Tuesday, November 24, 2009

Mudahnya Telan Umpan!

Kekalutan dan ribut (bukan taufan) di dalam PAS sekarang hanyalah kerana kegagalan Pelakun-Pelakun Utama PAS untuk mengenal pancing dan umpan. Terlalu naive terhadap tektik dan teknik musuh memecah belahkan mereka.

Umpan kedudukan dan survival Melayu telah ditelan di Selangor dan Terengganu. Nepostisma dan kronisma di PMBK yang menyebabkan Kelantan riuh dengan isu tajaan Haji, Ariffahmi, Husam dan Kickdefella yang menjadikan SPRM sebagai Watak Utama. SPRM adalah umpannya.

Di Selangor sudah nampak reda tetapi bila-bila masa saja boleh meletup kembali jika mulut-mulut yang celupar tidak ditutup dan nafsu serakah tidak ditalkinkan. Di Kelantan pula beberapa isu sudah nampak reda dengan kebijaksanaan TGNA menanganinya. Cuma yang saya nampak hanya "Kickdefella" masih meraung kesakitan.

Cuma bagi saya yang kurang cerdiknya adalah PAS Kelantan. Isu-isu yang berkaitan dengan Husam dan PMBK dikatakan bukan masalah politik. Bukankah TGNA adalah MB bagi PAS yang secara langsungnya PMBK di bawah beliau? Dan beliau juga adalah Pesuruh Jaya PAS Kelantan dan Husam adalah timbalannya. Husam juga adalah seorang exco dari PAS. Jadi dari segi logiknya mana mungkin jika timbul sebarang keraguan terhadap integriti dan ketelusan MB dan exconya tidak menjejaskan PAS Kelantan? Bukankah sebarang palitan terhadap mereka akan menjejaskan sokongan rakyat dan pengundi? Apakah PAS Kelantan boleh berdiri tegak bersama kerajaan yang ada hari ini sekiranya rakyat dan pengundi beralih arah?

Entahlah. Saya pun tidak faham bagaimana mereka berfikir!

Perlu diingat, sekiranya PAS pincang PR juga akan tempang. Bagaimanakah untuk memberikan fokus dan menghidupkan strategy dan nafsu untuk memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti? Sekiranya segala isu dan beban ini tidak dihapuskan secepat mungkin cita-cita untuk memerintah Malaysia hanya akan menjadi angan dan mimpi senja sahaja. Ingat! Rakyat mengharap tetapi amat malang sama ada dalam PAS dan dalam PKR asyik bertegang urat.

10 comments:

  1. malas tuan nak pikir pasal diorang ni.. mana satu betul tak tau la.. di tambah pulak dengan permainan media perdana... pening la

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya liku-liku berbatu berduri yang perlu dilalui untuk sampai ke taman yang indah..

    Kadang kala keliru..

    ReplyDelete
  3. Salam tuan blog, tolong siarkan,

    KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

    Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

    Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

    Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

    INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

    Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

    1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

    2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

    3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


    Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

    Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


    Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

    Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

    Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

    Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

    KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



    KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

    KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

    KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

    HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


    INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
    KOTA BAHRU, KELANTAN

    ReplyDelete
  4. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Pakdin,

    Selamat menyambut aidil adha. Ada buat Kurban raya ni?

    Along dan Angah balik ke? Moga raya tahun ni memberi makna.


    Saya doakan Pakdin cepat timang cucu pulak. hihihi

    ReplyDelete
  6. mr edz

    Bagi Pak Din yang mana betul dan yang mana tak betul kita boleh nilai peribadi yang mengeluarkan statements. Cuma kenapa masing-masing senang dicucuk terus melatah

    ReplyDelete
  7. Rashid

    Kerana mudah keliru menjadi suasana haru biru.

    Entahlah Rashid, yang uncle kesalkan bilalah bila rakyat sedang berharap.

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Insya Allah saya akan tunaikan hasrat saudara.

    ReplyDelete
  9. Al Quds Travel

    Terima kasih di atas makluman dan singgah di sini.

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. Brahim

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Sdr. Brahim dan keluarga semuga sentiasa di dalam keredhaanNya.

    Tahun ini saya tak jadi Korban kerana keadaan cuaca yang agak tidak mengizinkan untuk itu.

    Along dan Adik sudah balik dan akan beraya bersama kami. Along bercuti selama 10 hari. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa