Wednesday, November 4, 2009

Bola Dan Politik

Gambar yang memberikan pengertian dan seribu makna
kepada yang mahu berfikir, permusuhan yang bersempadan
Gambar ini yang membuat hatiku kembang!

Gambar sumber asal dari blog NOBISHA

KAMI IRINGI PASUKAN KELANTAN DENGAN DOA
SEMOGA ALLAH GANDAKAN KEKUATAN
DAN PULANG DENGAN JAYA

Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan kerana
mengistiharkan Cuti Peristiwa pada hari Ahad


Terima kasih Tan Sri Annuar

Kerana membawa Kelantan ke final

16 comments:

  1. salam...tuan,

    saya mengucapkan kepda semua pengurusan bola sepak kelantan, kerajaan negeri kelantan, penyokong-penyokong yang setia yang tidak jemu2 memberi sokongan.

    saya sangat berbangaa kerana kejyaan ini diraih setalah 39 tahun berhempas pulas.

    saya akan ke stadium buat kali ke 2, dulu Final Piala FA, kini datang kembali untuk melihat kejayaan buat kelantan.

    tiket dah beli, jesrsy dan ada satu banner yang saya buat sendiri untuk dibawa ke stadium nanti.

    saya sangat bangga..tuan.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah panjangkan umur Tokguru kita dan semoga pasukan Kelantan pulang membawa kejayaan.
    Gomo kelate Gomo..!!

    ReplyDelete
  3. Setuju !

    Permusuhan apa sekalipun mesti ada sempadan dan semestinya patut 'gentleman'.

    Tapi, when it comes to money, semuanya hancur, dah tak kenal sempadan dan hilang gentleman. Contoh, isu royalti jadi wang ehsan. Biarpun dah terang2 ada agreement, jadi tak ubah mcm sehelai tisu jamban sahaja!

    Kalau la tetiba Tok Guru tanya Nuar Musa pasal royalti minyak masa nih, saya jamin Nuar Musa akan jerut leher Tok Guru dengan muffler tuh ..

    Hahahahha

    ReplyDelete
  4. Salam Pakdin.

    1. Ustaz di tempat saya bertugas, asal dari Bachok, sekarang ni asyik cite pasal Piala Malaysia.

    2. Penjual keropok lekor di Pekan Rabu semalam tinggal sorang sebab kawan baiknya dah balik Kelantan, semata-mata nak beli tiket di Stadium Sultan Mohamad.

    3. Pakdin yang tak pernah posting pasal bola, kini bercerita juga tentang kebanggaan terhadap skuad Red Worrior.

    Sah, semuanya dah demam...

    ..Demam Piala Malaysia.

    Betul Pakdin?

    Tapi saya pun secara peribadi salute dengan skuad Kelantan.

    Saya rasa Kelantan menang 2-1

    ReplyDelete
  5. sukan juga boleh menyatukan semua orang...
    ...walaupun sementara.

    ReplyDelete
  6. biarlah kita selalu boleh satu hati dalam banayak hal...tu baru persaudaraan atau perpaduan Islam. Sukan salah 1 jalan atau kaedahnya. Politik pun seharusnya boleh mendamaikan pihak terlibat pada masa tertentu jika mereka ada jiwa besar maka boleh kompromi dalam keadaan/isu tertentu. Tambahan dalam hal tanggungjawab persekutuan kpd negeri-2 & hak negeri mendapat royalti atau peruntukan wajib dsb.
    Sapa yg nak sangat 'Perpaduan' hari tu? Ni la masanya memberi (salur duit royalti kpd kerajaan Kelantan) demi semangat perpaduan 1Malaysia,kan?

    hehe

    ReplyDelete
  7. W'salam anak laut

    Syabas! sdr. adalah seorang penyokong setia dengan semua penyediaan dibuat sendiri.

    Saudara bangga, saya juga bangga dan rasanya seluruh rakyat Kelantan bangga dan berharap kita akan menjadi juara.

    ReplyDelete
  8. ijoks2009

    Terima kasih di atas doa dan harapan saudara. Semoga semua orang akan gembira.

    ReplyDelete
  9. Pahlawan Merah

    Begitulah biasa permusuhan politik bagi orang politik yang bijak.

    Tentang duit, tentang kuasa, tentang wadah perjuangan akan dihitung di lain gelanggang.

    Betul, kertas perjanjian dan kertas tisu tidak ada bezanya bila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan. Siapa yang berkuasa, dialah juara. Itu hukum politik sekarang. Maruah nyahkan ke tepi.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. Brahim

    Betul sdr. Brahim, memang sebelum ini Pak Din tak pernah buat posting tentang bola cuma ada sekali Pak Din komen tentang rusuhan bola di KB. Itu pun bukan tentang bola tetapi tentang perangai dan gelagat penyokong Kelantan. Pak Din tidak boleh terima kekerasan.

    Dulu Pak Din pun kaki bola, setiap perlawanan tentu tak miss punya, mesti tengok dan Pak Din juga pemain bola tetapi Pak Din lupakan bola bila rasuah di dalam sukan ini berleluasa satu ketika dulu. Terasa kita peminat telah di tipu terang-terang.

    Kali ini Pak Din teruja balik bila kelantan layak ke perlawanan Akhir. Bagi Pak Din kalah menang cerita lain. Tetapi berharap sangat Penyokong Kelantan tidak akan buat hal. Kalah atau menang kita hendaklah berdisiplin sebagaimana kita dijadikan manusia yang berakal.

    Keseluruhan Rakyat kelantan sekarang memang di dalam demam bola yang masih belum kebah!

    Terima kasih di atas sokongan sdr. Brahim untuk Kelantan.

    ReplyDelete
  11. aku

    Betul tu, walau sesiapa saja yang waras akan bersatu ketika ini untuk kejayaan Kelantan.

    ReplyDelete
  12. Hanz

    Sebenarnya banyak bidang yang boleh menyatukan mereka, terutama di dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

    Tapi isu riyalti ini agak menyedihkan. Sepatutnya tidak perlu dibangkitkan oleh kerajaan Kelantan barulah Kerajaan Pusat menyatakkan itu dan ini. Kalau itu memang hak rakyat Kelantan tak perlu berdolak dalih, bayar saja. Ini juga melibatkan kepentingan rakyat dan negeri.

    UG untuk kepentingan siapa sebenarnya. Untuk Melayu/Islam atau untuk survival UMNO? Masa Kerajaa Perikatan, dan selepas itu BN dan PAS ditendang keluar, saya sudah tahu politik dan sudah celik tentang apa yang berlaku.

    Saya juga mengambil bahagian di PR selepas Mageran di Kelantan. Ketika itu PAS dicekik dan dijerut oleh BN dengan pertolongan Ibrahim al katak dan Tengku Razaligh Hamzah sebagai mentornya.

    ReplyDelete
  13. semoga pasukan negeri pak din menang..

    ReplyDelete
  14. Pak Din,

    Turun Bkt Jalil ke dok?

    Kalu turun buleh temu mato ..

    ReplyDelete
  15. mr edz

    Itulah yang diharapkan oleh semua Penyokong Kelantan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. eX

    Pak Din tak turun nampaknya. Kurang sihat kena selesema dan batuk. Badan pun sakit-sakit. Maklumlah dah menjagkau 54 tahun.

    Insya Allah eX balik Kelantan nanti kita boleh bertemu. Nak ke rumah Pak Din pun dipersilakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa