Sunday, February 28, 2010

Jahat Melebihi Syaitan

Syaitan, sekiranya anak atau anak buahnya disakiti akan menuntut bela. Tanyalah bomoh dan Dukun sudah berapa ramai manusia yang terkena perbuatan Syaitan. Kalau kepala anaknya terkena kencing pun, siPengencing akan kemungkinan kena.

Tapi ke tahap mana nak kita letakkan manusia seperti di bawah ini. Sudahlah bersekedudukan dengan Ibunya, anak pula dizalimi dan dibunuh. Rasanya dia ni bukan anak dari baka manusia kot?

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.

Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.

Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.

Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.

Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.

"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.

"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.

Baca sepenuhnya di sini

10 comments:

  1. Salam Tuan Blogger.

    Abang mat ni sebenarnya seorang PENGECUT!!!

    Ada ke patut kanak2 berusia 3 tahun dijadikan mangsa belasahan???

    Malang sungguh ibubapa abang mat sebab melahirkan anak berstatus DAYUS tahap gaban yang hanya berani dengan kanak2 berusia 3 tahun!!!

    Kepada keluarga adik Syafiah Humairah, aku ucapkan TAKZIAH di atas apa yang telah berlaku.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik Syafiah Humairah.

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. W'salam jai

    Pada Pak Din pengecut tu satu hal. Dan laykkah dia ni dipanggil Abang?(Abg Mat) sebab pada Pak Din dia ni bukan jenis manusia!

    Jenis makhluk apa tak tahu pula spesisnya.

    ReplyDelete
  3. mangkok ni patut kena hudud saja.......

    ReplyDelete
  4. Pembunuh itu juga positif dadah. Kalau dah jadi taik dadah, otak dah tak berapa betul lagi, mudah jadi syaitan. Sebelum ni pun ramai pembunuh kejam adalah taik dadah.

    Sudah sampai masanya kerajaan 'mula bekerja' membenteras pengedaran dadah. Kalau setakat tangkap penagih dadah tanpa disekat aktiviti pengedar, sampai kiamat pun tak selesai. Orang jadi penagih sebab bekalan dadah begitu berleluasa dijual d Malaysia. Malaysia tak ubah macam negara Columbia.

    ReplyDelete
  5. undertaker

    Memang tepat sebab kes bunuh dan dadah. Tapi apa nak dikata sebab Pemimpin Malaysia Darul Islam kata Hudud menyebabkan kemunduran!

    ReplyDelete
  6. kembara putih

    Oooo.. patutla. Tahi dadah ni memang otak kering, tidak ada perasaan, Bangkai bernyawa.

    Kerajaan sudah suruh bekerja tetapi manusia yang mengambil upah untuk bekerja itu pula yang membawa masalah. Menjadi Pelindung kegiatan pengedaran pun ada. Duit punya pasal, bangsa yang jadi haprak.

    Pak Din dengar khabar kat Thailand mereka tidak akan tangkap, baik Pengedar atau Penagih. Mereka tembak mati di situ saja. Polis atau tentera tidak tahu, tapi mereka ada satu skuad yang bertindak begitu

    ReplyDelete
  7. Manusia bertopengkan syaitan ni x patut hidup di muka bumi ALLAH...Hukuman rejam smpai mati patut di kenakan pada suspek durjana ni...air mata mengalir kala terbaca berita si anak kecil berumur 3 tahun di dera, disepak, di terajang & di baling seperti binatang...manusia jenis apakah ini??? Takziah buat keluarga Allahyarham adik Syafiah Humairah & Al-Fatihah buat adik Syafiah...

    ReplyDelete
  8. ayu78

    Masa uncle baca berita tu, rasanya dah melangkaui kesihan. Marah membuak-buak.

    Kalau sidurjana tu ada di depan mata, dia juga uncle kerjakan sebagaimana dia buat pada Allahyarham.

    Takziah kepada keluarga pun tak ada gunakanya sebab mereka pun sama durjana.

    ReplyDelete
  9. Pak Din...

    kalau saya ada peluang, saya nak jumpa dengan 'abg mat' tu...

    saya nak pijak dia sampai patah tulang belakang... then, saya nak toreh satu badan dia dengan pisau... then, saya perahkan asam limau kat tempat saya toreh tu... akhir sekali, sebelum saya campak dia dalam tong simen yang separuh beku, saya nak potong anu dia untuk bagi anjing makan...

    salah tak kalau wat camtu kat pukimak nie?

    (edyes hilang rasional sebentar)

    saya ada anak umur 4 dan 2 tahun.. memang saya terasa!!

    ReplyDelete
  10. Edyes

    Pak Din pun cukup marah. Entahlah apa akan jadi sekiranya siMalaun ni kerjakan budak tu depan mata Pak Din.

    Apa pun pada pandangan rasionalnya, Allah sayangkan budak ni. Allah selamatkan penderaan yang berpanjangan sekiranya arwah ini hidup bersama mereka (lelaki itu dan Ibunya)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa