Wednesday, January 20, 2010

Dialog Yang Tidak Patut Di Tuturkan Di Pejabat Kerajaan

"Assalamu alaikum, saya nak tanya satu surat yang saya hantar ke Pejabat Pengarah, dan pagi ini saya dah jumpa Pengarah. Beliau kata surat itu beliau sudah memo dan sudah dihantar ke sini pagi tadi untuk tindakan Haji m..." Pegawai perempuan di Kaunter mencari di dalam bakul "surat masuk" yang ada di hadapannya. Setelah membelek surat-surat di dalam bakul itu, dia mendongak dan bertanya saya "Awak hantar bila?, Surat itu tak ada ni" (Perkataan "awak" adalah pantang saya bila bahasakan kepada Pelanggan. Sepatutnya bahasakan Encik atau Pak Cik lagi cantik bagi saya terutama saya nampak dia jauh lebih muda dari saya) Dalam hati saya berkata "dah tak ada adab, tak reti Melayu pulak pegawai nih!".

Saya dengan perasaan bengang menjawab "Awak tak reti Melayukah?. Saya dah kata tadi yang surat itu dari Pejabat Pengarah awak dihantar ke sini pagi tadi. Kalau tak ada kat sini, carilah kat dalam" Bila dia nampak saya marah dia terus masuk dan seketika kemudian, seorang pegawai lelaki pula keluar dengan membawa sekeping surat di tangan. Dengan selamba dia berkata "Surat ini ada dalam bakul kat dalam, baru pagi ini sampai dari Bilik Pengarah". Saya kata yang saya perlukan satu salinan surat yang bermemo itu untuk saya bawa ke sekolah. Dia menjawab "En. kena tunggu Haji M... /Ketua Unit masuk, sekarang dia bercuti". Saya tanya dia "Bila Haji M... masuk?" Dia kata "Tak tahu bila!". "Aih pelik sungguh jabatan ini, Boss cuti pun, anak buah tak tahu" kata saya di dalam hati.

Lagilah saya naik marah dan berkata "Boss awak ni besar dari Mahathirkah? bercuti sehingga anak buah pun tak tahu bila masuk!" Saya menambah "Mahathir pun kalau bercuti, semua orang tahu, paling tidak Setiausahanya dan Abdullah Badawi mesti tahu" (Masa itu Tun Mahathir adalah PM dan DS Abdullah adalah Timbalannya). Saya menyambung dengan berkata lagi "Saya mahu satu salinan surat itu untuk di bawa ke sekolah, anak saya dah seminggu tak sekolah".

Dia masuk ke dalam dan keluar dengan satu salinan photostat surat itu dan serahkan kepada saya sambil berkata "Encik kena datang balik jumpa Haji M..." saya menjawab "Encik sendiri tidak tahu bila dia masuk tapi Encik minta saya datang balik jumpa dia?" (Pegawai ini lebih beradap dengan bahasanya) dan saya menyambung " Saya tidak peduli, itu kerja Haji M.... Kalau dia nak jawab surat ini dia jawab, kalau tak nak pun lantak dialah. Yang penting bagi saya satu salinan surat ini sahaja"

Selepas ucapkan terima kasih dan salam saya pulang.

Ini adalah kes semasa anak kedua saya yang belajar di MRSM Kuala Lipis ketika itu dan nak pindah balik ke sekolah lamanya SMK Dato' Ahmad Maher di Kota Bharu. Sebenarnya pihak MRSM dan SMK Dato' Ahmad Maher sudah memberi lampu hijau.

Apa akan jadi sekiranya kerenah begini terjadi kepada orang kampung yang tinggal jauh dari Kota Bharu. Pastinya menyusahkan. Untuk selesaikan masalah, terpaksalah berulang alik sedangkan perkara itu boleh diselesaikan tanpa Pengawai/Ketua unit terbabit. Dan sudah pastinya dia tidak akan pergi jumpa Pengarah. Jadi dia akan serahkan saja di peringkat bawahan. Berapa lama agaknya akan selesai?

22 comments:

  1. Salam.

    Erm, Pak Din bukan kakitangan kerajaan ke? Maaf ckp, kebanyakan kakitangan kerajaan saya rasa memang mcm tu ketika berurusan dengan pelanggan. Walhal kakitangan tu mengaji sampai SPM je, berlagak mcm dia la paling besar sampaikan kita terpaksa merayu pulak dekat dia.

    P/s Tapi tak semua kakitangan kerajaan mcm tu, expecially guru2.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog,
    Ini lah karenah (kera...nah) birokrasi (berok2 yg telah dikasi)...yg selalu berlaku di pejabat kerajaan. kalu nak BEST lg pergi la pejabat tanah..terutamanya di Jeli..mohon tahun ni utk dptkan geran bg tanah yg telah diusahakan berpuluh tahun dulu oleh org tua...tunggu ler.. lima enam tahun lagi dapat lah gerannya...bila nak majukan tanah semuannya nakkan geran..abih camano? ni zaman siber dah..bukan zaman mesin taip lg..tp kerja...(org yg biasa berurusan deng pjbat tanah buleh jawab sendiri la!)

    ReplyDelete
  3. banyok kali doh bendo lagu ni... keno ore hok ewek-ewek meme nyaknyo la keno maing ko sek nih...

    tapi dale rama-rama tu... ado hok molek... tapi supo nok cari mutiaro di laut la... :P

    ReplyDelete
  4. Ini sikap biasa orang kerja kerajaan, sememangnya masing-masing tidak mahu menanggung tanggungjawab jika sekiranya terdapat seseorang lain di atas yg boleh di tolak tanggungjawab itu.

    Semuanya seboleh-bolehnya tidak mahu be accountable. Agaknya kalau boleh semua beban ditolak ke atas sehingga ke perdana menteri. Tetapi jika pada bab bonus, pandai pula meminta dibayar.

    Maaf, pemerhatian ini untuk kebanyakan pekerja kerajaan, ada juga yg bekerja dgn penuh hemah dan tanggungjawab.

    ir Anon

    ReplyDelete
  5. macam kat pejabat pelajaran jer pak din.... tak sedar diri....

    ReplyDelete
  6. kerenah di kementerian pelajaran atau jabatan pelajaran, beginilah..
    birokrasi yang meletihkan.

    ReplyDelete
  7. Salam ayahnda,
    manusia dihormati krn budi-bahasanya kalau xde budi bahasa akan hilanglah rasa hormat pada kita.
    Kata-kata mencerminkan keperibadian.

    ReplyDelete
  8. alang

    Betul alang, Pak Din juga Kakitangan Kerajaan. Cuma Pejabat di Bahagian Pak Din, Pak Din cukup marah kalau Pelanggan tidak layan dengan baik dan diberikan pertolongan yang sepatutnya. Bagi Pak Din kerja adalah fardhu dan ibadat.

    Pak Din juga setuju bukan semuanya begitu, cuma mungkin di dalam peratusan yang kecil kot?

    ReplyDelete
  9. W'salam pisangmalaysia

    Tentang Pejabat Tanah dan Jajahan di Kelantan ni dah tersohor satu Malaya. Kalau ada 'Tips' baru kerja cepat jalan!

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Betul. Bukan semuanya begitu. Walau pun bukan semua begitu, menyusahan perkara yang mudah kerana malas ada satu perkara yang tidak patut berlaku.

    ReplyDelete
  11. ir Anon

    Pada Pak Dinlah, mereka bukan tidak mahu bertanggung jawab tetapi malas. Semasa Pegawai Perumpuan tu mencari surat di dalam bakul kat depan tetapi tak ada, Pak Din suruh dia cari kat dalam, barulah dia masuk ke dalam tetapi orang lain pula yang bawa surat tu keluar. Itu menunjukkan dia malas bertindak dan malas berfikir.

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Betul. Pejabat Pelajaran Negeri Kelantan semasa Dato' Shafie menjadi Pengarahnya.

    ReplyDelete
  13. a kl citizen

    Saudari seorang Guru, tentu lebih tahu dan lebih maklum dengan kerenah Kakitangan Pejabat Pelajaran Negeri.

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda ijoks

    Itulah yang ayahanda kesalkan. Dengan ayahanda yang berumur ni pun dia boleh biadab. Apa lagilah dengan yang muda.

    ReplyDelete
  15. kena kat pak din xper la..... kalau aku kea camtu.... sok aku datang ngan petroln lighter.....!!!!

    ReplyDelete
  16. madbi

    Eh.. bahaya tu, kan satu bangunan terbakar tak apa lagi tapi kalau satu kompleks terbakar. Memang darah muda macam tu, Pak Din dulu pun bukan tahu bahasa 'sabar'

    ReplyDelete
  17. asalamualikum ayahnda

    nak cakap dia orang bodoh .. ramai yang terasa.. tapi itu kebenaranya

    sebab itu dalam dua tiga tahun dia orang cari yang boleh berfikir di luar kotak..
    ceh..
    gaji besar otak kecik

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan...

    Terima kasih kerana mengutarakan perkara sebegini, bukan orang biasa ajer yang kena, cikgu-cikgu sendiri terpaksa berhadapan dengan kerenah pegawai-pegawai kaunter ni!

    ReplyDelete
  19. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Berfikir di luar kotak adalah satu aset sebenarnya. perkara mudah tetapi jarang manusia yang mampu.

    Nak kata bodoh pun takkanlah mereka bodoh sangat. Tapi pada ayahanda mereka malas sebenarnya. Jadi mereka cari alasan Boss tak ada atau bercuti misalnya.

    ReplyDelete
  20. W'salam Daddy Cool.

    Lama sudah saya pun tak jengok ke blog Daddy Cool. Daddy Cool masih lagi mengajar di Cameron Highlandkah?
    Pengetua sekolah menengah di sana adalah rakan saya.

    Memang saya mendengar sungutan begitu dari seorang Pengetua ketika kami sama-sama menunggu giliran untuk berjumpa dengan Pengarah Negeri. Dia nampak gugup dan gelisah, jadi saya tanya kenapa gelisah sangat? Dia jawab dahlah kakitangan banyak kerenah, ni nak jumpa Pengarah pun satu masalah menunggu. Pengarah pula kalau dengan Guru-Guru cukup garang!

    ReplyDelete
  21. salam Pak Din

    biasala tu, kdg2 ada juga pekerja yang kurang sopan dgn pelangggan. mengganggu sistem bekerja sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  22. W'salam Mohamadazhan hjDesa

    Sepatutnya jabatan menilai siapa di antara kakitanganya yang layak duduk kaunter. Budi bahasa membentuk persepsi orang ramai terhadap sesuatu jabatan. Imej kerajaan juga yang rosak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa