Friday, September 11, 2009

Begini Nasib Kita

Adakah Ahli Politik kita berpolitik kerana kepentingan politik atau pun politik berkepentingan? Apa yang saya nampak ialah perlakuan politik yang berlebihan di kalangan Ahli Politik kita. Bila ini berlaku rakyat terabai.


Politik adalah jalan ke puncak kuasa pemerintahan. Bila kuasa pemerintahan sudah dikuasai maka sepatutnya mereka pentingkan pentadbiran negara. Bekerja dan berfikir untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Tapi nampaknya di negara ini tidak begitu. Ahli Politik seolah-olah berpolitik 25 jam sehari. Bilakah masanya mereka luangkan masa berfikir secara mendalam demi keperluan rakyat yang menaikkan mereka ke anjung kuasa?


Itulah sebabnya kita dapati sebarang keputusan membuat polisi dan sebagainya menjadi separuh masak. Yang paling akhir ialah kenaikan harga minyak. Diubah gred konon. Tapi bila disoal, jawapannya berbelit-belit. Apalah malangnya nasib kita sebagai rakyat marhaen.


Kalau di negara maju Kerajaan dan Pembangkang boleh duduk berbincang semeja untuk kepentingan rakyat. Mereka berpolitik ada hadnya. Di negara ini tidak begitu jadinya. Pembangkang dan Kerajaan bertelagah 24 jam. Memaki hamun tidak kira masa dan tempat, hatta di bulan Ramadhan sekali pun. Mereka seolah tidak kenal dan tidak cukup waktu.


Pilihanraya di adakan 5 tahun sekali untuk menentukan kuasa pemerintahan. Sepatutnya di masa inilah saja mereka bertelagah dan berpolitik. Sesudah sah kuasa digenggam sepatutnya otak dan tenaga mereka tertumpu kepada pemerintahan dan kesejahteraan rakyat.

Itulah sebabnya suasana politik di negara ini tidak pernah tenang dan damai. Ada saja isu dicipta untuk membuka laluan percakaran.


Yang melopong dan menanggung beban adalah rakyat. Belanja hangus politik pun rakyat yang tanggung, berbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah dan rugi pun rakyat yang tanggung. Ini tidak termasuk lagi kerugian yang dialami kerajaan di dalam pelaburan akibat penelitian separuh masak dengan jumlah berbilion. Rakyat juga yang tanggung.


Entah apa nak jadi dengan negaraku Malaysia akhirnya…..

18 comments:

  1. Kuasa.
    kuasa untuk berpolitik
    kuasa untuk bersosial...

    itu asa secara akdemiknya tuan - berdasarkan pemerhatian saya - kesibukan mencatur kuasa sehinggakan kadang2 asas untuk ' bersosial ' diabaikan..

    untuk jangka masa seterusnya : saya harap semuanya kembali kepada asas - Al Quran & Sunnnah - kerana keadaan kita semaki tidak damai...

    ReplyDelete
  2. Betul tu... rakyat dah nah termuntah-muntah nengok peel diorang. Kalau dunia ni akan qiamat 3000 tahun lagi, maka 3000 tahun lagi le diorang akan bertekak. Lepas satu generasi, ke satu generasi.

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    Setuju sangat dengan N3 ini, saya pun kadang2 dah naik menyampah rasanya.

    Semalam (Khamis pagi), saya ada mesyuarat disebuah Syarikat Kewangan di hadiri oleh mereka2 yang arif dalam bidang ini.

    Dalam sesi santai kami berbual berkaitan ekonomi Malaysia, dan hasilnya adalah negatif dan tidak dapat dipastikan jangka pemulihannya.

    Apa yang disembangkan oleh Kerajaan semuanya angka atas kertas sahaja dan hu..hu..hu... banyak lagi yang disembunyikan.

    Panjang kisahnya... semuanya GILA...

    ReplyDelete
  4. Saudara Jinggo.

    Memang politik adalah penerokaan ke jalan kuasa. Tetapi kerana politiking yang berlebihan akan membawa kemusnahan. Kita terlalu terikut-ikut cara politik barat yang sesat sedangkan di dalam Alqur'an dan Hadis kita sudah diajar berpolitik secara Islam. Cara yang dikehendaki Allah. Cara ini kita tinggalkan.

    PAS pada dasar yang saya tahu tidak bersetuju dengan demokrasi moden ala barat tetapi mereka mengamalkan juga. Kononnya itu adalah jalan untuk berdakwah. Tetapi hakikatnya mereka juga mahukan kuasa.

    ReplyDelete
  5. Admin www.morhabshi

    Saya dari dulu tertanya-tanya sehingga bilakah kita akan bekeadaan begini. Nak kata ahli politik kita bodoh tetapi rata-rata mereka berpelajaran.

    Mungkin kerana nafsu dan keghairahan mempertahankan kedudukan agaknya mereka jadi begitu.

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Nampaknya mereka berpolitik demi survival kuasa dan perut masing-masing. Segala kelunakan yang diwar-warkan adalah separuh benar. Hakikatnya kita tertipu.

    Bayangkan selepas negara merdeka 52 tahun masih ada lagi rakyat yang minum air dari parit dan berpelita minyak di dalam sebuah negara yang digambarkan sebagai makmur dan aman damai. Damaikah rakyat yang sebegini hidup mereka?

    ReplyDelete
  7. Salam MountDweller,
    Maaf, bukan hendak memperlekehkan negera sendiri. Saya rasa tenang dan aman duduk di luar negara.

    ReplyDelete
  8. mereka bertelagah, kita yang rebah

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT UNCLE DAN FAMILY.

    ini blog baru T:-
    http://watiyusof.blogspot.com

    Uncle dan Auntie jaga kesihatan ye!
    Selamat berhujung minggu.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  9. W'salam Dr.

    Memang memelikan, mereka tidak pernah mengistiharkan gencatan senjata.

    Seingat saya perkara ini semakin parah selepas era Tun Hussein Onn.

    ReplyDelete
  10. T,

    Dah balik ke Kelantan ke?

    Kalau mereka bertelagah tidak mendatangkan kerugian tak apalah. Tapi pertelagahan mereka menyebabkan rakyat rugi, negara tidak tenteram.

    Insya Allah uncle akan ke sana nanti dan terima kasih doa dan peringatan.

    ReplyDelete
  11. Salam uncle

    Terasa risau akan keadaan politik negara yang semakin bercelaru. Sistemnya sudah kacau. Mungkinkah simbol orang Melayu dan kekuatan politik Melayu akan hilang? kerna selama ini, bidang ini sajalah yang masih dipegang. Masih ada akarnya. Walaupun akarnya makin goyang..

    Risau kerana melihat akar kekuatan ekonomi dah lama jadi milik orang lain..

    ReplyDelete
  12. semua dah gila dah.. kekekeke.. selamat hari raya

    ReplyDelete
  13. Rashid said.

    Janganlah kerana kerakusan, Melayu hilang kuasa.

    ReplyDelete
  14. mr edz

    Memang kerja yang tidak berkesudahan adalah kerja orang gila.

    Selamat berpuasa dan menyambut Aidul Fitri.

    ReplyDelete
  15. Betul..betul..betul...

    Perkara ini berlaku kerana sudah 52tahun berkuasa tetapi sekarang sudah tidak berapa selesa dan selamat dengan kuasa yg ada..

    kebetulan pula lepas pru ke 12, prk pula berlaku satu demi satu..lepas raya ada lagi..

    Keputusan prk pula sekarang 7-1

    kita hanya mampu merancang..tetapi Allah yang mengatur segala perancangan..Apakah hikmah disebalik kejadian prk?

    Mengapa Allah mengambil nyawa wakil rakyat satu per satu...

    Apakah petunjuknya...
    Apakah petandanya...
    Apakah rahsianya...
    Apakah perancangannya...

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
    Salam Aidilfitri...
    Maaf Zahir dan Batin...

    ReplyDelete
  16. Sdr. Din

    Apakah yang dimaksudkan seperti mana kata orang tua "Panas Bontot"

    Apa yang saya nampak adalah Allah mahu celikkan rakyat. Lagi banyak bercakap lagi banyaklah silap dan bohongnya.

    "SELAMAT HARI RAYA"

    ReplyDelete
  17. tu lah kalau dah lama sgt berkuasa penyudahnya dia buat apa saja yg dia suka bukan difikirkan tentang kesejahteraan rakyat jelata tapi yg difikir ialah macam mana kau nak tambah lagi harta.

    Buah kelapa bila dah cukup masak akhirnya dai akan gugur juga, ni bukan saja masak ranum, dah busuk berulat masih nak duduk kat atas tu gak. kita bukan heran pasal dia nak duduk kt atas tu tapi kalau dh mula busuk bykla sakit dia, takut nanti penyakit tu kena habis satu pokok tumbang.... elok2 pokok tu menghasilkan berbuah silih berganti kerana sikap dan kedegilan akhirnya tumbang semua.

    ReplyDelete
  18. Muraisenja.

    Pokok-pokok yang lama bukan saja menhbaiskan baja dengan hasil yang kurang bahkan menjadi liability pula pula.

    Memang elok benar kalau digantikan dengan pokok yang baru dengan hasil yang baik dan memberikan naungan yang dteduh serta menyejukkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa