Saturday, December 5, 2009

Bangsat Sangatkah Rakyat Kelantan?

Royalti dan Wang Ehsan adalah dua perkara yang berbeza. Bangsat sangatkah Rakyat Kelantan sehingga ditawarkan Duit Kesihan Belas oleh Kerajaan Malaysia? Negeri Kelantan seolah-olah bukan salah satu negeri dari Wilayah Malaysia.

Untuk makluman YAB Dato' Seri Mohd. Najib N The Geng, Rakyat Kelantan bukan Tok Pakir (Peminta sedekah). Rakyat Kelantan hanya meminta hak mereka diberikan/dikembalikan. Itu saja. Bukannya minta nak kawin dengan Rosmah pun!.

Kelicikan mereka bersekongkol dengan konco-konconya untuk dipoketkan duit minyak Terengganu adalah sebagaimana paparan di bawah yang saya copy dari blog Tok Pepijat


Sembilan tahun
dahulu (29 Jun 2000), sewaktu kekecohan ura-ura perampasan hak royalti minyak rakyat Terengganu, PETRONAS melalui mulut Presidennya yang juga Ketua CEO Petronas ketika itu Tan Sri Hasan Merican mengeluarkan kenyataan bahawa pembayaran royalti itu adalah berdasarkan perjanjian rasmi antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu, hasil penyerahan hak cari gali sumber minyak dan gas kepada PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian rasmi itu ditandatangani oleh Tengku Razalegh Hamzah selaku Presiden Petronas ketika itu dengan Kerajaan Terengganu.

Ketika itu mantan MBnya Wan Mokhtar "menyalak" menafikan ianya perjanjian rasmi tetapi sekadar "dokumen persefahaman" sahaja.

Akhirnyanya "Bapa Lanun Moden" Dr Mahathir dengan bangganya merampas, merompak dan melanun hak rakyat Terengganu hasil hasutan jahat "lanun-lanun UMNO" Terengganu.

Maka selama 9 tahun (mulai Nov 2000-2008) UMNO dengan perangai semulajadinya rakusnya menggomol dan membahagikan "hasil rompakan" sesama mereka. Mereka namakan "Wang Ehsan".

Tanyalah Ahmad Said, mana rekod pembelanjaan "rompakan royalti". Semuanya dah kenyang termasuk Mat said.

Apa hubungan dengan kisah di atas dengan Kelantan?


Begini, "dasar lanun" UMNO ini adalah dulu, kini dan selamanya!

Anda lihat bagaimana PMNajib bermain kata-kata ( memperbodohkan) Rakyat Kelantan. Mula-mula kata tidak layak kerana di luar kawasan, kemudian wang ehsan akhirnya kata boleh dirundingkan.

Sebenarnya PM Najib ingin MB Kelantan TG Nik Aziz mengeluarkan kata-kata yang lebih "panas" supaya rakyat nampak seolah-olah TG Nik Aziz ini " jahat mulut". Ini akan digunakan oleh UMNO dan medianya untuk memanaskan isu buat beberapa waktu.

Memangpun layak PM Najib dan kuncu-kuncunya didoakan "jahanam dan laknat". Peduli apa. Sudah didoktrinkan pada UMNO untuk "melanun" harta rakyat walaupun sesama ugama dan bangsa. Inilah perjuangan Ketuanan Melayu.....ops...maaf bukan, bukan dan bukan! Inilah dasar memperjuangan "Ketuanan Lanun" dulu, kini dan selamanya. Dasar lanun ianya tidak mengenal ugama, bangsa dan kemanusiawi untuk melanun. Yang penting isi perut!

Jika lanun Somalia, ia melanun kapal dagang milik negara asing( bukan sebangsa), "lanun" UMNO pula melanun sesama bangsa Melayu dan Islam. Inilah yang uniknya!

Cumanya, "lanun" UMNO ini takut dengan doa laknat dan jahanam. Macam juga Abu Jahal dan Abu Lahab yang takut kepada doa Rasulullah.

Kepada TG Nik Aziz, teruskan doa. Jangan bawa isu ini ke Mahkamah. Tengoklah sampai kini kes Terengganu tiada kesudahan. Memangpun kerana Mahkamah di Malaysia sudah di penuhi oleh Hakim-Hakim yang suka makan gula-gula "Hacks" !

24 comments:

  1. TGNA tak doa pun ramai yang dah maki PM kita tu...

    ReplyDelete
  2. Salam Pakdin,

    PM cakap berbelit menyebabkan rakyat makin menyampah. Cuma saya harap TGNA tidak masuk perangkap yang disediakan.

    Saya tak tahu sangat sepak terajang dalam politik, tapi saya kira BN sedang main catur pasal isu royalti minyak di perairan Kelantan.

    Jangan jadi rugi, yang dikejar tak dapat, yang dikendong habis bertaburan..

    Salam...

    ReplyDelete
  3. tak dapat duit tu pun orang kelantan ramai jadi pegawai kerajaan.
    apa saja sebut harga dan pembelian terus di beri kalau kita dari kelantan
    satu orang kelantan jadi orang besar akan ramai la orang kelantan di mana mana glc

    kita tidak berlaku adil kepada orang, kita marah bila orang tak berlaku adil

    tapi apa pun kita memang berhak mendapat Royalti...

    ReplyDelete
  4. salam,
    karana bagi gula-gula

    H-Hanya
    A-Aku
    C-Cinta
    K-Kau
    S-Sorang

    dirompak semua harta negara untuk seseorang yang PM sayang.Bila rakyat Kelantan bising depa bagi duit Ehsan..Atas ehsan depa ingat rakyat Kelantan macam dok tadah tempurung minta sedekah.

    ReplyDelete
  5. UMNO ingatni zaman dia masih boleh meng'NGOK' memperbodohkan intelektual masyarakat dengan pelbagai alasan demi mengelak sebarang reaksi negatif rakyat. That time is way past it..Rakyat kini kian mampu baca rentak tari politik mana-2 parti pun, tambahan UMNO yang terkenal rakus, tamak, talam 2 muka,dll tu.
    Dr.M sekarang ni betul-2 perlu bertaubat/insaf atas kesalahan beliau sendiri menipu bersandiwara politik semasa zaman pemerintahannya. Kini dia menyaksikan sendiri hasil kerja jahatnya yang diwarisi oleh anak-2 buah (anak sendiri).

    ReplyDelete
  6. Ala. Apa nak peliknya. Bukan ke Najib tu asal usul lanun dari Sulawesi? Elok balik kampung macam balik baru-baru ni aje. Tak payah nak jadi pendatang kat Malaysia lagi dah. Kalau dah dasar penyamun dan lanun tu lanun jugak la

    ReplyDelete
  7. Wang ihsan tu akan disalurkan kepada rakyat melalui ketua bahagian UMNO, ketua cawangan UMNO dan pengerusi JKKPersekutuan. Pasal tu la Awang Adek Hussin menyalak gembira sekarang. Mereka bakal jadi jutawan segera.

    Kalau susah sangat, kerajaan Kelantan batalkan saja perjanjian dengan Petronas itu. Halau Petronas keluar dari perairan Kelantan. Suruh dia cari minyak di Johor. Memang dasar UMNO perompak, dah sedut minyak di negeri orang, tak mahu bagi royalti pula.

    ReplyDelete
  8. Salam ayahnda,
    Selagi PM tak berikan hak Royalti tu saya sebagai rakyat kelantan takakan halalkan segala hasil minyak yg dia rompak tu.saya akan tuntut di hadapan Allah nanti.

    ReplyDelete
  9. salam Tuan,

    Dimana tepatnya KONSEP 1 MALAYSIA? Rakyat didahulukan atau POLITIK DIUTAMAKAN?

    ReplyDelete
  10. mr edz.

    Doakan supaya dia insaf dan bukakan pintu hanti.

    ReplyDelete
  11. W'salam sdr. Brahim

    Memang itulah cara cakap orang politik!

    Saya anggap TGNA doakan supaya dia kenal yang mana hak dan yang mana batil. Kalau dah berjanji dan bersetuju, tunaikanlah. Perkara yang bukannya susah. lagi pun yang dituntut adalah hak rakyat kelantan untuk rakyat kelantan.

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Apa yang sdr. sebut itu benar tetapi royalti yang dituntut adalah hak kita bersama dan diuruskan oleh kerajaan negeri yang memerintah, bukannya JPP.

    ReplyDelete
  13. W'salam anak muallaf.

    Itu masalahnya bila minda dah terpesung. Berfikir pun songsang maka pendapatnya akan cacat.

    ReplyDelete
  14. Hanz

    Betul tu. Mereka ingat rakyat masih berfikiran terkurung. Masih di bawah tempurung. Mereka tidak sedar, otak mereka sebenarnya yang terperangkap di antara nafsu dan amanah.

    Saya anggap doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor dimakbulkan. Mahathir sempat tengok hasil kerja dan benih kemusnahan yang tumbuh hasil tangan kotornya.

    ReplyDelete
  15. amatMok.

    Salasilah tu betul tetapi dari segi moral, saya rasa tidak elok dikaitkan dengan keturunan.

    Ini kerja kotor dia secara peribadi setelah mengambil contoh dari perilaku bapa angkatnya Mahathir Mohammad.

    ReplyDelete
  16. kembara putih

    Itulah yang akan berlaku sekiranya dijadikan Wang Ehsan. Maka akan jadilah seperti di Terengganu memfaraidkan wang tersebut seperti harta pusaka Mak Bapak dia.

    ReplyDelete
  17. W'salam anakanda ijoks2009.

    Benar. Ayahanda dan keluarga pun sama. Itu adalah hak Rakyat Kelantan.

    ReplyDelete
  18. W'salam sdr. Kulat.

    Saya setuju dengan slogan itu!

    ReplyDelete
  19. Encik Penghuni Gunung.

    Mahkamah masih instrumen terbaik.

    Ianya instrumen orang2 gentleman.

    Biarpun derang buat perangai macam samseng kampung dusun.

    Kalau saya, saya bawak pegi Mahkamah Dunia di The Hague ..

    Biar kasi malu sama PM 1Malaysia kita ...

    ReplyDelete
  20. betul apo hok ijok royat tu .. tok dapat atah dunia .. pade mahsyar nati kawe tutuk ngan pokjib ..

    ehsan palo otok dio .. ingat ore kelate ni sek2 pengemis ko?

    ReplyDelete
  21. Anonymous.

    Saya yakin pihak Kerajaan Kelantan akan mencari ikhtiar yang terbaik. Dalam bab Undang-Undang ni saya tidak mahir. Tapi pandangan saudara mungkin betul.

    ReplyDelete
  22. zX

    Batul kata zX, Rakyat Kelantan bukannya Tok Pakir. Kita minta hak kita.

    Berdoa tidak salah, tak dapat di dunia di akhirat pasti dapat. Itu janji Allah.

    ReplyDelete
  23. Doa rakyat teraniaya .. kan bahaya tu!!

    ReplyDelete
  24. Rashid

    Setahu uncle memang doa manusia teraniya akan dimakbulkan Allah. Yang afdhalnya Rakyat Kelantan buat Solat Hajat dan berdoa secara berjamaah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa