Tuesday, February 9, 2010

Ada Kaitan Kerajaan, Adalah Kerenahnya

Kenapa ye? Bila apa-apa saja perkara yang melibatkan kerajaan, baik jabatan atau agensi akan menjadi rigid dan menyusahkan pelanggan. Seolah kalau perkara ini tidak berlaku, bukan hak kerajaan namanya...

Kalau Jabatan mungkin kebanyakan dari kita sudah alami kerenahnya bila berurusan. Ini pula cerita (Bank Simpanan Nasional) BSN. Anak buah saya pernah kehilangan duit simpanan di BSN ketika dia menuntut di UIA dulu tetapi bila semua laporan dibuat, tidak ada apa-apa tindakan maklum atau balas. Akhirnya pihak kita pula yang dipersalahkan.

Kali ini saya sendiri pula kes Card Credit. Bila saya dah muak dan bosan dengan pihak BSN yang hanya pentingkan Lawyer kroni mereka mungkin? Tanpa mengambil kira kebajikan Pelanggan mereka. Saya hubungi Card Center untuk tanyakan jumlah bayaran penuh. Pegawai di sana menjawab sekian-sekian jumlah. Tetapi bila saya kata saya nak tamatkan perkhidmatan Card yang saya pegang, jumlahnya menjadi sekian-sekian banyak pula. Yang peliknya kalau bank komersial yang lain kita mendapat potongan lagi!

Ok settle, bab duit. Lepas tu saya diarah untuk ke mana-mana Cawangannya di Kelantan untuk menamatkan Card berkenaan dengan mengemukakan satu surat permohonan penamatan Card. Saya pun taiplah surat sebagaimana diarah dan pergilah saya ke satu cawangan BSN di sini.

Pegawai dari Cawangan ini pula arahkan pula saya ke Cawangan Besar di pekan KB. Malas cakap banyak saya pun pergilah ke Pejabat Cawangan besar di KB. Di sini saya diminta isikan hanya satu borang ringkas dan bayar jumlah yang perlu di bayar sahaja. Surat permohonan tidak diperlukan pun!

Apa yang membuatkan saya marah dan muak kerana BSN ini nampknya memang nak bela Lawyer yang mengkin kroni mereka. Ada masanya saya agak leka dan terabai untuk membuat bayaran tepat pada masanya. Kalau bank lain ada Pegawai yang akan telefon memaklumkan kita tetapi BSN tidak begitu sebaliknya kita akan terima surat Lawyer dengan dicaj sekian-sekian.

Kebanyakannya saya akan terima dua surat mengenai perkara yang sama. Satu di alamat rumah dan satu lagi di alamat pejabat. Dua pucuk surat dengan dua caj!.

Tapi apa pun alhamdulillah hari ini selesai. Tak payah memanaskan hati lagi. Tamat!

Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang teringin nak mohon Card Credit, tak payahlah dari BSN. Mohonlah dari bank lain. Masa mereka membuat promosi bukan main lagi, jubur pun boleh berair!... maaf kepanasan, tersasul sikit.

10 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Marah benar gayanya, kalau saya dalam situasi yang sama mungkin angin satu badan juga.

    Pengalaman BSN, belasan tahun yang lalu, di mana akaun isteri saya "jumlah berkurangan dari yang tercatat dalam buku simpanan" bila berurusan untuk pembetulan, sama sajalah layanannya... lembab dan banyak kerenah, tak profesional lansung.

    Ambil masa berminggu juga untuk selesai dan kesudahannya tutup akaun dan buka di bank komersial yang lain.

    Seperti sedia maklum, saya berurusan dalam bidang logistic dan sehingga kini, saya cuba elakkan berurusan dengan jabatan/kementerian kerajaan, dari segi pembayaran sudah pasti lambat.

    Yang saya elakkan dari berurusan dengan mereka kerana banyak songeh dan sengal. Soal duit tepi/luaran up sana up sini... ha..ha..ha... isu sensitif dan tak perlulah cerita di sini, kerana mereka2 yang bertanggung-jawap pun beragama Islam juga...

    ha..ha..ha... faham2 jelah..

    Nasihat saya pada semua, kurangkan diri anda dari berurusan dengan kakitangan/jabatan/kementerian Kerajaan. Demi menjaga diri dari buat dosa memaki hamun dan sumpah seranah.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,
    Sebab tu agaknya BSN ni kurang pelanggan dari bangsa selain Melayu...

    ReplyDelete
  3. W'salam AimanIman

    Sedih, kesal kerana orang kita yang beragama Islamlah yang perangai huduh dengan rasuah dan sebagainya.

    Kerana mereka inilah Islam dilihat kotor dan rendah.

    AimanIman,

    Ayahanda pun banyak dengar cerita daripada kawan-kawan kontraktor berkenaan kakitangan kerajaan yang lapr ni. Kesian berikan makan anak bini dengan hasil duit yang demikian.

    ReplyDelete
  4. W'salam sahabatku anakmuaallaf

    Tetapi apa yang saya nampak BSN popular bagi orang luar bandar. Mungkin mereka terkena sedikit sebanyak tetapi tidak sedar.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan.

    Perkara yang paling 'sucks' sekali dengan customer service di Malaysia adalah layanan yang below par kepada pelanggan, tak kira lah bank mana pun, hatta BSN pun.

    Customer yang cerdik akan menilai sesuatu service daripada cara bagaimana pihak yang memberikan service itu bertindak. Sudah tiba masa kita ambil service berdasarkan mutu, bukan lagi 'kaum'. Islam pun mementingkan mutu. Kalau mutu tidak memuaskan, dalam Islam ia boleh dikembalikan kerana peniaga sudah dikira menipu. Dalam Islam hal sebegini dijaga. Sayangnya, segelintir orang2 Islam tidak paham bab ini.

    Dalam bab Credit Card pula, nasihat saya, jika tidak perlu tak usahlah apply. Kerana Cash is still King. Bank2 ini semua, time nak bagi Credit Card punya la baik. Tapi bilamana kita guna Credit Card dia, dan apabila kita ditimpa kesusahan dia tak pernah kisah, walaupun kita ini sudah menjadi paymaster yang bagus untuk tempoh 4 tahun.

    Sekarang, jika ada orang datang nak jual Credit Card, saya just bagitau, saya tak suka guna, saya prefer pakai Cash. Lagipun sekarang ini dah ada pun Card yang boleh bertindak sebagai Debit Card, tanpa perlu kita membawa wang dalam saku. Sayang sekali facility itu baru di Malaysia, di USA facility sebegitu sudah wujud sejak 1994.

    -Garden

    ReplyDelete
  6. W'salam Garden

    Betul kata Garden. Kenapa kita bersusah payah berhutang dengan caj yang berganda?

    Memang Debit Card adalah lebih baik dan kita akan lebih berhemah di dalam perbelanjaan. Cuma rasanya baru diperkenalkan.

    Terima kasih Garden.

    ReplyDelete
  7. mr edz

    Kenapakah apa saja yang berkaitan dengan Melayu/Kerajaan begitu jadinya? Bila agaknya kita akan berubah?

    Padahal Islam mengajar kita segala.

    ReplyDelete
  8. tepuk dada tanya iman! memang Islam lengkap, tapi orang yang mengaku muslim tu 1) solat tidak sempurna, jauh sekali solat jemaah, 2) tajwid lintang pukang, maknanya tak baca dan memahami alQuran, 3) makan sumber syubhat malah haram, 4) tidak berzakat, 5) buat seks dengan isteri tanpa doa, w/pun sekadar hanya dengan bismillah.

    maaf, ini bukan nota agama, cuma membebel. hehe tq tuan.

    ReplyDelete
  9. irsha

    Walau pun apa yang dikatakan, nota atau kuliah, selagi menjadi tarbiyah dan peringatan tetap menjadi perkara yang baik.

    Apa yang irsha katakan itu semuanya betul. Ibadat gagal menjadi benteng pertahanan kemungkaran diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa