Saturday, January 30, 2010

Agaknya Perlu Ke Tadika Semulakah?

Sebelum ini saya tak pernah setuju menggelarkan mana Media Arus Perdana dengan bermacam-macam nama (Berita Hairan dan Utusan Meloya contohnya). Tetapi dalam jangka masa yang lama di dalam perhatian saya, memang ada asasnya di'nick name'kan begitu.

Pada saya Wartawan Berita Harian yang melaporkan suasana Solat Hajat di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 28.1.10 (malam) di bawah tajuk "Ku Li cadang tubuh jawatankuasa pemantau" yang dimuatkan di dalam Berita Harian hari ini 30 Jan. 2010 perlu ke Tadika semula untuk belajar mengira.

Logikkah kehadiran Rakyat Kelantan berSolat Hajat seperti gambar di bawah adalah hanya 20,000 orang. Mungkin budak darjah tiga yang membaca laporan ini pun akan gelak.

Untuk makluman, Terrace di sekeliling padang itu saja sudah boleh muat 25,000 penonton itu pun penuh sesak. Yang di atas padang pula berapa agaknya? Jadi adakah wartawan ini tidak nampak manusia yang berada di atas padang? Pada saya Tok Awang 'ceme' pun boleh kira! (ceme bermakna buta sebelah mata - Bahasa Kelantan)

16 comments:

  1. boh... kalu dok tipu... buke utuse, buke brito hariye la...

    dok sipak dio gitu.. keno la wak gitu... tidok nati ore here... guano yak jadi jujur nih??

    ore pun nati silak pehe... kalu dio tulih betul cotoh limo puloh ribu... ore hok beso tau doh... keno kali nga limo... doh jadi 250,000 lah pulok... kehekhekhekeh...

    ReplyDelete
  2. Anonymous.

    Kalau nak membodek pun janganlah mem'baghal'kan diri. (pinjam istilah P. Ramli)

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat,

    TADIKA TU CERDIK, KENA PERGI KLAS BUTA HARUF KEKE KEKE

    ReplyDelete
  4. W'salam sahabatku Ayid.

    Benar dan betul sangat tu!

    ReplyDelete
  5. a.kum ayahnda
    benda macam ni pun dia orang tipu kan..
    elok la kalau wang ehsan ambik...
    tapi mintak juga royalti minyak..
    baru dia orang tau
    hak tetap hak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ayahanda..

    Pada perkiraan mereka dengan menulis begitu akan membuatkan se-olah rakyat kelantan tidak bersetuju/tidak mahu terlibat dengan aktiviti anjuran kerajaan negeri...

    mereka sepatutnya menghormati hak dan pendirian rakyat Kelantan sebagaimana mereka juga mahu org lain menghormati hak mereka..

    Jika ada org mencabul hak mereka,bolehkah mereka duduk berdiam diri saja mcm org bacul dan dayus..

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,
    Orang pandai tak kerja dengan Utusan ... he he he

    ReplyDelete
  8. salam tuan blog..

    patut ucap tima kasih dgn wartwan 2 coz dgn laporan mereka ler rakyat leh membandingkan berita arus perdana dgn berita alternative.. kalau mereka x bohong org ramai x tau perangai mereka..

    ReplyDelete
  9. biasala berita harian suratkbr pencacai umno.klu xmenipu xsah..xbodohkn melayu xsah..klu pemimpin umno buat ceramah utk memburukan pr org yg dtg 200 maka dia akan tulis 2000.kira sekali dengan ayam,itik,kambing,lembu..

    ReplyDelete
  10. hahahaha..baca sudah,percaya tidak sekali sokkobar ni..lebih baik baca buku sifir sekolah..tunggulah "pengiraan" Allah di masyar nanti wahai penipu..

    ReplyDelete
  11. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Rakyat yang bermaruah akan tetap menuntut haknya kecuali 'Kelantan Murtad' yang maruahnya telah tergadai seperti Awang Adik dan Mustafa Mohamad kedua-duanya 'ayam bengong' dari Bachok. Maaflah orang Bachok!

    ReplyDelete
  12. Wa alaikumussalam anakanda UXOP

    Memang itulah niat dan hasratnya tetapi malangnya kebodohannya pula yang terserlah.

    Memang dua manusia dayus dari Bachok itulah yang menjadi kepalanya.

    ReplyDelete
  13. W'salam wartamaya

    Kalau benar begitu amatlah malang manusia yang menjadikan Utusan dan Berita sumber berita. Mereka lebih bodoh kerana ditipu oleh sibodoh!

    ReplyDelete
  14. W'salam Anonymous

    etul juga, mereka kebodohan mereka menjadikan rakyat lebih cerdik menilai.

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    Kesian. Menipu orang tetapi secara tak langsung menyatakan kebodohan sendiri kerana terlalu membodek dengan cara menipu.

    ReplyDelete
  16. baduk

    Betul baduk. Dua kali penipu. Menipu dengan menggunakan heading yang bagus supaya kita beli surat khabar tetapi dengan berita juga menipu.

    Kita tuggu pula nanti bolehkah mereka menipu Allah di Padang Mahsyar?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa