarang..

    ReplyDelete
  4. W'salam Rashid.

    Itulah satu nilai yang sudah hilang di dalam masyarakat sekarang. Kenapa perkara yang baik ini disalah ertikan dan bila, tidak ada yang sedar.

    Sekarang masyarakat di kampung dan di bandar adalah sama. Jangan cuba cakapkan yang kain orang koyak!

    ReplyDelete
  5. salam..
    dulu dan sekarang mcm langit dan bumi bezanya.
    di kampung dan di bandar hampir sama keadaannya sekarang.zaman sudah berubah..manusia juga turut berubah..

    ReplyDelete
  6. Salam ayahanda,
    Betul ckp ayahanda. Skrg ni dah tak de org nak berperilaku mcm org dulu2. kalau ada yg nak menegur pun bukan bertujuan nak membantu memperbaiki kesilapan. tapi lebih kepada sindiran dan kutukan. masyarakat sekarang lebih prihatin utk bersaing siapa lebih hebat. bukan prihatin utk sama2 menaikkan martabat...
    Terasa rindu pula nak kene rotan...hehehehe. walaupun sy anak tunggal, rotan, hanger, lidi penyapu, getah paip dan tali pinggang penah juga hinggap di badan masa kecil2 dulu...
    Alhamdulillah laa...skurang2nya kesan penangan semua tu membuatkan sy lagi ingat pada kedua ibubapa sy.

    ReplyDelete
  7. W'salam Idalara.

    Terima kasih kerana sudi bertandang dan inggalkan jejak.

    Kalau perubahan yang membawa kebaikan adalah rahmat tetapi sekiranya berubahan yang membawa keburukan adalah malapetaka.

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda rose emely.

    Ayahanda juga memukul anak-anak jika perlu tetapi hanyalah terhad kepada roan sahaja.

    Ayahanda pun hairan kenapa manusia sekarang lebih cenderung ke arah keburukan. Bukan menolong tutup kain orang yang terselak tetapi amat gembira bila berjaya menyelaknya.

    Orang dulu-dulu mereka buat dengan ikhlas semacam menegur dan merotan anak sendiri. Itulah sebabnya penduduk di dalam sebuah kampung boleh bekerjasama tanpa banyak kerenah.

    ReplyDelete
  9. Salam Sejahtera Uncle,

    Bukan tak nak tegur; kalau tegur yang betul pun org siap naik angin.. Mengeruhkan keadaan sahaja..

    Edward

    ReplyDelete
  10. Edward.

    Sejahtera untuk anda juga.

    Itulah masalahnya. Semuanya akan jadi serba salah. Tak ditegur salah nak ditegur pun salah.

    Tetapi kalau kita tegur dengan cara berhikmah dan ikhlas, rasanya boleh diterima.

    ReplyDelete
  11. mmg elok cenggitu, itulah ikhlas namanya, sebab nak jaga nama baik agama dan masyarakat sekeliling.

    sekarang lain, lebih kpd jaga nama baik dan imej sndiri :(

    ReplyDelete
  12. Salam pak Din

    Betul kata pak din, bila orang kata kita kurang ajar kita perlu terima dengan hati terbuka.Masalahnya kia kekadang sukar terima ungkapan itu. Kita lebih sedap terima pujian dari kritikan. Begitu juga soal mendidik anak kita patut ikut cara orang dulu bahawa anak kita anak orang dan anak orang anak kita. Silap dan salah anak-anak kita sama-sama betulkan atau marahkan dengan tujuan untuk kebaikan bersama. Hari ini jangan kata jiran nak tegur anak jiran, guru kat sekolah pun akan disaman.Lantaran itulah budak-budak sekarang bertambah nakal kerana mak bapak tak mahu menerima hakikat anak mereka nakal.

    ReplyDelete
  13. Salam MountDweller,
    Dalam tahun 1977 (bulannya dah lupa), saya terjumpa cikgu yang mengajar dan pernah merotan saya dalam tahun 1957.
    Saya ucap terima kasih kerana prihatin pada saya ketika sekolah dulu. Sekarang saya dah ada master's dan dah jadi pensyarah.
    Dia kata, cikgu tak pernah pilih kasih. Layanan cikgu pada murid serupa saja.
    Saya kata, tapi cikgu tak rotan murid lain. Hanya saya kena rotan dan berdiri atas bangku dari pukul 9 hingga 12. Itu prihatinlah cikgu.
    Dia jawab, kalau itu pendapat kamu, kamu memang jadi apa yg cikgu harapkan.

    ReplyDelete
  14. Salam Pakcik..

    Kan bagus kalau kita boleh terapkan amalan2 begitu pada zaman kini..sebab tu Nabi Muhammad selalu mengingatkan umatnya supaya berpesan-pesan kepada perkara yg membawa kebaikan...buangkan lah ego dan angkuh kita semua..apalah ada pada harta dan pangkat kalu itu meruntuhkan/merosakkan anak bangsa,masyarakat dan agama kita..

    ReplyDelete
  15. Mak Su.

    Malangnya dunia sekarang dah jadi tunggang terbalik. Yang baik dikatakan buruk dan yang buruk dikatkan baik.

    Wallahu aklam.

    ReplyDelete
  16. W'salam sdr. fital.

    Betul sdr. fital. Kritik adalah sangat mustahak bagi yang berfikiran terbuka. Apa salahnya kita terima kritikan dengan lapang dada walau pun kemungkinan sipengkritik memang berniat menjatuhkan kita. Ucapkan saja terima kasih dan perbetulkan mana yang perlu. Walau pun pedih hakikat terpaksa kita terima sekiranya kita mahukan kebaikan dan perubahan.

    Di sekolah memang saya serahkan kepada guru apa yang perlu untuk mendisiplinkan anak-anak saya.

    ReplyDelete
  17. W'salam Dr.

    Saya pun mengalami peristiwa yang sama. Tapi bezanya yang menghukum saya adalah Abang saya sendiri yang menjadi guru kelas ketika itu. Saya diarah berdiri di atas meja dengan sebelah kaki. Kalau bertungkat dengan kaki yang satu lagi, betis saya akan dirotan.

    Di rumah saya complain kat abang kerana mendenda saya. Dia jawab "Kalau Abang tidak denda kamu begitu, macam mana Abang nak mendisiplinkan murid-lain. Nanti dikatakan pilih kasih". Saya akur sebab sememangnya saya nakal.

    ReplyDelete
  18. W'salam UXOP.

    Sememangnya masyarakat Islam mengamalkan sikap terbuka dan tegur menegur dan menjaga kebajikan di antara kita. Namun malangnya nilai itu telah hilang dan dilupakan sedangkan perkara itu adalah tuntutan.

    Salah satu sebab kerusakan berlaku di dalam masyarakat kita adalah kerana kita tidak lagi pesan berpesan dan nasihat menasihati.

    ReplyDelete
  19. SAlam En. Din,
    Walaupun suasana itu dah tak ada lagi kalau ada pun tak banyak tapi kita sentiasa doakan walaupun anak-anak kita jauh dimata,mudah-mudahan ketakutan pada Rabbuljalil dan sentiasa merasa diperhatikan sentiasa ada di hati mereka.

    ReplyDelete
  20. W'salam Opah.

    Doakan Opah sentiasa sihat walafiat.

    Begitulah Opah doa kita terhadap anak-anak kita dan anak-anak Muslim sekelian.

    ReplyDelete
  21. Wherein Unlock iPhone Way is Best for your family Unlock iPhone Yet there are several mobile phones from the marketplace which may be for the reason that favourite and properly called New iphone4.That issue til you have ones own written agreement with all the authorized carriers with i-phones, that you are currently style of destined if you want to implement some sort of apple iphone and it is precisely the consumer keep in mind.The reality is you may Uncover i-phones regardless of who any container is definitely.The primary Unlock iPhone decision you should have is a Build it yourself tactic also, the act your self approach.
    [url=http://www.unlockiphone4tut.com/iphone-4-unlock]iPhone 4 unlock[/url]

    ReplyDelete
  22. Heⅼlo to every body, it's my firѕt go to see of this blog; this webpage contains remaгkable and in faϲt good material
    in favor of visitors.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa