Thursday, January 14, 2010

Kisah Santai Lagi

Kisah ini juga saya dapat dari seorang Anggota PGA.

Sebuah Perkampungan Orang Asli dihubungi oleh sebatang jalan yang digunakan oleh sun tai wong untuk mengangkut Balak dari Hutan ke Beta yang berdekatan. Jalan inilah juga yang sering digunakan oleh Orang Asli dari kampung itu untuk keluar ke Kedai atau Pekan. Pada lazimnya semua kenderaan menggunakan jalan ini pada waktu siang sahaja. Di waktu malam jalan ini bebas digunakan pula oleh Orang Asli dengan berjalan kaki atau bermotosikal. Pada suatu malam seorang Orang Asli dari perkampungan itu menuggang Motosikal berseorangan untuk keluar ke kedai.

Memang jalan begitu akan terjadi dua lorong akibat dari kesan tayar muatan berat. Lorong inilah juga yang digunakan oleh semua penunggang motosikal. Setiba dipertengahan jalan, Orang Asli ini nampak dua lampu dikedua-dua lorong yang digunakan sedang menghala ke arahnya. Dia fikir ini tentu dua buah motosikal sedang menggunakan kedua-dua lorong itu.

Jadi untuk mengelak dari bertembung, dia naik ke dada jalan (di tegah-tengah jalan). Tak semena-mena dia terjatuh dilanggar. Rupanya lampu yang menghala ke arahnya itu bukan Motosikal tetapi Hilux Pemburu. Malangnya Hilux itu tidak berhenti dan terus berlalu. Dengan marah dia bangkit dan terus ke Balai Polis buat laporan.

Di Balai Polis, dia disoal "Kenderaan tu, Hilux ke?"
Dengan selamba dia menjawab "Eh.. Encik, kalau dapat elak takkan saya kena".

Dengan senyum Polis menyoal lagi "Habis macam mana boleh kena"
Orang Asli itu menjawab "Celaka! yang tengah tu tak pasang lampu, mana saya nampak!"

Sampai sudah dia tidak tahu yang melanggar dia tu adalah kenderaan empat roda.


Saya akan sambung lagi dengan cerita begini kalau sudi membacanya.

12 comments:

  1. Salam MountDweller,
    Apa kabar? Happy dah pencen! Blog pun semakin meningkat!

    ReplyDelete
  2. W'salam Dr.

    Khabar baik, Alhamdulillah. Walau pu sudah tidak ke pejabat, rupanya banyak perkara yang perlu dilakukan.

    Selain blogging, jogging dan hantar isteri, kawasan rumah juga perlu dijaga sesuai dengan tuannya yang dah pencen. Apa pun kepala agak lega tanpa fikirkan perkara-perkara berat.

    ReplyDelete
  3. Cerita2 mcm ni baru layan.

    p/s Dah muak sgt ngn cerita politik dan keagamaan(kes nama Allah).

    ReplyDelete
  4. alang,

    Cerita politik ni sebenarnya menyakitkan hati. Tapi kita tidak boleh lari dari politik. Yang paling sakit hati bila Pemimpin membuat kenyataan bodoh yang tidak setaraf dengan pelajaran dan kedudukannya.

    ReplyDelete
  5. hahaha.... kelakar...kelakar... saya suke cerita ni..... kalau ada lagi kasi up lagi Pak Din, dapat juga menghilangkan rasa boring dgn kerenah politik, birokrasi dan kukubesi di era ni....

    ReplyDelete
  6. hehe...marah orang2 asli nanti kat tuan rumah ni, asik kisah diorang saja.

    kena seimbangkan jenaka - yg orang melayu, orang india dan cina...baru la sama rata...

    - ir Anon

    ReplyDelete
  7. muraisenja

    Memang kelakar bagi kita tetapi bagi mereka mungkin tidak. Di dalam dunia mereka memang begitu.

    Yang Pak Din faham tentang mereka ini, mereka memang berfikir secara lurus. Mereka hanya bercakap sama dengan apa yang mereka fikirkan.

    Mereka lurus di dalam bercakap dan perbuatan. Kalau mereka menipu sekali pun mereka akan berterus-terang. Nanti Pak Din ceritakan bagaimana mereka menipu tetapi lurus!

    ReplyDelete
  8. ir. Anon

    Terima kasih di atas cadangan itu. Memang sepatutnya begitu.

    Cuma apa yang saya cuba paparkan adalah sifat lurus bendul dan cerdik yang tak boleh ditumpang mereka.

    Cerita kelakar dan tolol Melayu ramai yang sudah tahu. Kisah pendalaman macam ini susah nak dapat. Saya pun hanya dapat dari Anggota PGA dan JOA kerana mereka sahaja yang selalu berdamping dengan masyarakat ini.

    Terima kasih sekali lagi di atas teguran yang membawa kebaikan itu.

    ReplyDelete
  9. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Biasalah tu. Hidup kita ni ada masa lega dan ada masa pula bengang bagai nak pecah kepala. Bawa bertenang dan rehat.

    ReplyDelete
  10. menipu tapi lurus.. menarik gak tu nak dengar. tapi mmg ikut pengalaman saya pun, diorg ni tak pandai nak putar belit.

    Still teringat satu kejadian semasa saya pergi ke Tasik Banding. Ada satu perkampungan orang asli yang kami visit. Sambil visit tu, ada lah juga sedekahkan sedikit beras dan barang2 keperluan harian.

    Dah abis penyerahan, kami pun jalan2 lah sekitar kampung yg kecil tu. My friend a lady, ternampak seekor anak kera main2 ngan tuannya. Dia pun datang dekat, sambil buat muka comel, dia tanya, "pakcik, apa nama dia?" merujuk kepada anak kera tu lah... pakcik tu pun dengan muka selambanya menjawab... "Monyet..."

    Kitorg kat belakang terus gelak guling2... :)

    ReplyDelete
  11. fariz

    Agaknya memang budaya mereka begitu. Rasanya ramai yang menonton program Majalah 3 satu ketika dulu yang membuat liputan tentang sebuah kampung Orang Asli di Tasik Banding yang diserang Gajah Liar.

    Semasa liputan itu Wartawan TV3 bertanya kepada Penghulu Orang Asli. seingat saya dialognya begini "Penghulu, malam ni ada tak Gajah masuk?" Penghulu itu menjawab "Entahlah, dia tak ada janji sama aku, aku pun tak ada janji sama dia!"

    Semua orang tergelak sebelum dialog itu diputuskan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa