Friday, October 30, 2009

Entity Asing?

Jam 1.15 pagi : Kami bertolak ke lokasi yang dikatakan Langsiur selalu muncul termasuk seorang yang telah diganggu dan seorang Bomoh/Dukun Hantu

Jam 1.40 pagi: Kami menunggu di lokasi sambil menghalakan kamera ke segenap arah dengan harapan dapat menangkap sesuatu yang berada di sekitar. Keadaan malam yang sunyi dan sejuk menebalkan harapan kami.

Jam 2.00 pagi: Masih tidak ada apa-apa yang menarik perhatian kami. Tapi kamera masih lagi dihalakan ke segenap arah.

Jam 2.30 pagi: Saya bersendirian merayau di satu lorong sunyi dan gelap di sekitar tempat itu dan saya menangkap sesuatu yang muncul di depan camera. Apa yang saya rakam adalah seperti gambar di bawah

Tompok-tompok di dalam gambar di bawah bukannya kesan jari pada lens camera tetapi sesuatu yang ada disekitar.

Juga gambar di bawah

Gambar di bawah pula adalah gambar di kawasan yang sama
tetapi tidak ada apa-apa yang ditangkap dan kelihatan kosong.


Di bawah ialah tompok-tompok cahaya yang saya besarkan

Mengikut Bomoh yang ikut serta, tompok cahaya ini adalah
satu aura entity asing dalam bentuk asal. Tanpa jelmaan.
Mengikut kata Bomoh itu, entity berkenaan tidak menjelma
dan menzahirkan diri kerana takutkan saya.
Wallahu Aklam!


Walau bagaimana pun saya masih tidak berpuas hati dengan
apa yang saya lihat malam tadi. Saya akan ke sana lagi
berseorangan untuk mencari kepastian.


Insya Allah jika ada apa-apa perkembangan nanti
saya akan ceritakan di n3 yang lain.

Di bawah pula saya uploadkan gelagat Pontianak yang berlaku di satu bangunan di Kota Bharu. Rakaman ini sempat dirakam oleh seorang Jaga yang bertugas di situ pada satu malam.
Rakaman ini saya mendapat secara terus darinya

32 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Langsiur pun sokong parti Bulan ke,,,?

    Patut le... berkocak PAS di buatnya... ini langsiur dari geng erdogan atau UG

    Adoi.... saya tak tahan nak ketawa bila tengok gambar yang terakhir sekali.

    Bulatan putih tu dah betul, cuma sekelilingnya tambahkan warna hijau... sebijik kan...

    ReplyDelete
  2. ish ish beraninya tuan ni ... orang lain nak lari, tuan pergi cari !

    ReplyDelete
  3. :) tangkap gambo pun dah ok dah tu Pak Din...kan ker sakit tangan algi tu..cer bawak berehat kat rumah aje Pak Din..biorkan deme tu aje tangkap jelmaan antu tu ...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam ayahda,Kalau tak salah saya org putih panggil benda tu "orb"
    Isa,saya setuju dgn anda,hantu pun dah ada yng menyusup dlm PAS ha ha ha..

    ReplyDelete
  5. pB

    Suasana sebenarnya tidak menakutkan sangat

    ReplyDelete
  6. zX

    Pak Din pun masih tidak puas hati

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa

    Gambar itu memang ori begitu. Ayahanda hanya membesarkan dan mencerahkan saja. Tidak diedit.

    ReplyDelete
  8. al-lavendari

    Saya memang mahu dia menjelma dan nak sangat tahu adakah benar seperti yang orang tu jumpa.

    ReplyDelete
  9. mr edz

    Uncle pun tak tahu. Tapi mengikut wartawan yang ikut serta memang rupa bentuk asalnya begitu.

    ReplyDelete
  10. Hanz

    Semangat ingin tahu mengatasi kesakitan.

    Sepatutnya segala persoalan dapat dipecahkan supaya berpuas hati.

    ReplyDelete
  11. W'salam ijoks2009

    Kalau ikut orang putih memang disebut "orb" (bulatan) tapi tidak ada pula satu istilah dari orang yang mahir tentang itu bagi bahasa melayunya.

    Hantu dalam PAS tu dah menjelma, senang nak kenal!

    ReplyDelete
  12. Gambar entiti bulat tu seakan2 sama dgn gambar yg di ambil di arafah yg saya pernah publish dulu
    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/06/misteri-di-arafah.html

    ReplyDelete
  13. ijoks2009

    Ayahanda sudah ke link itu dan memang serupa. Adakah mereka dari kalangan Jin?

    ReplyDelete
  14. ijoks2009

    Ayahanda cuba terangkan dan besarkan gambar yang di Arafah itu dan dapati mempunyai struktur yang sama

    ReplyDelete
  15. Salam Ayahanda,

    Wow... video klip tu nampak real...

    ReplyDelete
  16. Subhanallah..kenapa watchman tu tak rakam sampai mana makhluk tu pergi..Kalau hantu ni menyusup masuk dalam PAS lagi hancusss..

    ReplyDelete
  17. W'salam anakanda Isa

    Memang real. Jaga tu sumpah yang dia sendiri yang rakam walau pun di dalam ketakutan.

    ReplyDelete
  18. anak muallaf

    Jangan risau sangat, PAS tidak akan hancur tetapi kemungkinan hilang populariti buat seketika sekirangan Hantu dan Polong yang menumpang tuah tidak dinyahkan ke laut atau ke gunung.

    Sebenarnya Jaga itu pun merakam di dalam situasi berani-berani takut. Nasib baik tidak menggigil. Kalau tidak gambar pun hancus

    ReplyDelete
  19. bangune mano tu Pak Din ... seram molek hahah..

    ReplyDelete
  20. salam..tuan,


    tuan seorang yang hebat..saya kagumi tuan..:)

    tq singgah anaklaut blog..:)

    ReplyDelete
  21. Salam anaklaut

    Terima kasih. Tetapi hanya Allah yang Maha Hebat.

    ReplyDelete
  22. kemungkinan reflek cahaya dari partikel air/embun.. sebab gambar pun diambil waktu 1 pagi.. cuba Abe Mountdweller ambil gambar diwaktu awal malam.. 8-9 malam ke.. hehe sajo jah raso nok tau jugok..

    ReplyDelete
  23. salam Abe Mountdweller.

    kemungkinan reflek dari partikal air embun pagi kot..hehe saya agak2jah.. try Abe ambil gambar dalam pukul 8-9 malam.. ada entity jugok ko maso tu.. hehe..

    ReplyDelete
  24. Saudara,

    Anda masih berpeluang untuk sertai perubatan Islam bersama TG Haron Din. Sila ke website darussyifa' untuk keterangan lanjut. Di sana, kita akan lebih memahami berkaitan perkara ini. Salam.

    ReplyDelete
  25. W'salam Man

    Memang banyak persoalan di kepala. Kesan jari di lens, refleks cahaya lampu atau apa-apa yang menjadikan kelihatan begitu.

    Tetapi bila ijoks2009 memaparkan gambar di amabil Arafah, benda yang sama muncul di dalam gambar. Ini membuatkan keinginan tahu saya lebih kuat.

    Memang kalau diizinkan Tuhan saya akan cuba lagi dan akan cuba merungkai keadaan tersebut. Malam tadi saya ada terniat nak pergi berseorang ke situ, tetapi hujan pula turun.

    Terima kasih di atas cadangan.

    ReplyDelete
  26. Salam the hazim.

    Saya memang ada melawat ke blog itu dan ada juga mengenali seorang dari muridnya di Binjai dan pernah ke rumahnya. Saya juga tahu TG Harun Din memang pakar dan handal di dalam bab Jin dan makhluk ghaib. Cuma peluang untuk bertanya yang menjadi masalah.

    Terima kasih di atas undangan dan menjengok ke sini.

    ReplyDelete
  27. Begitu ya rupanya.. ?? nampak macam ia dapat menembusi .. jalan tanpa kaki..

    ReplyDelete
  28. Rashid

    Nampak macam begitulah tetapi uncle pun tengok dari video ni juga. Sebab rakaman itu di buat oleh Jaga terbabit. Uncle dapat dari seorang wartawan yang mendapatkan terus darinya. Dia bersumpah yang dia sendiri tyang rakam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa