Wednesday, August 26, 2009

Hari Jadi

Hari ini alhamdulillah adalah Hari Lahir saya ke 54
Syukur kepada Allah saya dikurniakan kesihatan yang baik
dan Rezeki yang dikira ok
Dikurniakan Isteri yang penyayang
Anak-anak yang baik

Di bawah kek yang dihadiahkan oleh Adik (anak ke dua)


Untuk kawan-kawan teman bersantai
saya masak Sup Kepala Kambing
Makan di warung Nasi Belauk seorang kawan


Selepas makan main Domino

Sambil releks
Inilah aktiviti malam kami geng veteran
(yang berkacamata adalah Penghulu Mukim)

48 comments:

  1. Tuan
    Selamat Hari Lahir
    moga sentiasa di rahmati Allah.

    ReplyDelete
  2. Sakura

    Terima kasih banyak.

    Lama menghilang ke mana

    ReplyDelete
  3. salam pakdin,

    selamat ulangtahun yg ke 54.
    semoga cita2 yg belum tercapai, akan berhasil..

    ReplyDelete
  4. W'salam aku

    Terima kasih di atas doa dan ucapan.

    Insya Allah akan Pak Din usahakan dengan izin Allah akan berhasil hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Salam Uncle,

    Selamat menyambut hari lahir yang ke 54. Semoga sihat sejahtera dan happy selalu, serta dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Terima kasih di atas doa dan ucapan. Insya Allah kita sama-sama diberkatiNya.

    ReplyDelete
  7. salam Tuan Mount...

    semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dianugerahkan kesihatan yg baik sehingga dikandung hayat. Semoga segala peristiwa pahit manis yg diharungi selama 54 tahun dikutip menjadi pengalaman paling berguna dalam hidup tuan.

    @54 tahun macam usia 45 tahun...

    ReplyDelete
  8. W'salam sdr. Kulat

    Terima kasih banyak-banyak di atas doa dan ucapan. Semoga doa teman-teman membawa berkat, Insya Allah.

    Pengalaman itulah yang saya cuba usahakan untuk dikungsikan di blog nyamuk ini.

    ReplyDelete
  9. salam pak din,

    selamat menyambut hari lahir,
    semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

    tidak ramai rakyat kelate yang seusia pak din aktif di dunia internet, hal ini amat merugikan kerana kelate perlukan rakyat seperti pak din.

    apa apa pun, you are the one of the living heroes for kelate.

    ReplyDelete
  10. Salam Ayahanda, SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA KE 54 TAHUN,~ semoga beroleh kesihatan yg baik, tercapai impian dalam hidup, usia yg panjang, hidup yg gembira, rezeki yang murah serta ceria dikelilingi keluarga tercinta. Wah, seronoknya sambutan dengan kawan2. Alhamdulillah syukur, mereka mendapat sahabat yang bukan calang2 seperti Ayahanda... =) Hidup ini perjalanan kan Ayahanda, semakin jauh kita menapak, semakin luas peluang menjelajahinya. Terima kasih tidak terhingga dan teruslah menyampaikannya kepada kami.. =) Terima kasih, Ayahanda!

    ReplyDelete
  11. Salam ramadhan uncle,
    dah lama tak melibatkan diri dengan blog..dah bersawang2..Walau macamanepun,selamat menyambut hari lahir ke 54, semoga panjang umur dimurahkan rezeki, diberikan kegembiraan pada diri dan di sekelilingnya.sentiasa berbahagia bersama keluarga dan org2 di persekitarannya..

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir uncle.semuga panjng umur murah rezeki & belum terlmbt nk ucapkan selamt berpuasa..

    ReplyDelete
  13. W'salam Rakyat Kelantan

    Terima kasih di atas doa dan ucapan.

    Pak Din sedar tidak ramai di kalangan kita rakyat Negeri Kelantan yang seusia Pak Din meluangkan banyak masa di hadapan komputer dan Internet. Tapi Pak Din rasanya belum lagi termasuk di dalam golongan "the one of the living heroes for kelate".

    Terlalu tinggi darjat itu bagi Pak Din.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, panjangkanlah usia Pakdin, berkatilah hidupnya dan rahmatilah dia sebagaimana Engkau merahmati mereka yang Kau sayangi. Amin

    ReplyDelete
  15. W'salam anakanda Galuh.

    Terima kasih banyak kerana mendoakan kesejahteraan ayahanda. Ayahanda doakan juga supaya anakanda juga hidup di dalam keberkatan, ceria dan berjaya di dunia dan akhirat. Perjalanan anakanda masih terlalu panjang kalau diukur dari usia.

    Ayahanda tahu kebanyakan dari kawan-kawan suka sup kepala kambing, jadi ayahanda memasaknya untuk mereka sempena hari lahir ayahanda. Makan sambil bersantai.

    ReplyDelete
  16. W'salam Mogen.

    Terima kasih dan begitu jugalah doa uncle terhadap Mogen semoga berjaya dalam hidup dan kerjaya.

    ReplyDelete
  17. leiah.

    Terima kasih leiah. Doa uncle juga untuk leiah.

    Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan yang penuh berkat ini.

    ReplyDelete
  18. Salam sdr. Brahim.

    Amat tersentuh dan terharu saya di atas doa saudara. Semoga Allah memberkati saudara juga dengan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat hendaknya, insya Allah. Amin..

    ReplyDelete
  19. selamat hari jadi
    saya paling suka tgk gambar2 aktiviti2 malam...
    rasanya nostalgia betul..
    dah tak banyak kampung yg ada aktiviti macam tu

    ReplyDelete
  20. salam...Tuan,

    selamat menyambut hari lahir yang ke 54 buat anda..moga dirahmati allah swt selalu..diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan berbahagia di dunia dan di alhirat..

    anaklaut-

    ReplyDelete
  21. selamat hari lahir.. sihat selalu

    ReplyDelete
  22. Sdr. Jinggo

    Terima kasih.

    Aktiviti begini masih lagi berjalan sekiranya ada masa yang terluang. Kami berkumpul, bersembang dan main Domino.

    ReplyDelete
  23. W'salam anaklaut

    Terima kasih banyak di atas doa dan ucapan saudara. Saya cukup menghargainya.

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan,
    Selamat Hari jadi ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

    Ehhhh .. bukan 37 ke?

    ReplyDelete
  25. Selamat Hari Lahir Uncle.... Uncle Kelantan dimana?? Saya selalu kesana.

    ReplyDelete
  26. W'salam Wak

    Terima kasih di atas doa tuan. 37 tu tersalah hitung!

    ReplyDelete
  27. W'salam Webmaster@Echam

    Terima kasih. Uncle tinggal di Jalan Telipot. Belakang Maktab Sultan Ismail.

    ReplyDelete
  28. Selamat hari lahir..semoga panjanag umur..murah rezeki...
    kita berkenalan hanya di alam maya..mungkin suatu hari dapat bertemu...teruskan perjuangan..pengalaman anda berharga buat kami generasi muda..

    ReplyDelete
  29. Sdr. Din

    Terima kasih. Walau pun kita sekarang bertemu hanya di maya, insya Allah dengan izinnya kita akan bertemu juga.

    Saya pun memang ada hajat nak ke tempat Dr. Abd. Wahab. Tinjau projeknya. Sekiranya saya ke Klang rumah kakak dan ada kelapangan.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    HAPPY BELATED BIRTHDAY, rasanya pun tak belated lagi kot, 26th August, hari ini baru 27th August.

    Semoga hidup Saudara dan keluarga juga terus diRahmati dan diBerkati Allah swt dengan nikmat umur yang panjang dalam ketaatan kepadaNYA, ketenangan jiwa, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik, Amin!

    ReplyDelete
  31. Wa'alaikumussalam melayuangkat.

    Betul Hari Lahir saya 26th August. Tidak apa. Saya cukup berterima kasih di atas doa dan ucapan Puan.

    Begitulah juga bagi puan, saya doakan puan akan sentiasa bahagia dan sejahtera. Insya Allah.

    ReplyDelete
  32. SALAM
    SELAMAT HARIJADI.MOGA DAPAT MENHABISKAN RAMADHAN TAHUN INI DAN JUMPA LAGI DENGAN RAMADHAN TAHUN DEPAN.INSYAALLAH

    ReplyDelete
  33. Saudara ku Fakhruddin,

    Salaam Ramadhan
    Salaam Persaudaraan

    Semoga sdra dilimpahi dengan kasih dan peliharaan daripada ALLAH SWT.

    Dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik dan keimanan yang jitu kepada NYA.

    Dimurahkan rezeki dengan nikmat yang halal.

    Salaam Perjuangan
    Salaam Persaudaraan

    ReplyDelete
  34. W'salam anak muallaf.

    Terima kasih.

    Sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan usia, berkat dalam rezki, redho dalam ibadah dan taqdir.

    ReplyDelete
  35. W'salam Sdr.ku Mohd. Sofi.

    Salaam Ramadhan
    Salaam Persaudaraan di sambut dengan gembira dan ikhlas. Terima kasih saudaraku di atas doa. Semoga kita sama-sama dipanjangkan usia demi perjuangan dan habiskan usia dengan menjadi hamba yang diredhoi.

    Dilimpahkan dengan hidayah yang berkekalan dan rezeki yang diberkati.

    Salam persaudaraan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  36. Salam En. Din, Selamat Hari Lahir ke 54 dan selamat berpuasa.Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan dan kebahgiaan disamping isteri dan anak-anak. Nak sambung sampai ke 58?

    ReplyDelete
  37. salam Ramadhan..
    hari nie jumaat pertama dlm bulan ramadhan nie..abg ada pengalaman menarik sempena Ramadhan ini.?
    sememangnya umur pasti akan bertambah bila memasuki tahun yang baru..bila umur bertambah maknanyer semakin kesedaran ttg makna hidup dan mati itu semakin jelas..atau semakin mantap.
    Tahniah Abe Din kerana sudah meningkat umurnya..kalu ada citer2 menarik kongsikanlah bersama kami nie yg baru nak kenal dunia nie..
    Angah sekarang nie sudah bekerja atau belum..kerja dimana..?

    ReplyDelete
  38. W'salam Opah.

    Terima kasih di atas doa Opah.

    Tidak Opah. Saya dah hantar surat pilihan. Sehingga 31.12.09 ini saja. Dah rasa jemu kerja dengan ikatan.

    ReplyDelete
  39. W'salam Induk Yati.

    Belum ada yang menarik setakat ini tapi di masa akan datang tak tahulah.

    Betul indukyati, bertambahnya umur semakin hampiri mati. Itulah sepatutnya menginsafkan kita, dosa jangan ditambah, kebajikan yang perlu dicari.

    Insya Allah kita akan dapat berkungsi apa saja pengalaman yang berguna sekiranya dipanjangkan umur.

    Ooo.. angah/adik dah kerja dengan Suzuki Malaysia (Cawangan KB) dah hampir 2 bulan sebagai Service Advisor. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  40. selamat ulang tahun ke 54...

    minat pancing ke?

    kalau minat leh join web saya..

    http://akobprofishingline.ning.com

    ReplyDelete
  41. CUPING MERAH

    Terima kasih di atas kunjungan dan doa.

    Semasa saya remaja saya juga ikut memancing dengan kawan-kawan tapi bila dah kerja entah kenapa saya tinggalkan terus sehingga sekarang.

    Walau apa pun insya Allah saya akan lawat web saudara.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Pakcik,

    Selamat menyambut hari usia ke 54.

    Pengalaman perjalanan hidup Pakcik ni amat2 diperlukan kami utk dijadikan panduan dlam menyusuri hidup kami kelak..

    Semoga Pakcik terus ber-blog sehingga kudrat yang ada..Terima kasih Pakcik

    ReplyDelete
  43. UXOP

    Wa'alaikumussalam dan terima kasih di atas ucapan.

    Insya Allah, selagi Allah mengizinkan Pak Cik terus blogging dan kita akan kungsi apa yang ada pada Pak Cik.

    ReplyDelete
  44. Salam Uncle

    Selamat ulang tahun uncle...Semoga uncle sentiasa sihaat walalfiat..

    Sup kepala kambing...sedap tue

    ReplyDelete
  45. W'salam blogger ~0~

    Terima kasih banyak-banyak di atas doa dan ucapan.

    Sup kepala kambing memang sedap tetapi uncle makan sikit ajer demi kesihatan. Kawan-kawan bantai habis dua biji kepala cecah roti.

    ReplyDelete
  46. hehe.. maaf ler lambat sgt ucapkan selamat kat pak Din..bz meniaga & lama tak blogging ni..selalunya tu cuma sempat baca entri orang jer.

    SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PAK DIN...MOGA BERBAHAGIA SELALU...DIBERKATI REZEKI, ILMU, AMAL & USIA...+ SIHAT & SENANG HATI SELALU.

    ReplyDelete
  47. Salam Hanz

    Walau pun hanz kata hanz terlambat, Pak Din cukup berterima kasih dan amat mengahargainya. Pak Din faham kita sama-sama sibuk dengan hal kehidupan masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi di atas ucapan dan doa hanz terhadap Pak Din. Pak Din juga doakan agar Hanz berjaya dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa