Wednesday, September 16, 2009

Along Tak Pulang Raya


Sedih dan terkilan. Along tidak dapat cuti beraya di rumah bersama keluarga.

Inilah pengorbanan yang dilakukan untuk negara. Inilah juga pengorbanan kami.

48 comments:

  1. Salam Tuan,

    Jangan risau, kami doakan dia selamat dan selepas bertugas, insyaAllah dia masih ada masa untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta.

    Dari saya, selamat hari raya kepada semua. Pada kakak, jangan nangis kalau anak tak pulang, abang kan ada.

    maaf zahir batin dari saya sekeluarga.

    Salam
    Radenjowo

    ReplyDelete
  2. salam pakdin,
    memang terasa kekurangan. adik aku duduk sabah, balik cuma bila cuti sekolah ujung tahun.
    suruh tukar kesemenanjung, tak best katanya. dia suka mendaki, scuba, hutan.. kat semenanjung port kurang kot..
    apa2 pun selamat hari raya buat pakdin dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    Pengorbanan demi Negara dan Keluarga.

    Pasti terasa kekurangannya di pagi raya nanti, apa pun tabahkan hati, insyallah mungkin ada hikmahnya.

    Selamat Aidil-Fitri

    Kepada Uncle/Auntie serta keluarga, saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan, selama berinteraksi di alam siber ini.

    ReplyDelete
  4. doalan buat along...moga ceria selalu....raya tetap raya...

    ReplyDelete
  5. Pakdin, Insya-Allah, Along tetap dapat pulang bercuti, biarpun tak dpt bersama Pakdin dan isteri pada 1 Syawal. Mungkin gilirannya diberi kepada orang lain yang 'lebih memerlukan'..

    Rakan setugas saya di sini, yang suaminya tak dapat cuti kerana bertugas sebagai tentera laut, mencuka dua tiga hari ni. Bila ditanya, "Raya di sinilah dulu, tak balik kampung, suami tak dapat cuti awal, lepas raya baru balik."

    Itulah pengorbanan para tentera kita, Pakdin.

    Usahlah menjeruk rasa, Insya-Allah kegembiraan menyambut 1 Syawal tetap ada.

    Moga Pakdin dan isteri sentiasa dalam rahmat Allah.

    Selamat menyambut lebaran 1 Syawal. Mohon ampun maaf jika ada tersalah kata dan bahasa.

    Saya balik kampung di rumah mertua awal pagi esok ke Terengganu. Tolong doakan perjalanan saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  6. sudah takdirnya begitu.. isk..isk..isk

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Din,
    sudilah terima kad raya saya n family.Silalah ke blog saya

    ReplyDelete
  8. W'salam Radenjowo

    Terima kasih di atas doa Wak untuk Along dan kami. Memang Along akan balik juga pada Raya Haji nanti.

    Mamanya tidaklah sedih sangat cuma ada rasa terbuku di hati. Maklumlah seorang ibu.

    Selamat Hari Raya kepada Wak dan keluarga.

    ReplyDelete
  9. W'salam aku.

    Memang mengikut kawan-kawan kaki hutan dan bukit seronok di sana. Hidangan hobi ada di mana-mana.

    Adik aku ni tentunya seorang guru.

    Selamat Hari Raya buat aku. Tahun ni, adik aku balik tak?

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    Ya anakanda kami faham pengorbanannya demi tugas dan negara dan sudah pastinya kami merelakan walau pun dengan hati yang agak berat.

    Selamat Hari Raya semoga semuanya bahagia. Kami juga memohon maaf daripada Isa sekiranya ada patah bahasa yang tidak menyenangkan. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. paklang ca

    Terima kasih paklang ca di atas doa. Selamat Hari Raya buat paklang ca dan keluarga.

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog kerdil ini.

    ReplyDelete
  12. Salam sdr. Brahim.

    Rupanya orang rumah saudara berasal dari Terengganu. "Ya Allah selamatkanlah perjalanan saudaraku ini pergi dan balik, amain ya Rabbal alamiin".

    Along hanya boleh balik pada Raya Haji nanti. Kami memang rela dengan keadaan dan menyanjungi pengorbanannya. 1 syawal tetap akan datang dan kita tetap meyambutnya dengan ceria dan gembira.

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  13. mr edz.

    Satu ungkapan yang paling jitu. Terima kasih dan Selamat Hari Raya buat mr edz sekeluarga.

    ReplyDelete
  14. W'salam anak muallaf

    Terima kasih. Insya Allah saya akan ke sana nanti.

    Selamat hari Raya untuk anak muallaf dan keluarga. Mohon maaf di atas segala.

    ReplyDelete
  15. salam i'd fitri
    ade makcik lebih kurang 1430 dulu dia x sedih anak2 dia pegi bjuang...
    seronok plak tu...

    ReplyDelete
  16. W'salam KUNYiiL.

    Mak Cik yang ada tiga orang anak tu ye?

    Tapi dia tetap menangis bila sudah tidak ada anak untuk disumbangkan!
    Berbahagialah Mak Cik itu.

    Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga untuk KUNYiiL dan keluarga.

    ReplyDelete
  17. Sabar saja Pak Din...lumrah dunia. Pengorbanan anak pada dunia kerjayanya..pengorbanan ayahanda bonda menanti sambil doa mengharap perlindunganNya atas keselamatan buat anakandanya.

    Sedih tu pun perasaan lumrah atas sesuatu yang menyentuh jiwa kita atau apa jua difikirkan. Sebaiknya kita serah jiwa kpd-Nya agar beroleh ketenangan, kesenangan jiwa. Moga kita sama-2 berolehnya di akhir Ramadhan ini. We can't always get all what we want.
    Having said that, we always want what we can't have. Just one at a time. InsyaAllah!

    SELAMAT MERAIKAN HARI RAYA FITRAH ..SALAM AIDILFITRI buat Pak Din Sekeluarga.

    ReplyDelete
  18. moga along tidak dilanda emosi ketika hari raya nanti

    ReplyDelete
  19. Salam MountDweller,
    Usah sedih tuan. Anak tak dapat balik kerana tugas negara. Suatu pengorbanan yang patut dibanggakan.
    Itulah Fardhu Kifayah. Bukan perkara kecil.
    Selamat Meraikan Aidil-Fitri. Semoga Ceria dan Bahagia serta mendapat keberkatan. Ain!.

    ReplyDelete
  20. salam.. nih thn petama saya tak balik kg.. suami bertugas (TLDM)
    terasa sedih sudah.. tp ape nak wat.. demi Negara,,

    ReplyDelete
  21. Hanz

    Pak Din faham tentang pengorbanan kerana kepentingan negara atau kerjaya terpaksa dilakukan dan diterima oleh semua yang terlibat.

    Memang semua kehendak tidak akan terpenuhi. Kita tidak akan dapat semua dan tidak akan tercicir semua. Pak Din tetap bersyukur. Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan nikmatNya.

    Insya Allah kami akan tetap gembira dan meraikan raya seperti biasa.

    Terima kasih Hanz. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat Hanzdan keluarga.

    ReplyDelete
  22. Mak Su

    Rasanya Along akan ok. Tetapi inilah kali pertama kami beraya tanpa kehadiran Along.

    Cuma Mamanya ada juga merungut tapi bagi saya biasalah sebagai seorang ibu.

    ReplyDelete
  23. W'salam flymummy.

    Sabarlah kerana tuntutan tugas dan amanah negara.

    Along pun inilah tahun pertama dia tidak beraya bersama kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  24. W'salam Dr.

    Kerana menyedari Fardhu Kifayahlah hati terubat dan merelakan malah ada terselit kesyukuran kerana salah seorang yang menanggung amanah fardhu kifayah itu adalah anak saya!

    ReplyDelete
  25. Salam pak din...

    Insya Allah raya Qurban nanti dia akan cuti panjang... kita berusaha...

    ReplyDelete
  26. W'salam Anon

    Harap-harap begitulah. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  27. Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

    Walauapepun....

    Ampun maaf daripada kami andai...

    TERkasar bahasa
    TERsilap pukul
    TERambil barang
    TER'pau' duit
    semua TER2 yang lain

    Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
    Naruto Sensei & baginda®

    ReplyDelete
  28. salm uncle..
    semuga uncle besabar dan tetap ceria di aidilfitri. insya allah pengorbanan uncle akan dibalasNya.
    sya pn kna bekerja jg ttp brnasb baik bkerja di kg sendiri.
    Selmat Hari Raya Aidilfitri utk uncle sekeluarga

    ReplyDelete
  29. salam...tuan,

    jasa anak tuan pada negara sangat bernilai sekali..

    saya doakan beliau tabah dalam menjalankan tugas demi negara.

    saya bangga dengan beliau.

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    anaklaut-

    ReplyDelete
  30. Salam sahabat,

    Bersabarlah. Anak akhi menjalankan tugas. Nanti dia pulang juga.

    Pak Sheikh ucapkan Selamat Hari Raya buat akhi dan famili. Semoga bahgia dan dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  31. Salam id fitr

    Mej Hj Ramli Abdul Rahim (Bersara) TUDM
    Mantan Pegawai Perhubungan Akhbar TUDM
    Kementah

    ReplyDelete
  32. salam ayahanda.

    kedaikopitepimasjid.blogspot mengucapkan selamat hari raya eidul fitri. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  33. ERA PASCA & naruto

    Terima kasih di atas lawatan dan ucapan.

    Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maafkanlah segalanya. Terutama kalau ada yang terpukul dan terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  34. leiah.

    Selamat Hari Raya leiah. Nasib leiah baik, walau pun tak dapat cuti tetapi berkerja di tempat sendiri. masih ada ruang bersama keluarga.

    Bagi diri uncle tidaklah bermasalah dan memendam perasaan, malah rasa bangga pula kerana anak uncle berbakti di kala orang lain bercuti. Cuma ibunyalah yang memendam rasa dan menangis. Biasalah kan, seorang perempuan dan ibu.

    ReplyDelete
  35. armouris.

    Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  36. W'salam anaklaut.

    Terima kasih di atas nasihat dan ucapan selamat.

    Saya faham dan bangga dengan pengorbanan anak saya cuma ibunya yang menitiskan air mata bila membaca kiriman Kad Raya dari anaknya.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan untuk anaklaut.

    ReplyDelete
  37. W'salam Tuan sheikh.

    Terima kasih dan saya juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semoga perjuangan tuan beroleh keberkatan dan sentiasa di dalam keredhoanNya.

    ReplyDelete
  38. W'salam Mejer

    Terima kasih di atas lawatan. Insya Allah saya akan singgah di blog tuan.

    ReplyDelete
  39. W'salam anakanda akira®.

    Terima kasih dan ayahanda juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri semoga ibadah ramadhan kita di restui Allah dan menerima keberkatanNya.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum semua sahabat.

    Maafkan saya kerana agak lambat untuk menjawab komen dan ucapan sahabat semua.

    Sebenarnya sejak dari 18 Sept. streamyx di rumah saya buat hal dan dapat ekses internet. Hari ini saya mula masuk kerja dan terpaksa menjawab komen dan ucapan saudara-saudari ini menggunakan talian haram(pejabat punya.

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

    MAAFKAN SALAH DAN SILAP.

    ReplyDelete
  41. W'salam sakura

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf di atas salah dan silap. Zahir dan batin.

    Terasa kekurangan kemeriahan di blog bila sakura menghilang. Saya doakan sakura bahagia dan berjaya selalu.

    ReplyDelete
  42. Dia bertugas la tu, saya faham sangat tentera ni, hantar sajalah kuih raya

    ReplyDelete
  43. Selamat hari raya untuk Pak Din sekeluarga. Maaf zahir bathin.

    Tak apala... tahun depan balik le tu... dah tugas.

    ReplyDelete
  44. PakKaramu

    Selamat Hari Raya. Saya pun faham macam mana tungasnya. Cuma yang sedih sikit, Mamanya menagis bila membaca Kad Raya dari Along

    ReplyDelete
  45. Sdr. Demang.

    Ucapan Selamat Hari Raya juga dari saya dan keluarga buat Demang sekeluarga semoga dilindungi dalam RahmatNya.

    Bagi saya tidaklah terasa sangat bila Along tidak dapat balik sebab adiknya memang ada di sini, tambahan pula ramai adik beradik dan anak buah di rantau balik. Jadi agak meriah jugalah. Terkilan tu tetap ada. Sebab itu adalah anak. Tapi kerana tugas terpaksalah merelakannya.

    ReplyDelete
  46. Salam shaniza dan cucutoknor,

    Terima kasih kerana sudi menjadi follower blog nyamuk ini.

    Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  47. SALAM TUAN,

    APAPUN TUAN BERUNTUNG, ALONG TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA NUSA DAN BANGSA. JUSTERU KEHIDUPAN REMAJANYA PENUH BERMAKNA DAN TIDAK SIA2. 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

    ReplyDelete
  48. W'salam sdr. kulat

    Terima kasih di atas kata-kata semangat itu. Saya menghargainya.

    Selamat Hari Raya juga untuk saudara dan keluarga semoga bahagia selalu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa