Thursday, August 13, 2009

Peluru Di Sungai Golok

Cerita ini adalah berkenaan saya dan geng semasa zaman pertengahan tahun 70'an. Kumpulan musik "Brother Freedom" ketika itu agak popular di Kelantan. Anggotanya yang saya masih ingat ialah Fauzi Darus (JJ), Lokman ("Lock" Ela and the boys), Darus dan Nik Azmi. Brother Freedom telah dijemput untuk membuat persembahan sempena majlis perjumpaan Mahasiswa Wilayah Selatan Universiti-Universiti Thailand di Dewan Perniagaan Cina Sungai Golok (kalau tidak silap, rasanya blogger Rashid tolong betulkan). Oleh kerana anggota kugiran ini adalah kawan-kawan rapat saya, saya diajak oleh mereka untuk membantu walau pun saya memang buta musik.

Persembahan bermula jam 8.00 malam waktu Thailand dengan lagu-lagu slow. Seluruh dewan menari, minum dan makan apa yang dihidangkan. Semakin tuanya malam, lagu yang dihidangkan semakin rancak. Ada tetamu yang sudah mabuk kerana "Mekong" dan Ganja (semasa itu ganja masih bebas di sana). Mereka sudah menari dan bercakap tidak tentu hala. Ada juga sudah ada menyemai bunga-bunga untuk bergasak. Semua gerak geri mereka saya perhatikan, ini adalah kerana sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak sepatutnya, senang untuk memberi amaran kepada kawan-kawan untuk menyelamatkan diri. Memang saya sudah agak majlis sebegitu di sana ada kemungkinan-kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

Ketika tetamu yang hadir di dalam keadaan itu, sedang Lock mendendangkan lagu rancak "Smoke under water" dan Lock pun nampaknya macam naik "seikh". Lock memanjat Speaker besar sambil menyanyi di atas Speaker. Sedang Lock menyanyi, sebuku roti pau terbang dan mengenai dadanya. Beliau turun dari atas Speaker dan pandang saya. Saya halakan pandangan ke tengah dewan dan baru saya sedar rupanya tetamu-tetamu sedang bergasak antara satu sama lain. Botol arak menjadi senjata di samping kerusi. Saya tidak pasti ada yang tercedera atau tidak sebab memang lampu di dalam dewan itu samar dan berkelip-kelip. Di luar dewan memang ada dua orang anggota Polis Thailand berkawal.

Seketika kemudian saya terdengar beberapa letupan dan peluru berdesing di keliling saya. Kumpulan musik berhentikan persembahan dan lari naik ke tingkat atas. Saya ikut mereka dari belakang. Sambil memanjat tangga saya menoleh ke bawah dan saya dapati ramai tetamu wanita terperangkap di bawah, di tengah-tengah pergelutan dan suasana kelam kabut itu. Saya turun dan memberitahu mereka supaya ikut saya ke atas. Susah, rupanya mereka tidak faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Tidak ada pilihan dalam suasana cemas itu saya menarik dua orang daripadanya dan mengheret naik tangga ke tingkat atas. Barulah yang lain faham dan mengikut berlari ke atas. Ketika itu tembakan masih berdesing. Di atas Nik Azmi bertanya "You tak takut ke Din, turun bawah ambil budak-budak tu" Saya hanya jawab "Entah, saya pun tak terfikir"

Kami berlindung di tingkat satu bangunan itu sementara keadaan reda. Bila keadaan sudah reda, pihak Penganjur datang menjemput kami melalui pintu belakang (pintu kecemasan) dan membawa kami ke hotel penginapan. Keadaan menjadi reda bila polis yang berkawal di bawah meminta bantuan anggota. Di dalam perjalanan ke hotel barulah saya diberitahu yang memang berlaku tembak menembak apabila ada samseng menceroboh ke dalam dewan buat kecuh dan merampas pistol dua anggota polis yang berkawal. Pihak penganjur pun pada waktu itu tidak tahu ada yang cedera atau tidak. Malam itu kami selamat di hotel.

Inilah suasana di Pekan Sungai Golok di masa itu dan apa yang saya nampak sekarang, walau pun ada perubahan dari segi sikap dan kemajuan orang-orang di sana, tetapi "siGedebe" masih lagi dihormati. Makna sikap begitu sudah menjadi sebati dengan mereka.

23 comments:

  1. Huh, 'ganas' jugak pakdin zaman retro dulu, ya?

    Tapi pada saya, sikap gedebe tak elok Pakdin, nanti kawan kurang, yang bertambahnya lawan/ musuh.

    Cuma, sikap begini kekadang perlu ada untuk memastikan orang tak pijak kepala kita.

    Pakdin, kapok kecik masih lagi digunakan di Sungai Golok ke?

    p/s: Moga Allah merahmati arwah Ustaz Asri Rabbani

    ReplyDelete
  2. Sdr. Brahim.

    Gedebe memang kurang kawan. Kawan yang ada hanyalah kuncunya saja. Kat Kelantan pun boleh dikatakan sudah tidak ada kecuali geng-geng "Penarik Kereta" Tapi kata sana masih ada dan masih dijadikan "kepala".

    Kat sebelah Siam, dia orang tidak pakai Kapak Kecil atau Parang. Bila bertelingkah mereka bunuh. Selalunya mereka gunakan Pistol atau Rifle seperti M16. Selalunya mereka ada kumpulan. Sekarang pula mereka gunakan Bom buatan sendiri yang diletupkan dari jarak jauh.

    ReplyDelete
  3. rasonyor sepanjae hidup pB , baghu sekali pB nte'berae kok alah sano. Tahun akhir 80an , kalu tok silap hari keduo rayo haji.

    tulah pertamo dan terakhir

    ReplyDelete
  4. pB

    Sekarang pun tidak banyak berubah kecuali bangungan-bangunan baru di sekitar pekan saja. Baru minggu lepas saya menyeberang ke sana kerana sedikit urusan.

    ReplyDelete
  5. salam..

    ada award untuk saudara..sila ke blog saya untuk ambik tq..

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr. anaklaut.

    Terima kasih banyak. Insya Allah saya akan ke sana.

    ReplyDelete
  7. ambo zaman budak2 dulu selalu pegi golok,,maklumlah member banyak di tebing sungai golok,,sepupu sepapat pun ada lg di jabat,,stahun skali hari raya jupolah,,crito bab pekan golok ni,,kalau zaman 80an mmg ganas,,sarang penyamun,perompak dsbg,,tiap2 org memang ada pistol paling tidak pun,dadah pulak terutama ganja halal-sehalalnya,,ambo suka gi sana satu benda favourite ambo,,nasi sup dia ,,sedap dan murah,,nasi+soup +ulam timun +sambal belacan baru rm 1.30,,kalu tambah nasi 1.50 sen,,pakaian berjenama (celup) pun banyak,,kesimpulannya golok merupakan bandar hiburan bagi rakyat malaysia dalam kos yang murah,,,skarang,,,tak tau macamana,,,lama tak lintas sempadan

    ReplyDelete
  8. Salam Abe Din,
    bila cerita pasal pekan Golok nie..mmg seriau( seram sejuk) kalu tak cukup persediaan.
    Semasa sy ke Rantau Panjang bulan 5 yg lepas...dek kerana sibuk mencari lokasi abg ipar yg dah jalan didepan,sy dan dua buah keta terlepas masuk ke sempadan..tanpa check dr Imigresen M'sia, bila sy sedar dah melepasi Sg Golok tu..cepat2 info pd adik ipar yg follow dr belakang..supaya patah balik ke arah Rantau Panjang..buat secara slow and steady...fuhh lega bila masuk semula ke M'sia..risau gak peluru tak bermata..

    ReplyDelete
  9. Sdr. ramizu

    Kalau tahun 80'an masih lagi ganas sebagaimana yang saudara kata, cuba bayangkan ketika kejadian adalah pertengahan tahun 70'an. Namun begitu tarikannya adalah makanan dan barangannya yang memang murah.

    Kalau pandai pilih memang akan dapat yang ori dan tahan, tapi kalau pakai ambil dan beli kemungkinan akan mendapat barang tiruan.

    Dulu saya pun ramai kawan-kawan di sebelah Yala dan Golok tapi sekarang sudah terputus hubungan kerana berhijrah dan belajar.

    ReplyDelete
  10. W'salam IndukYati.

    Sebenarnya sekarang sudah ok. Tidak seperti dulu lagi cuma ada sikit-sikit tembak dan bom. Itu pun akibat dari pertelingkahan Kerajaan dan Rakyat Islam.

    Dulu pelanduk dua serupa pun boleh mati katak, ditembak salah orang. Dulu di sana terlalu ramai yang menjadi kepala dan bertelingkah. Nasib tidak baik kita yang menjadi mangsa. Samun, rompak dan ugut itu biasa. Yang kaya kena culik dan minta tebusan. Kalau tersalah orang, tidakkah naya.

    ReplyDelete
  11. menarik cerita 'dari seberang' ni...buleh tak pakdin cerita tentang kota bharu zaman 70an...zaman ada kelab2 malam lagi katanya...generasi muda boleh buat bandingan dengan sekarang...TQ

    ReplyDelete
  12. Sdr. Awesulong.

    Insya Allah Pak Din akan flashback dan garapkan kisahnya untuk tatapan anak muda sekarang.

    Terima kasih di atas cadangan itu.

    ReplyDelete
  13. dengar nama golok sudah gerun..saya x pernah pergi dan x rasa nak pergi..takut..he2

    ReplyDelete
  14. Sdr. baduk.

    Memang Allah menyuruh kita hindarkan dari bahaya. Tetapi kalau terpaksa, tawakkal dan serahkan saja kepada ketentuanNya.

    Sebenar nama dan khabar lebih menggerunkan dari keadaan sebenar. "Buruk khabar dari rupa" walau pun adakalanya benar.

    ReplyDelete
  15. saya suka blog ni tuan pasal apa.. pasal pengalamn tuan yang saya anggap jarang di temui.

    ReplyDelete
  16. mr edz.

    Terima kasih mr edz.

    Sebenarnya tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk bercerita segala pengalaman yang saya tempuh sepanjang 54 tahun hidup saya supaya kita boleh kungsi bersama. Sama ada untuk dijadikan tauladan atau sempadan.

    ReplyDelete
  17. Salam Uncle,

    Cerita Kelantanese Uncle ini memang lain dari lain. Kadang-kala ada yang buat say tergelak; adakalanya, terpegun tak tahu nak kata apa.

    Edward

    ReplyDelete
  18. salam uncle
    Memang 'suasana sebegitu' dah jadi biasa kat sana. Masuk kelab malam, yeh yeh. Mabuk kemudian bergaduh. Tembak sana tembak sini.

    Saya masih ingat uncle, ada sorang pakcik kwn mak saudara melintas sg golok. Dia singgah sekejap kat umah mak saudara. Masa tu mak saudara tak de. Dia bagi satu bungkusan berbalut kain kuning kat saya.. minta tolong simpan elok elok. Wat nak cerita, pembalut tu terlondeh sikit.. Alamak rupanya yg saya pegang tu. PISTOL..

    Bukan main berdebar saya masa tu..

    ReplyDelete
  19. Sejahtera ke atas Edward.

    Sebenar yang menjadikan begitu adalah sikap orang-orang di sini dan di seberang sana lebih kurang sama. Cuma kita di sini(Kelantan) lebih ke hadapan sedikit dari mereka.

    Kalau bagi mereka sifat samseng masih dibanggakan tetapi di sini tidak lagi.

    ReplyDelete
  20. W'salam Rashid.

    Uncle juga pernah kena. Seorang yang lebih dewasa (masa tu uncle masih remaja)minta uncle pegang satu buku tebal di dalam bas uncle tidak kenal pun orang itu. Kami dari Rantau Panjang. Bila sampai di KB dia minta balik buku tu. Dia kata kalau nak tau apa isi buku tu nanti dia buka.

    Rupanya buku yang tebal tu ditebuk bahagian tengah sepadan dengan saiz pistol. Dan memang berisi pistol. Masa itu tidak rasa apa-apa tetapi bila difikirkan balik sekarang, barulah rasa bersalah. Rupanya dia nak mengelak pemeriksaan Polis di perjalanan. Uncle dijadikan alat.

    ReplyDelete
  21. salam

    lama tak dtg ke blog uncle..

    secara jujurnya, sy sgt hargai pglmn uncle yg boleh memberi sy sdkt panduan dlm kehidupan..

    hehe maklumlah, masih muda lag ni.. :)

    ReplyDelete
  22. W'salam Basuh Baju

    Memang tujuan uncle tulis segala pengalaman uncle adalah untuk itu.

    Dijadikan tauladan dan sempadan.

    Jadikanlah pengajaran. Uncle bersyukur kerana diberikan keizinan olehNya untuk merasai hidup dulu-dulu dan masih diberikan peluang menikmati hidup kini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  23. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa