Monday, November 16, 2009

Peringatan Allah?

Keanihan yang berlaku di Rusia di mana ayat-ayat Alqur'an timbul pada kulit seorang budak lelaki. Fenomena ini sebenarnya sudah heboh dan ramai yang tahu. Tetapi apa yang saya mahu tumpukan ialah kenyataan dan nasihat mufti negara itu. Kita di sini juga sepatutnya mengambil iktibar dan nasihat Mufti mereka.

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

Di bawah pula ialah kenyataan Doktor-Doktor di sana.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube .

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

6 comments:

  1. Salam ayahnda,
    Memg sejak akhir2 ini terlalu bnyk tanda2 kekuasaan tuhan yg timbul tapi sayang kebanyakan kita masih leka.

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda ijoks2009

    Memang banyak perkara yang Allah bayar cash. Adaperkara yang Allah tunjukkan secara terang dengan bersimbolik lagi namun kita tidak peduli dan masih lalai dengan urusan melekakan.

    ReplyDelete
  3. sesuatu yg Allah jadikan ada sebab dan ada pengajaran disebaliknya...itulah tanda kekuasaan Allah yg Maha Agung lagi Maha Pencipta

    ReplyDelete
  4. Salam uncle,
    Banyak benda yang Allah dah nampakkan kejadian yang terang-terangan.Tetapi masih ada hati-hati kerikil yang tidak mahu tunduk patuh pada tuntutan hukum Allah.

    ReplyDelete
  5. Muraisenja

    Semuanya kelemahan kita. Kita tidak pernah menilai dan jarang yang berfikir.

    ReplyDelete
  6. W'salam anak muallaf

    Malangnya kita macam bulldozer, rempuh apa saja asalkan dapat apa yang dihajati. Bukannya diambil kira halal dan haram (matlamat menghalalkan cara).

    Uncle selalu ingatkan diri tentang "Wahai Muhammad, tugasmu hanya menyeru. Hidayah adalah hak Aku"

    Uncle cukup takut Allah gugurkan Hak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa