Monday, February 8, 2010

Dah Muak Pun!

Memang ramai Penyokong dan Pengundi sudah mula muak dengan PAS kecuali Ahli PAS yang mabuk 'Wala'. Bacalah nasihat yang lebih bijak dan berotak di bawah!

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
(Peguampas)

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!

Nak blogging pun dah rasa naik nak muntah dengan streamyx yang dah jadi macam UG juga. Sekali ok, sekali tak ok!

12 comments:

  1. makin lama makin pening.. lama lama pengundi pun lari

    ReplyDelete
  2. Nak duit royalti jer tu.

    ReplyDelete
  3. sayangnya pemimpin pas mabuk kemenangan, pemimpin pas tidak bersedia menjadi pentadbir karena mereka tidak mahu belajar terlebih dahulu bagaimakah hendak mentadbir... sehingga lahir manusia gila jawatan dan mengabaikan wala' kepada ahli dimana ahli telah memerintahkan agar mereka berkelakuan sebagaimana layaknya pemimpin itu adalah hamba kepada ahlinya..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya streamyx masih belum pulih 100% dari kerosakan kabel dasarlaut lebih seminggu lalu. Mungkin juga walaupun kabel sudah diperbaiki tetapi sistem2 bersangkutan masih lagi dalam proses pembaikan. Sebab itu sesetengah website telah kembali laju tetapi masih lagi perlahan untuk sesetengah site.

    Takut juga kerajaan mengambil kesempatan ini untuk membuat berbagai kerja seperti memasang 'filter' kepada website dan blog yg anti UMNO.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  5. Count me in...saya dah muak,serik,marah,sakit hati,malas layan & tegur depa tu, dah.

    ReplyDelete
  6. Sdr. Brahim

    Tidak berhati-hatilah yang menjadi masalahnya. Sepatutnya sebagai pemimpin mereka lebih bijak.

    ReplyDelete
  7. BRIGED MP SEGAMBUT

    Itulah hakikat sebenarnya. Hilang tumpuan kerana besar kepala.

    ReplyDelete
  8. ir Anon

    Itulah yang buatkan sakit hati. Tapi malam ini oklah sikit.

    ReplyDelete
  9. Hanz

    Nampaknya ramai yang berperasaan macam Hanz. Auntie dah membebel panjang kat Pak Din.

    Besar kepalalah, tak sedar dirilah, entah apa-apa lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa