Saturday, December 26, 2009

Jangan Siasat Saya Saja

Apakah yang dikehendaki Mahathir? Apakah dimaksudkannya beliau dan Abdullah sama-sama songlap? Atau adakah beliau cuba membersihkan diri dengan mamalitkan Abdullah sama? Apakah ini bermakna tiada siapa pun dari Pemimpin yang ada beramanah dan boleh dipercayai untuk menyimpan dan membelanjakan guni duit rakyat?

Habis, siapa yang harus rakyat amanahkan segala khazanah dan negara? Aduii... mampuslah Rakyat Malaysia!

Petikan dari mStar Online

Dr. Mahathir berkata, siasatan itu perlu menjurus kepada ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan sedangkan yang digembar-gemburkan hanyalah ‘koridor kosong’ di sana-sini.

“Lima tahun rejim Tun Abdullah menerima sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sedangkan dalam tempoh 22 tahun saya memerintah, syarikat minyak itu membayar sebanyak RM126 bilion,” tegasnya dalam blog popular beliau, Che Det di sini.

Selanjunya di sini

10 comments:

  1. itu bukan apa , tun Mahathir nak perli orang yang sibok sangat nak menyiasatnya. tak ada apa nak siasat. wang tersbeut dibelanjakan yang kita semua tahu dan dapat faedahnya. kami hidup dalam pemerintahan tun dan tahu apa kejayaannya. negara ini perniagaan. ada untung ruginya.

    ReplyDelete
  2. Sdr. Arif Omar

    Saya setuju dengan pandangan saudara tentang jasa. Kita tetap hargai dan kenang jasanya. Tetapi bila berjasa tidak mestinya tidak pernah berdosa dan melakukan kesilapan. Tinggal lagi sama ada banyak atau sedikit.

    Sebab itu di akhirat Jasa/Kebajikan ditimbang begitu juga Dosa/Keburukan. Manusia dikira baik bila kebaikan melebihi Keburukan. Itulah justifikasinya.

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahnda,betul juga apa yg dikatakan che det tu,ini menunjukkan penyakit Umno makin teruk.Umno bukan saja sudah busuk sampai ke usus bahkan sudah seluruh badan semakin membusuk dan memburuk dah x boleh sembunyi lg penyakit rasuah dan salahguna kuasa.

    ReplyDelete
  4. Tun Mahathir sorang yg berjasa, lama memerintah, negara pesat membangun, maju, byk monumen, bla bla bla...Fakta.

    Tapi sapa berani nak siasat Tun kalau dia songlap atau misled pun? Fakta. Kalau dia tak songlap pun, dia boleh diam saja & tak balas tuduhan camtu. Kenapa nak kaitkan Pak Lah dlm hal tu? Fishy as we know everyone is imperfect in this world, even TGNA in a way, apatah lagi Tun. Siasat sajalah kalau ada laporan & dakwa kalau ada kes.

    ReplyDelete
  5. teman rasa mahathir ada masalah "penyakit jiwa". biasa org cuba megatakan diri tak bersalah jika benar2 tak bersalah.

    bukan seperti pemandu yg disaman salah parking bising mengatkan org lain pun buat juga.

    ReplyDelete
  6. ciss saya ingatkan TDM ni anak jantan sanggup disiasat. tetapi bijak hendak melarikan diri. bila diletakkan syarat sebegitu, adalah mustahil sebarang siasatan diraja akan dilakukan.

    TDM berjasa? apa jasa dia? menara KLCC? KLIA? Putrajaya? Cyberjaya? semua itu sebenarnya adalah landmarks sebagai bukti kegagalan TDM. semua itu cuma binaan yg mampu dibina sesiapa sahaja. lihat sahaja di Dubai sekarang yg penuh dgn binaan gergasi yg akhirnya juga memusnahkan ekonomi mereka.

    pencapaian ekonomi dan kemanusiaan adalah yg paling utama seseorang pemimpin negara. dlm konteks ini Proton adalah satu pencapaian yg saya sangat sanjungi atas ketegasan dan usaha TDM. yg lainnya hanyalah pembinaan monumen yg sekadar sebagai meningkatkan ego TDM yg akhirnya membazirkan berbilion RM.

    ir Anon

    ReplyDelete
  7. Anakanda Ijoks

    Apa yang dikatakan Mahathir itu sebenarnya membuka pekung di dada masing-masing.

    Maksudnya "Bukan aku saja yang berpekung, kamu juga sama"

    Faham-fahamlah!

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Uncle setuju. Kelamahan ada pada sesiapa pun, nafsu membayangi semua orang. bagi uncle tinggal lagi sikit atau banyak saja. Itu membezakan kita.

    ReplyDelete
  9. paloibinmulau

    Bagi Pak Din, itu hanyalah helah menyelamatkan diri. Memalitkan orang lain, biar sama-sama busuk!

    ReplyDelete
  10. ir anon

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    Ya, banyak-banyak projek Mahathir hanya Proton yang boleh dianggap berjaya. Yang lain semuanya meleburkan duit rakyat dan negara.

    Semua projek mega tidak menafaatkan langsung bagi rakyat marhaen. Ada yang jadi gajah putih. PETRONAS terpaksa menanggung beban guni-guni hampas yang campakkannya.

    Akhir kata rakyat yang menanggung segala.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa