Tuesday, January 5, 2010

Apa Kata Mereka

Dalam pada kita berhujah melarang Agama Kristian menggunakan nama Allah pada akhbar mereka, ada baiknya juga kita mengetahui hujah dari pihak mereka.

Petikan di bawah adalah petikan saya dari blog malaysianindian1 yang ditulis oleh En. Siong Tet.

Penggunaan nama Allah dalam Alkitab dibuat oleh mereka yang datang menyebarkan Injil di Borneo beratus tahun dahulu. Orang-orang ini datang dari Australia dan Britain. Saya sendiri tidak tahu mengapa mereka memilih nama Allah sebagai terjemahan God dalam Alkitab.

Kemungkinan mereka merujuk kepada Alkitab bahasa Arab dan memutuskan untuk menggunakan nama yang sama seperti yang digunakan oleh orang Kristian Arab. Lagi pun orang Kristian Arab muncul lebih awal daripada orang muslim Arab.

Baca sepenuhnya di sini

4 comments:

  1. tidak pelik kenapa nama Allah digunakan utk menyebar kristian di borneo pada masa dulu. kerajaan islam brunei telah lama wujud sblm raja brook masuk sarawak. sblm british jaga sabah kesultanan sulu telah lama menjaga pantai barat dan timur sabah.

    cuma yg teman tak tahu apakah bahasa utama yg digunakan di borneo pada masa itu? utk suku terbesar di borneo iaitu iban dan kadazandusun apakah bahasa perantaraan digunakan bila bercakap dgn melayu brunei?

    cuma yg teman tahu memg semua perjanjian british dgn kesultanan sulu berkenaan penyewaan sabah adalah dlm tulisan jawi.

    ReplyDelete
  2. paloibinmulau

    Itu hanya kata-kata salah seorang Kristian di sana.

    Keadaan sebenarnya saya tidak tahu. Perjanjian di antara British dan Sultan-Sultan Melayu memang menggunakan tulisan jawi.

    ReplyDelete
  3. Setujukah anda jika suatu hari nama pada gambar "JESUS" akan ditukar kepada "ALLAH"?

    http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/01/setujukah-anda-jesus-ditukar-nama-allah.html

    ReplyDelete
  4. Sdr. Din.

    Hanya yang Muslim separuh saja akan menerima hakikat itu dengan senang hati.

    Hakikatnya mana lagi ada Agama Senawi di zaman ini. Semuanya telah di ubah. Sama ada Kitab Injil atau Taurat dan sebagainya. Kita suci Alqur'an tidak diubah pun adalah kerana janji perlindungan Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa