Wednesday, September 30, 2009

Ribut Luar Biasa Di KB

Lebih kurang jam 3.20 petang tadi saya ke AM Bank Kota Bharu menyelesaikan sedikit urusan. Ketika saya ingin menyeberang Jalan Ibrahim ke tempat saya letakkan kereta dengan secara tiba-tiba ribut melanda. Pada mulanya saya ingatkan ribut biasa. Jadi saya hanya berdiri di atas pembahagi jalan sambil memandang ke arah datangnya ribut. Tapi makin lama ribut menjadi semakin kuat dengan membawa pasir dan apa saja berterbangan menerjah muka saya. Pedih dan perit rasanya. Kerana tidak tahan dengan kepedihan dan sukar membuka mata, saya pusing membelakangkan arah ribut namun belakang dan punggung saya pula kepedihan walau pun beralaskan baju dan seluar. Rasanya seolah saya akan diterbangkan. Suasana menjadi kelam dengan dengan debu.

Di dalam saya berdiri itu, saya terfikir sekiranya ada zink atau benda-benda bahaya diterbangkan ribut akan menghentam belakang saya tanpa saya sedari kerana membelakangkan arah ribut. Saya cuba berpusing tetapi tidak tahan dengan tiupan angin yang kencang dengan membawa pasir, debu dan apa saja yang ringan. Saya berlari kembali ke tepi jalan sebelah sini dan berlindung di sebalik pum machine di Shell Station bersebelahan dengan bank. Sejurus saya di situ baru saya perasan, hanya saya keseorang di situ. Semua pekerja pam sudah lari berlindung di dalam bangunan pejabat sambil memerhatikan saya semacam kehairanan. Saya berdiri berlindung di situ sambil memerhatikan kereta yang saya parking di seberang jalan dengan bimbang dahan runtuh atau pokok tumbang kerana memang saya letakkan di bawah satu pokok yang agak besar.

Apabila kekuatan ribut agak berkurangan sedikit dan hujan pun mula turun rintik-rintik, saya berlari semula menyeberang jalan dan terus ke kereta serta memandu secepat mungkin beredar dari bawah pokok itu menghala ke pejabat. Dalam perjalanan ke pejabat hujan turun cukup lebat dan ribut masih lagi menggila. Dahan pokok dan signboard yang tertanggal bertaburan di atas jalan raya. Sesampai di pejabat, saya lihat laman pejabat pun bersepah dengan sampah dan dahan pokok yang patah di bawa angin. Hujan masih lebat tetapi ribut sudah reda. Alhamdulillah saya dan kereta saya selamat.

Apabila saya masuk ke dalam pejabat saya ditegur "Eh kenapa Abang Din nampak pelik?" Barulah saya sedar rupanya muka saya kotor dengan debu, rambut saya penuh dengan pasir dan di dalam baju juga di masuki pasir!

Inilah kali pertama saya berada di dalam ribut yang sebegini kuat.

30 comments:

  1. Salam Tuan,
    Alhamdulillah Tuan Selamat.

    ReplyDelete
  2. W'salam sdr.

    Terima kasih. Dan syukur kehadrat Allah.

    ReplyDelete
  3. agaknya tempias ribut tropika yg membadai vietnam baru2 ni. kat sabah memg biasa kalau ribut di filipina, sabah akan merasa tempiasnya. syukurlah pakcik nda apa2.

    ReplyDelete
  4. Tmpt along pun ribut kuat gak 2ari lepas...laut dh nampak cam air terjun dh, tu baru kt jeti, kat tgh laut tu tatau la mcm mane rupenyer....kapal yg berikat kt jeti ni pun dh mcm nk terlepas dh....angin kuat semacam....ni penangan ribut ketsana la kot...

    ReplyDelete
  5. Salam MountDweller,
    Alhamdulillah anda selamat!
    Ribut luarbiasa ini mungkin akan berulang dalam masa 50 hari.

    ReplyDelete
  6. paloi bin mulau

    Biasanya kalau ribut atau banjir di filipina atau vietnam, pantai timur di semenanjung akan merasa tempiasnya. Sabah dan Sarawak pak cik tak tahu.

    Tadi petang pak cik tak apa-apa.

    ReplyDelete
  7. baduk

    Ini bermakna semua kawasan di persisir pantai mengalami landaan ribut tadi.

    ReplyDelete
  8. Along

    Kat sini agak teruk tadi dan khabarnya ada yang mati kena hempap pokok di pantai kawasan Bachok.

    Papa harap Along berhati-hatilah ketika di pantai atau pelabuhan. Papa rasa memang tempias ketsana di filipina.

    ReplyDelete
  9. W'salam Dr.

    Kalau begitu kita di sini kena berjaga-jaga dan berwaspada. Terima kasih di atas info.

    Petang tadi walau pun saya berada di tengah laluan ribut, alhamdulillah saya tidak apa-apa.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Alhamdulillah saudara selamat.Perubahan cuaca global tidak dpt dijangka.Gempabumi di Indonesia semlm juga tidak dijangka.Puluhan mati di Samoa Island blm lagi reda.Banjir dan tanah runtuh di Filipina blm lg pulih.
    Alhamdulillah saudara dipilih Allah untuk melihat kebesarannya life..

    ReplyDelete
  11. salam encik,

    yg pasti kita lihat semua itu dari sudut mata hati..

    ReplyDelete
  12. nasib baik tak dok ka'ro buruk hok berlaku


    syukurrr

    ReplyDelete
  13. Salam PakDin,

    Alhamdulillah PakDin selamat.. ambo ada called ayah ambo di TM. Dia kata belah situ tak seteruk KB & Bachok.

    Baru tempias tu .. kalu full force ketsana tok tau la guana des ..

    Maha Kuasa Allah swt.

    ReplyDelete
  14. W'salam anak muallaf.

    Bencana adalah peringatan Allah kepada kita.

    Saya juga merasakan untungnya berdiri di tengah-tengah ribut tetapi malangnya camera yang sememang ada di dalam kereta telah dibawa masuk ke rumah pada hari sebelumnya. Maka terlepas saat-saat itu.

    ReplyDelete
  15. Salam kakcikseroja.

    Terima kasih kerana sudi menjengah dan tinggalkan jejak.

    Ya, syukurlah saya selamat tetapi rasa beruntung pun ada kerana berada di tengah-tengah amukan ribut. Dapat merasainya.

    ReplyDelete
  16. W'salam blueCITY.

    Benar kata-kata blueCITY. Kita harus jadikan iktibar.

    ReplyDelete
  17. syukur tuan dan kereta tuan selamat. semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka yg lebih besar.

    ReplyDelete
  18. pB

    Alhamdulillah, saya ok dan kereta saya pun tidak apa-apa

    ReplyDelete
  19. W'salam pacoksiku.

    Pak Din ok, alhamdulillah.

    Rupanya di TM pun kena. Pak Din ingatkan ribut berlaku hanya di kawasan persisir pantai saja.

    Along kata kat Sabah pun 2 x 5 juga.

    ReplyDelete
  20. salam pakdin,
    maha perkasa tuhan..

    ReplyDelete
  21. Asslamualaikum Saudara Mountdweller dan belum terlewat untuk beri Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin jika ada taipan yang tidak menyenangkan selama ini.

    Alhamdulillah Saudara Selamat, itu yang paling mustahak dan saya berharap tiada siapa yang cedera atau mengalami apa-apa kerugian.

    ReplyDelete
  22. W'salam aku

    Segala yang berlaku memang di atas kekuasaan dan kehendakNya. Bagi kita hanyalah insaf,Syukur dan tawadak.

    ReplyDelete
  23. Sdr. al-lavendari.

    Syukur sememangnya sentiasa di hati. Kita sebagai hambanya terima apa saja takdir dengan redha dan berdoa. Terima kasih al-lavendari.

    ReplyDelete
  24. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Selamat Hari Raya juga untuk puan sekeluarga. Saya pun sama memohon maaf dari puan di atas kemungkinan apa-apa tulisan saya yang menyinggung atau kurang berkenan di hati puan.

    Bagi saya, jauh dilubuk hati saya sentiasa terbuka dengan kritik dan teguran. Begitu juga sekiranya saya menegur baik secara langsung atau tidak langsung adalah ikhlas dari segi pandangan peribadi saya. Niatnya hanya satu, iaitu supaya kita sentiasa di dalam beringat dan selamat dunia akhirat.

    Kita manusia dijadikan sebagai makhluk yang serba kekurangan perlu ditegur dan menegur. Itu jugalah kehendak Allah dan Rasul.

    Teguran puan selama ini juga saya terima dengan renungan mata hati, bukan dengan perasaan/emosi atau nafsu. Dan saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada puan.

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah, pak din sihat selamat.
    kejadian ribut di kelate ni terjadi kebetulan semasa dunia tgh dilanda bencana

    1. taufan di vietnam
    2. tsunami , taufan di lautan pasifik
    3. gempabumi di indonesia

    kelate baru kena tempias jah.

    semuanya ada hikmah, kerana negeri kelate ni negeri yg dirahmati allah.dilindungi rakyatnya.

    ReplyDelete
  26. Salam Rakyat Kelantan Darul Naim.

    Walau pun kita hanya kena tempias, namun mengikut berita banyak juga rumah yang roboh dan ada kematian.

    Walau apa pun kita harus bersyukur kerana tidaklah seteruk bencana di negara lain. Nampaknya kalau kita terus alpa dengan amaran Allah, kita akan dimurkai dan kemungkinan balasan Allah akan berlaku.

    ReplyDelete
  27. saya agak ribut yang berlaku baru2 ini adalah berpunca daripada ini...sila baca petikan utusan ini.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm

    -garden

    ReplyDelete
  28. Salam garden.

    Saya gagal capai link yang saudara berikan di atas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa