Sunday, August 2, 2009

Nafsu

Kesian manusia, kerana nafsu fikiran menjadi kelabu otak menjadi beku

Kerana nafsu manusia gagal mengetahui Zalim dan Adil
Kerana nafsu manusia gagal menilai Buruk dan Baik
Kerana nafsu manusia gagal mengenal Hitam dan Putih
Kerana nafsu manusia gagal menghakimi Haq dan Bathil
Kerana nafsu manusia gagal memahami Bijak dan Bodoh
Kerana nafsu manusia gagal mendalami Iman dan Fasik

Dalam komen saya di blog ISA, saya katakan:

Di kalangan kita ada 3 perkara menjadikan manusia hina

1. Manusia Alim/Ilmuan tetapi kedekut dengan Ilmunya
2. Manusia bodoh yang tidak mahu belajar
3. Manusia yang diberikan amanah tetapi tidak bertanggung jawab terhadap amanahnya

Fikir dan nilailah sendiri adakah kita juga termasuk di dalam golongan ini?

12 comments:

  1. Salam sejahtera Uncle,

    Di pagi Ahad ini, penulisan Uncle byk ertinya.

    Sekian,
    Edward

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Saya berasa teramat sedih melihatkan senario yang berlaku kebelakangan ini.

    Demi dunia mereka2 itu, sanggup mengadaikan akhirat.

    Entry ayahanda memberi mesej yang cukup jelas kepada insan yang mahu berfikir.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. jangalah kita tergolong dalam manusia hina ini

    ReplyDelete
  4. Hina tu ukurlah dari sudut pandanganNya, Allah sbb kita orang Islam.. untuk yg agama lain, mungkin lain ukuran dia. Maka betul ler 3 perkara yg Uncle Din kata tu.

    Orang boleh saja kata seseorang tu hina kerana dia miskin, tapi jika benar akhlak simiskin,ada pula kelebihan ilmu tertentu, akidah dia tepat maka dia tak hina pada Allah..jadi biarkan ler orang nak kata orang cam simiskin tu. Masa dia akan tiba menuai ganjaran baiknya. Mungkin d dunia lagi dah diberi, pastinya d akhirat dia dapat juga.

    Sebaliknya jika orang tu kaya raya sekalipun & sentiasa dipuji,disokong ramai orang tapi sebenarnya dia buruk akhlaqnya,punya ilmu yg sesat lagi akidahnya salah,maka dia ni hina pada Allah..tunggu masa saja dihina, diregut segala apa dia ada, d dunia mungkin mati dlm keadaan hina, d akhirat pasti diazab lagi berat.

    ReplyDelete
  5. Perlu renungan bersama...

    Makin berilmu makin banyak tanggungjawab yang terpikul di bahu...

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera Edward.

    uncle menilai dari pandangan dan pengalaman uncle semoga boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda ISA

    Satu masalah besar sebahagian dari kita adalah berfikir secara songsang. Kita belajar lain tetapi faham lain. Kekadang fikiran dan gerak hati yang dikuasai nafsu akan bertentangan.

    memang susah untuk dijelaskan dengan perkataan.

    ReplyDelete
  8. a kl citizen

    Berbaktilah semampu mungkin untuk manusia dan agama semoga kita tidak akan jatuh di dalam kategori hina.

    ReplyDelete
  9. Hanz_Azdi.

    Ulasan Hanz semuanya betul. Dan itulah hakikatnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Rashid

    Betul Rashid. Sebenarnya Rashid sedang berbakti melalui ilmu yang Allah kurniakan.

    Tahniah Rashid.

    ReplyDelete
  11. Salam MountDweller,
    Untuk jadi mulia atau hina, di dunia mahupun di akhirat, panduan sudah dinyatakan oleh Allah.
    Pilihlah sendiri.

    ReplyDelete
  12. W'salam Dr.

    Betul, Alqur'an sudah cukup untuk menjadi panduan kita. Tetapi berapa keratkah di antara kita yang berusaha untuk memahami Al'quran dan beristiqamah dengan ajarannya?

    Kadang-kadang ada timbul rasa kesihan, ada manusia yang bertungkus lumus mempelajari Agama, tapi bila berhadapan dengan nafsu (kepentingan peribadi) mereka gagal memilih antara Iman dan Fasik, mereka gagal menilai dengan akal bahkan akan mengikut kata hati yang terpengaruh dengan bisikan Syaitan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa