Wednesday, July 8, 2009

Kerenah Orang Politik

Siapakah Pembuat fitnah dan siapakah yang berbohong.

Saya tidak mahu menyibuk sebenarnya tetapi oleh kerana YB. Dr. Khir adalah mantan MB Selangor dan Y
B. Ng Suee Lim adalah Wakil Rakyat maka kita juga ingin tahu dan menilai.

Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

khir toyo mansion 060709 08ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

"Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

khir toyo mansion 060709 06Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.

Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.

Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

Dr. Mohd. Khir menjawab dan komen pembaca blognya di sini dan di sini

8 comments:

  1. aku pun bukan nak tahu sgt cerita rumah orang kaya nih...bagi aku ambik kisah rumah orang miskin sekeling aku..ada ker aku pernah bagi makan minum, belanja depa, sedekah ke depa, keluar zakat, dll?

    tapi pada gambar kalu betul tu gambar rumah ex-MB s'ngor Dr. Khir Toyo...eh takkan ler RM4 juta jer? Aku ingat tanah jer pun mahu cecah RM5 juta pasal luas & kawasan bandar kan? Entah ler...silap-2 atap rumah jer dah RM1 juta? tak logik dia ngaku dia beli cuma RM3 juta something...kot dia kata RM6 ker 7 juta aku percaya lagi ler. hmm entah...lantak dia ler...kot ambik duit rakyat, azab dunia akhirat ler..kot dia mmg pakai duit gaji dia..tu kira dia kaya & mampu beli, tak apa ler..walaupun begitu sbg pemimpin Melayu-Islam jgn ler buat rumah mewah camtu...tak elok perangai...macam tak kena ler.

    ReplyDelete
  2. Rumah tu memang harga jutaan ringgit. Tapi kalau kira tak sampai 20 juta. Sebab saiz tanah 50,000 kaki persegi takkan developer kira satu kaki persegi sampai RM400.

    Sebab itulah Khir Toyo berani cabar Adun Sekinchan untuk jadi ejen jual rumah tu. Tak ada manusia waras sanggup beli dengan rumah tersebut dengan harga 20 juta.

    ReplyDelete
  3. Salam Hanz.

    Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu nilai sebenar rumah itu cuma baca dari komen orang di blog Dr. Khir sendiri dan penjelasanya darinya. Jadi sama-samalah kita nilai dari lojik.

    Kita tunggu dan tengok apa hasilnya nanti dari perbalahan ini.

    Memang betul seorang pemimpin sepatutnya hidup dalam lingkungan berpada-pada supaya tidak dipandang serong dan menjadi tohmahan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  4. zulfaizuddin

    Mungkin betul perkiraan saudara. Cuma yang digembar gemburkan itu mungkin termasuk landscaping dan hiasan dalaman.

    Walau apa pun kita masih samar dengan keadaan sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. salam uncle,

    dah lama sgt2 tak jengah sini.. baru baca n3 yg wife uncle operate..
    semoga cepat sihat.. :)

    ReplyDelete
  6. W'salam Kak Yong.

    Kak Yong pun lama tidak update blog. Kesibukan ke atau tidak begitu sihat?

    Auntie sudah ok dam bebas bergerak cuma tidak boleh angkat benda-benda berat. Makanan berpantang sedikit.

    ReplyDelete
  7. saya sihat uncle, tp bz dgn blog yg satu lagi ni..
    http://kakyong72.blogspot.com

    Insya Allah, saya tgh adjust masa utk memeriahkan semula blog Menyibuk ajer..

    ReplyDelete
  8. Kak Yong.

    Begitu rupanya. Uncle ingatkan kurang sihat atau cuti ke mana-mana.

    Ok, insya Allah uncle jenguk ke sana kakyong72.blogspot.com juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa