Friday, January 15, 2010

Kami Bangga

Raja yang menjadikan kami Rakyat Kelantan merasa bersykur dan bangga. Alhamdulillah, Allah anugerahkan kami seorang Raja yang beragama dan prihatin rakyat.

Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.

Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

"Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

"Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

"Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan," katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Ciluk dari Web Panas. Terima kasih Asrol

24 comments:

  1. Salam MountDweller,
    Amat sesuai dengan nama "Serambi Mekah". Amat terharu saya.

    ReplyDelete
  2. W'salam Dr.

    Ya Dr, memang membuatkan terharu dan bangga. Lembu Korban pun Baginda sembelih dan bahagi-bahagikan sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam Tuan:

    ini akan melenyapkan segala polimek tentang kerajaan negeri. mereka yg bising2 sebelum ini hanya untuk mencari publisiti rupanya. mana suara ibrahim katak yg bising mengkiritk TGNA dan cuba menanguk air yg betul2 keruh dengan menyokong tindakan adinda tengku faris yg dilucutkan PERAJAANnya. rupanya Tengku Faris lebih yakin dan mempercayai kewibawaan TGNA. Tengku Faris telah mengembalikan KEPERCAYAAN RAKYAT KELANTAN KEPADA TGNA. TAHNIAH, RAJA YG SENTIASA DIHATI RAKYAT, DAULAT TUANKU!!!

    ReplyDelete
  4. akum,ayahnda
    alhamdulilah... begitu lah hendaknya

    raja dan sultan menjadi payung kepada rakyat

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Masyaallah...Terharu saya tengok, tumpang bangga walaupun bukan rakyat Kelantan. Pertama kali saya jumpa seorang Raja yang merealisasikan ayat Allah bahawa apabila bertemu Allah, tiada perbezaan pangkat dan harta dunia. Sekilas pandang kita tak dapat nak bezakan siapa ketua siapa rakyat.

    ReplyDelete
  6. Hebat betul Kelantan. Semoga doa-doa itu dimakbulkan. Amin.

    ReplyDelete
  7. Pada masa sekarang ini cuma Kelantan dan Johor sahaja yg mempunyai sultan yg begitu bersemangat mengetuai jemaah mereka.

    Mungkin di masa depan Pemangku Sultan Kelantan akan juga menjadi khatib dan imam dalam sembahyang Jumaat seperti yg lazim dilakukan Tengku Mahmud sultan Johor semasa beliau sihat dahulu.

    Begini lah sepatutnya - bukan ketua Islam hanya pada perlembagaan negeri sahaja.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  8. salam, pakdin semoga sihat dan murah rezeki hendaknya.
    sama-sama.

    oh ya, dr wahab pun ada di sini juga, pengasas blogger network malaysia ...we miss the cyber war time dulu..

    ReplyDelete
  9. Salam Ayahanda,

    Macam ini punya sultan/raja (walau pemangku), yang patut kita hormati.

    Bukannya yang pandai bercakap dan jadi boneka saja.

    Kredibiliti dan tanggung jawap terhadap rakyat dan negeri itu yang penting sebagai seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  10. Akhirnya Nik Aziz terpaksa buat statement pasal isu PMBK tu.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Pakcik Din..

    Alhamdulillah..biar pun peristiwa baru berlaku (walaupun mengimani sembahyang hajat shj)sekurang-kurangnya ada titik permulaan kepada pemerintah kita memahami tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di bumi Allah ini..

    ReplyDelete
  12. Salam Pakdin,

    Terharu saya membaca berita Tuanku Pemangku Sultan Kelantan mengimamkan solat, jarang sekali kita dengar di mana-mana negeri.

    Jika begini tingkah sultan, wajarlah ia menjadi pelindung kepada agama Islam. Barulah rakyat terasa hubungan rapat dengan istana.

    Saya berdoa agar Raja Nazrin juga akan berupaya mengimamkan solat di negeri Perak. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  13. W'salam sdr. kulat

    Katak memang tidak boleh diambil kira. Bising pada musim hujan saja. Bila kemarau terus lenyap.

    Memang hak Tengku Faris sebenarnya. Di mata rakyat pun Tengku Faris amat jauh ke depan. Selepas Tengku Faris ada lagi Tengku Bendahara. Setahu saya Tengku Faris dengan TGNA memang rapat sejak Tengku Faris kecil lagi.

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Raja yang berdaulat memang sentiasa di hati rakyat.

    ReplyDelete
  15. akuatik

    Sebenarnya kami rakyat Kelantan cukup bangga walau pun sebelum ini Tengku Faris memang bersama rakyat di masa susah.

    Pada Hari Raya Korban pun Tengku Faris sembelih lembu korban sendiri dan turut bahagi-bahagikan korban kepada rakyat.

    Banginda memang jenis easygoing sejak dari kecil.

    ReplyDelete
  16. Harimau-Menaip

    Kami bersyukur dan sama-sama berdoa.

    ReplyDelete
  17. ir Anon

    Kita rakyat Kelantan pastinya berada di belakang Tengku Faris.

    Betul, Johor dan Kelantan terkehadapan dari Raja lain di dalam hal Masjid dan Solat.

    ReplyDelete
  18. Rakyat Kelantan Darul Naim

    Alhamdulilah Pak Din sihat dan terima kasih di atas doa. Pak Din pun doakan Asrol cepat sembuh dan sihat kembali. Maklumlah masih Pengantin Baru mana boleh berjauhan lama-lama.

    Oh.. Dr. Wahab ada di Kelantan ke? Kalau beliau masih di sini rasanya Pak Din nak jumpa dia.

    ReplyDelete
  19. W'salam anakanda Isa

    Tengku Faris sememangnya kurang cakap tapi banyak usaha dan bertindak.

    Semasa memangku Sultan ni pun sudah banyak dia bertindak dan membuat perubahan pentadbiran peringkat Negeri (SUK).

    ReplyDelete
  20. Anonymous

    Terima kasih, saya dah baca. Ini mengesahkan apa yang ditulis kickdefella itu betul. Saya salute kerana TGNA berani mengaku kesilapan walau pun orang lain yang buat taik. Silap beliau ialah melantik Ariffahmi di situ.

    Apa pun saya bersyukur TGNA telah bertindak membetulkan keadaan walau terpaksa menanggung beban bayaran. Tetapi semuanya untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  21. UXOP

    Betul, walau hanya menjadi Imam Solat Hajat tetapi itu akan menjadi permulaan kepada tugas yang lebih besar. Solat Jumaat umpamanya. Memang baginda mampu sebenarnya.

    ReplyDelete
  22. W'salam sdr. Brahim

    Tuanku Raja Nazrin pun boleh kalau beliau mahu. Belajar dan amalkan itulah asasnya.

    Bagi Tengku Faris berada majlis agama bukan asing baginya. Solat waktu juga kekadang orang ramai tidak sedar baginda hadir terutama Solat Subuh di Masjid yang berhampiran Istananya.

    Di kebanyakan majlis baginda tidak menyusahkan rakyat kerana kehadirannya.

    ReplyDelete
  23. mana pegi rajagopal negeri lain??? takkan setakat nak tunjuk lagak setakat merasmikan jamuan makan,majlis tilawah,sampaikan bantuan, mesyuarat amno dengan pengiring yang menyusahkan lalulintas jer kot......!!!!!

    ReplyDelete
  24. madbi

    Yang di negeri lain tu memang Rajagopallah kot?

    Rajagopal memang tidak ke Masjid!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa