Friday, December 18, 2009

Tak Ada Apa Pun

Tengah malam tadi pergi ke Kubur yang dikatakan paling berpuaka di hujung kampung. Tapi mungkin malam ini tidak bernasib baik, tak ada apa pun benda baru yang dapat dirakam.

Hanyalah gambar-gambar biasa seperti di bawah

Atas adalah lorong ke perkuburan itu
dan di bawah pula di Tanah Perkuburan

12 comments:

  1. tu bulat2 tu entiti asing laa tu kalau uncle seekers kata wakakak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Saudara Mountdweller dan Salam Hijrah 1431,

    Terima Kasih atas gambar ini.

    Coincidently, my research will be on the Al-Ghayab InsyaAllah. I have not submitted the official proposal but just the idea and the Professors seems to agree with it. Most of the time, we forget that there are other 'being' co-exist living by our side. The beings from the other dimension.

    InsyaAllah, I hope you dont mind if I will ask you issues on this time to time IF the Proposal gets through InsyaAllah swt.

    ReplyDelete
  3. renzo

    Orbs (benda bulat) tu adalah benda yang biasa dilihat. Yang uncle maksudkan ialah satu benda atau pun satu wajah asing, tidak kiralah huduh ke, cantik ke, asalkan benda-benda misteri.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Saya amat hargai usaha puan, satu subjek yang belum diterokai. Saya amat bangga puan sudi berkungsi ilmu berkenaan dari aspek akademik. Insya Allah saya akan bantu sekadar mampu.

    Sudahkah puan lihat gambar Hantu Paya di n3 saya yang lepas? Rupanya jenis setan ini akan sesuaikan rupa dan behavior mengikut persekitaran yang dihuni.

    ReplyDelete
  5. Yong rase benda ni bergerak pantas dan speed camera tak sempat tangkap image dia dalam bentuk asal,langsung dapat image bulat2 je. Maybe you need a better camera?

    ReplyDelete
  6. Kenapa pakcik tak cuba ambil gambar "si pemalas" yang menumpang di rumah palcik sejak sekian lama itu? hehehe

    ReplyDelete
  7. hobi yang bagus ayahnda

    perlukan akidah dan keimanan yang kuat

    sihat selalu

    ayahnda certa sikit pasal permpuan kelantan saya sangkut ni...

    ReplyDelete
  8. Yong

    Mungkin Yong betul, saya perlukan camera yang lebih canggih. Saya memang bercadang mencari camera yang sesuai.

    Tentang pergerakan dan tata laku benda ini saya sedang selidik dan bertanya kepada yang lebih tahu. Insya Allah satu masa nanti akan terurai.

    ReplyDelete
  9. Reformis Jalanan

    Masalahnya si Pemalas yang di rumah Pak Cik ni tidak pernah menonjolkan diri kepada Pak Cik. Yang dia berani hanya dengan Auntie dan anak-anak Pak Cik jer. Itu pun bukannya selalu. Dengan Pak Cik, dia takut kut?

    Dengan Auntie pun dia hanya seakan bersuara menyakat. Kadang-kadang Auntie dengar Pak Cik memanggil namanya sedangkan Pak Cik ketika itu tiada pun di rumah.

    Yang kerap nampak ialah ssesiapa yang bertandang dan bermalam di rumah Pak Cik. Itu yang susah sikit tu..

    ReplyDelete
  10. BurtalSolo

    Terima kasih. Pak Cik hanya mengisi masa lapang dengan aktiviti ini.

    Pak Cik rasa BurtalSolo boleh email kat Pak Cik. Tanya tentang apa yang BurtalSolo nak tahu.

    ReplyDelete
  11. salam pakdin,

    kalau nengok citer ghost advanture di ntv7 (ahad 8.30mlm kalau tak salah)ade pasai kes2 camni...depa pun dok cuba nak tangkap jugak gambar"depa" yg tak nampak...

    ReplyDelete
  12. W'salam thatguy

    Sebenarnya perkara misteri ini menarik di ketahui tetapi jarang orang yang sanggup. Dalam erti kata lain "Nak tahu tapi takut!"

    Pak Din tak pernah tengok programe tu. Munkin Pak Din akan tengok nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa