Tuesday, December 1, 2009

1Malaysia In Practical

Baik untuk renungan dan pengajaran. Ciluk dari n3 di blog ISA

n3 ini pun boleh juga dijadikan kayu ukur 1 Malaysia dan kebenaran tuduhan Tun Mahathir terhadap UMNO seperti mana di n3 di bawah.

Assalamualaikum Sdr Bloger.

Sekiranya menepati kehendak tuan, saya memohon pertimbangan dan kerjasama agar tulisan dibawah ini dapat disiarkan, manalah tau kalau2lah mendapat perhatian dari pihak berwajib untuk membuat dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Kalau tidak pun, sekadar buat renungan kita bersama.

Sekian, terima kasih, dari PureGopeng.

Assalamualaikum,

Saya dari Kampong Sungai Itek, kira2 3km dari pekan Gopeng, Mukim Teja, sebenarnya tidaklah jauh sangat dari Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak DR, kira 20km sahaja. Bukan jauh dari Pusat Bandaraya untuk saya ini berasa kekampongan, malah saya tahu perihal global hari ini namun lebih perihatin dalam soal2 lokal ditempat sendiri.

Lebih kurang 5/6 tahun dahulu, JKKK mengutarakan sebidang tanah kerajaan dipinggir kampong untuk dimajukan sebagai Kampong Tersusun. Pesertanya dikhususkan kepada penduduk tempatan dari 3 kampong sekitar iaitu Kg Sungai Itek, Kg Jelintuh dan Kg Pintu Padang yang masih tidak mempunyai tapak rumah.

Sememangnya ramai yang sudah berkeluarga dan beranak pinak tetapi masih tinggal serumah dengan orang tuanya atau pun paling tidak bina disebelahnya. Ada diantaranya menjadi penyewa dikampong tumpah darah sendiri sudah berbelas tahun lamanya!

Barangkali untuk jadi bahan kempen PRU12, cadangan itu telah diluluskan (segera?), maka berita ini telah menjadi perhatian semua. Dengan berkeyakinan UMNO-BN akan menang, maka orang2 kuat parti telah menamakan pesertanya dari orang mereka yang layak terlebih dahulu.

Mereka2 yang dicap sebagai pembangkang diketepikan begitu sahaja, nasiblah jumlah sebenar penyokong pembangkang tidak seramai mana pun! Bagi orang2 UMNO biarlah mereka2 itu makan hati menjeruk perasaan. Saya risik2, nama saya tidak ada dalam senarai tetapi nama isteri ada, tidak tahulah mengapa namun bagi saya itu sudah cukup memadai sangat2!

Tsunami politik melanda, UMNO-BN kecundang di Perak DR! Saya tetap bersyukur, kerana kerajaan PR akan meneruskan juga cadangan Kg Tersusun. Orang2 UMNO berasa gelisah menjangkakan pastilah peserta kali ini dari penyokong PR sahaja. Namun dibawah Ketua Kampong PR, senarai kali ini lebih telus dan tidak terikat kepada kepartian.

Senarai nama yang dicadangkan jelas tidak pilih kasih, hanya yang benar2 layak untuk mendapatkan tapak rumah diberikan keutamaan tanpa mengira keahlian parti.! Kali ini nama saya pula yang tersenarai! Ketua UMNO Cawangan pun turut tersenarai kerana keadaannya benar2 memerlukan! Salut saya dengan PR!!!

PR tidak lama sebagai teraju, dalam pelik bin ajaib UMNO-BN kembali membentuk kerajaan negeri Perak DR. Tahniah dan saya bersyukur lagi kerana cadangan Kg Tersusun tetap diteruskan. Pejabat Daerah dan Tanah Kampar mengeluarkan surat panggilan temuduga tetapi entah dari mana kuasa ghaib memberi arahan, temuduga dibatalkan dan senarai peserta juga dimansuhkan dengan cara pengumuman dibuat sebelum Sholat Jumaat dimasjid!?

Kepada sesiapa yang berminat dikehendaki mengisi borang dan akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga! Rancangan Kg Tersusun yang dicadangkan oleh JKKK Kampong ditukar konsep kepada terbuka dan pada closing date pemohon yang mengisi borang menjangkau kepada 2000 orang, sedangkan tanah yang diluluskan hanya sebanyak 127 lot sahaja!

Bagi saya ini adalah angkara durjana! Cadangan asal adalah dari JKKK, khusus untuk penduduk setempat yang benar2 memerlukan, akibat PRU berlaku sorong tarik, pilih kasih dan cantas nama2, kini jadi lebih celaru, haru biru; barangkali ada yang ingin menunjuk kuasa tetapi beralasan keadilan untuk semua; tunjuk pandai kononnya atas demokrasi dan toleransi.

Sebenarnya senarai asal adalah yang benar2 memerlukan, paling mudah dengan membuat soal siasat dan kaji selidik sebagai pengesahan. Tanpa kroni mau pun nepotism yang benar2 sahih layak pasti akan memiliki tapak rumah.

Kini pasti akan berlaku kepentingan kroni dan rasuah, maka yang benar2 berkelayakan akan menjadi mangsa diketepikan begitu sahaja. Ini bukan sekadar jangkaan atau tuduhan melulu kerana kononnya setelah dibuat saringan oleh pihak pejabat seramai 700 orang telah dipanggil untuk temuduga! Selama 3 hari temuduga dijalankan, kelihatan diantara yang datang dengan kereta Merc, BMW dan Volvo.

Muka2 yang jarang ditemui dipekan Gopeng, malah ada yang tidak pernah balik kampong walau pun dihari raya, ada yang sudah bertahun2 duduk di KL, JB dan Penang turut dipanggil temuduga. Termasuk mereka2 yang kita tahu sudah ada rumah banglow bagai istana raja, malahan yang sudah ada 2 atau 3 lot tanah. Yang dulu pernah dapat tapi sudah dijual pun turut menghadiri temuduga! Konsep 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan sudah diterapkan.

Dua minggu sebelum Idul Adha sudah kencang khabar (bukan khabar angin!) tentang nama2 yang berjaya didalam temuduga. Bocor! Risik2 punya risik, nama saya tidak tersenarai. Saya tau kedudukan sendiri, punya 6 anak dan masih menyewa rumah sejak kahwin 20 tahun (tiga kali interview, tak dapat2!) lalu cuba tackle2 kalau ada lubang bagi menyelitkan nama dalam senarai.

Paling tidak saya tetap perlu mencuba kerana sangat2 mengharapkan dan akhirnya dapatlah saya sekadar janji untuk ditolong (sekiranya boleh) oleh seseorang. Kalau ada rezeki, dapatlah katanya.

Proses yang tampaknya amat mudah dibuat bagi mencari penyelesaian atau pun memungkinkan paling sedikit komplen dan rungutan rakyat jelata kepada pihak berkuasa sepatutnya menjadi amalan bagi memperolehi sokongan dan undi pilihanraya tetapi tidak mahu dipraktikan kerana sikap bodoh sombong dan juga bodoh bebal dikalangan mereka sendiri!

Keputusan temuduga dipamirkan sehari menjelang Idul Adha dan diberi tempuh 14 hari untuk bantahan. Maka apa yang menjadi bualan hangat lagi panas dimasjid pada Sholat Idul Adha, Sholat Jumaat dan ditempat2 penyembelihan qurban ialah senarai keputusan temuduga! Malah dimana2 ianya menjadi tajuk utama, hampir keseluruhanya mempertikaikan senarai nama dan menyalahkan beberapa pihak dengan maki hamun dan sumpah seranah, hingga ada yang mencadangkan bubarkan Cawangan UMNO!

Saya termasuk tersenarai dapat, janji seseorang yang hendak tolong itu boleh pakai nampaknya! Tetapi tetap tidak berpuas hati kerana ramai dari nama2 yang turut tersenarai adalah langsung tidak layak sama sekali! Bagi saya, orang yang berkuasa membuat pemilihan dan penilaian tersebut sebahagian dari mata hatinya adalah telah dibutakan oleh sesuatu atau pun sememang buta sama sekali!

Berikut beberapa data yang membuatkan ketidakpuasan hati sehingga dipertikaikan:-

1) 35 peserta termasuk 28 orang dari mereka adalah Bukan Bumiputera tersenarai tanpa mengisi borang yakni tidak perlu menghadiri temuduga atas alasan mereka adalah setinggan pinggir pekan Gopeng. Kaum India dan Punjabi tersebut apabila disemak sebenarnya adalah anak beranak dan adik beradik dari 5 buah keluarga sahaja!.

Menjadi persoalan, mengapa perlu masalah mereka diselesaikan dengan mengambil hak yang pada awalnya dikhususkan kepada penduduk 3 kampong yang terlibat dengan perancangan? Kalau kawasan mereka mahu dibangunkan dengan projek lain, seperti selalunya pihak pemaju tempat tersebut yang akan membuat penyelesaian penempatan semula mereka2 itu.

Dimanakah relevannya mereka yang Bukan Bumiputera dibawa masuk ditengah2 kampong tradisional Melayu? Barangkali inilah salah satu dari konsep 1Malaysia yang diperkenalkan? Tidakkah akan berlaku nanti seperti di Shah Alam iaitu peristiwa kepala lembu dan kuil Hindu? Manakala 8 orang Bumiputera tersebut bukanlah yang berasal dari 3 buah kampong terbabit, malah ada yang disewakan pula!

2) 40 peserta lagi tersenarai, juga tanpa perlu menghadiri temuduga (tidak mengisi borang!) disebut sebagai kuota ialah 10 UMNO Bahagian Gopeng, 10 Ketua Kg Sungai Itek, 10 Ketua Kg Jelintuh dan 10 Ketua Kg Pintu Padang! Siapa punya ide paling durjana hingga perkara sedemikian dipraktikan?.

Perkara ini sangat2 menjadi pertikaian hebat kerana kuota UMNO Bahagian termasuklah nama Ketua Bahagian sendiri yang bergelar Datuk, merupakan seorang ahli perniagaan dan tinggal disebuah kawasan elit bernama Pinji Perdana! Difahamkan satu projek perumahannya seluas 21 ekar akan bemula sedikit masa lagi! Sembilan yang lain adalah AJK Bahagian dan rakan rapat beliau termasuk seorang isteri jutawan!!!!

(Difahamkan baru2 ini suaminya membeli tanah kebun seluas 4 ekar berharga 130K tunai!) Salah seorang dari mereka penah mendapat compartment balak! Dikalangan mereka sebenarnya bukanlah penduduk 3 buah kampong terbabit maupun tinggal disekitar pekan Gopeng malahan telah pun memiliki rumah banglow ditanah lot sendiri diluar Mukim Teja! Kuota Ketua Kampong pula telah memasukkan nama adik beradiknya sehingga 5 orang termasuklah nama isterinya! dan nama yang lain bukan pula penduduk setempat yang dibawah jagaanya.

3) Senarai 52 orang terpilih melalui temuduga juga menimbulkan ketidakpuasan hati. Bayangkan ada yang empat lima adik beradik yang ditemuduga, seorang pun tidak tersenarai tetapi yang dua beradik tersenarai pula kedua2nya. Adik beradik dan ipar duai kepada kuota Ketua Kampong juga tersenarai sehingga menjadi sebuah kampong keluarga.

Ini berlaku kerana kuasa mereka telah tundukkan panel pemilihan! Malah tersenarai juga nama kaki tangan Pejabat Tanah dan Daerah Kampar. Adalah turut tersenarai nama pasangan suami isteri!!!!

Terdapat mereka2 yang bukan dari penduduk 3 buah kampong terbabit turut tersenarai difahamkan adalah kroni bekas menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, iaitu Dato Seri Abdul Azis b Shamsuddin bekas Ketua UMNO Bahagian! (Bekas orang besar berasal dari Gopeng yang masih berpengaruh) Senarai temuduga ini hanya terdapat 16 orang sahaja yang benar2 dari penduduk 3 buah kampong, menumpang ruamah orang tua dan yang tinggal dirumah sewa!

RUMUSAN
Mengapalah Tuan D/O dan pegawai2nya yang diberi kuasa dan tanggungjawab di Pejabat Daerah dan Tanah tidak mahu praktikan ketelusan didalam menjalankan tugas? Atau barangkali mendapat tekanan dari UMNO Bahagian dan Ketua Kampong (JKKKP?) Atau Tuan DO sengaja mahu memalukan UMNO dengan mempamirkan kouta2 tersebut dengan sejelas2nya untuk perhatian orang ramai?.

Atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak menduga sedemikian atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak punya rasa malu kepada orang ramai, ada sahaja peluang sapu bersih sementara sedang memegang jawatan. Mengapa tidak terfikirkan akan perbuatan yang hanya akan mencemar nama dan imej diri dan UMNO khususnya?

Janganlah marah jika sokongan terhadap UMNO akan terhapus sama sekali diPRU13 nanti! Sistem autakuota dari dahulu lagi sebenarnya tidak sesuai didalam sebarang bentuk pemilihan (perhatikan system kuota dalam pemilihan UMNO!) Ia hanyalah berbentuk penipuan dan penindasan.

Bayangkan daripada 127 lot itu, sebanyak 75 (setinggan, UMNO dan 3 Ketua Kampong) sudah dalam kuota, tinggal 52 lot untuk ditentukan melalui temuduga seramai 700 orang! Daripada 52 yang terpilih itu, berapa ramaikah yang sebenar2nya dipilih atas kelayakannya? Berapa ramai pula yang terpilih atas dasar kroni, kenal orang besar dan yang bayar bawah meja (kalau ada)??? Carilah jawaban sendiri dari soalan matematik darjah 3 ini!

Walaupun bantahan boleh dibuat dalam tempuh 14 hari berikutnya dengan menggunakan borang sulit, tetapi mungkinkah ada yang berani meletakkan nama dan no kad pengenalan kerana pasti akan menimbulkan rasa permusuhan dikemudian hari. Jika pun akan terdapat nama2 yang terkeluar lantaran komplen pastilah ketenteraman tidak tercapai. Terserahlah kepada pihak berwajib, termasuk YAB Menteri Besar untuk mencari penyelesaian namun amat sukar untuk memuaskan hati semua orang!

Bagi saya, akan panas bontot tujuh keturunan jika lot2 tersebut diduduki oleh mereka2 yang sebenarnya tidak punya kelayakan untuk memilikinya. Namun saya masih berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan seadil2nya, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

13 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Ini respon dari saudara Pengadu dalam shoutmix saya.

    #PureGopeng "UMNO jpa MB hr ni,Kita tggu prkmbgn slnjtnya!"

    Details 2009-12-01 9:05 AM

    #PureGopeng "Salam.TK sbnyk2nya atas siaran."

    Details: 2009-12-01 8:47 AM

    Semoga masalah mereka dapat di selesaikan.

    ReplyDelete
  2. W'salam Isa.

    Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan adil.

    ReplyDelete
  3. Mak Su

    Negara kita terlalu kaya dengan slogan. Tapi tindakannya hanyut ke lomgkang.

    ReplyDelete
  4. saya terfikir macam mana nanti di akhirat mereka yang celaka ni akan menanggung tanah yang bukan hak mereka kerana tanah ini akan menjadi beban di padang masyhar..

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Bercakap tentang hak ini saya sejak dari anak-anak di Darjah satu sehingga masuk U, tak pernah pohon buku pinjaman atau bantuan. Sebab saya takut terambil yang bukan hak.

    Jadi kalau terambil atau subahah anak-anak saya akan hidup dengan duit haram sehingga keturunannya sebab mendapat hasil dari pelajaran dengan cara haram dari buku atau bantuan yang bukan hak.

    ReplyDelete
  6. Salam MountDweller,
    Terima kasih atas lawatan resmi anda ke Perpustakaan MayaKu.

    ReplyDelete
  7. W'salam Dr.

    Saya pun rasa teruja dengan tindakan Dr. membuka Perpustakaan Maya.

    ReplyDelete
  8. Salam sdr. Mohamadazhan hjDesa

    Silakan. Saya menghargainya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Pak Din,
    tu dah memang penyakit kritikal dikalangan orang-2 berkepentingan (berkedudukan) dalam UBN,ketua-2 kp, JKKK, nepo, kroni,sahabat mereka yg rapat & pegawai-2 kerajaan yang kena jangkitan penyakit sial tu. Sebab penyelewengan kuasa, pilih kasih, sehingga tak berlaku adil dalam pertimbangan,pemilihan, sehingga mereka yang miskin yang berhak atas tanah tersebut dipinggirkan, tak dipilih. Sebab ni juga, UBN makin tak popular undi dikalangan rakyat sejak akhir-akhir ni (10~15 tahun). Jikapun pemilihan tu adil dengan sesiapa yang layak & berhak akan dapat/disenaraikan sekalipun, nama mereka dengan mudah dikeluarkan daripada senarai,sebaliknya diberikan pula kepada yang berkuasa, berada (kaya raya) & TAK BERHAK. Mereka boleh keluar zakat berpuluh,atau, beratus ribu RM, tapi kekayaan, kesenangan walaupun 1 sen atau RM1 yang mereka peroleh daripada menafikan hak yang berhak dapat, adalah 1 kezaliman a.k.a DOSA (besar?). Semoga mereka yang terlibat insaf atas kesalahan dosa mereka atau biarkanlah mereka menanggung azab Allah di dunia sehingga akhirat.
    p/s: jika orang-2 & pemimpin PAS yang berbuat sedikian, aku 10x marah & doakan mereka segera dihukum Allah.

    ReplyDelete
  10. Hanz

    Inilah sebenarnya cabaran dan dugaan bila memegang kuasa/berkuasa. Menjadi tamak, zalim dan penipu lantaran tunduk kepada nafsu serakah.

    Mereka ini tidak mengira dosa, syurga atau neraka. Mereka hanya fikirkan dunia semata-mata. Sungguh malang bagi manusia yang melata/marhaen, tidak siapa yang akan peduli maupun simpati.

    Pak Din pun begitu. Akan menyumpah sehingga ke keturunannya sekiranya Pemimpin PAS yang buat begitu. Sebenarnya bukan tak ada, ada! Saya tahu memang ada tetapi hanya segelintir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa