Sunday, February 14, 2010

Kenapa Budak-Budak Sekarang Jadi Hantu - Sambungan

"Kenapa di akhir-akhir ini ramai siBapa jadi binatang dan siAnak jadi haiwan" Soalan ini saya tujukan kepada seorang Guru Agama yang agak rapat dengan saya pada suatu masa dulu.

Jawapan beliau 2 sebab : Pertama taqdir/rencana Tuhan. (tidak ada siapa yang boleh berkata apa-apa)
.

Kedua ialah keraguan Nikah itu sendiri. Benar-benar sah atau tidak. Ianya tertakluk pada rukun dan kriteria manusia yang terlibat. Contohnya Wali dan Saksi. Dari segi hukum adakah dia layak? Adakah dia hidup dengan sebenarnya dengan tata cara kehidupan seorang Muslim?. Ada tak Imam/Kadhi yang akan menikahkan pasangan itu menyiasat atau soal siasat mereka?.

Jadi kalau tidak menepati apa yang digariskan hukum, apa akan jadi pada zuriat mereka?

Saya faham tetapi banyak huraian yang perlu.

Itu bab nikah. Bagaimana pula dengan bab rezeki yang membesarkan anak-anak dan keluarga?

Ramai manusia yang mencuri tanpa sedar kerana tidak melibat meterial atau fizikal. Contohnya kita dibayar gaji untuk kerja lapan jam tetapi 3 jam daripada masa itu kita di kedai kopi. Upah dari 3 jam yang haram itulah juga yang bercampur 5 jam yang halal kita bawa balik untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak.

Itu yang tidak sedar. Yang memang sedar, terang dan nyata bagaimana?

Rumah saya beberapa kali dipecah dan masuk pencuri dan berlaku kehilangan, tetapi tidaklah banyak. Saya bersyukur semoga Allah membersihkan rumah dan keluarga saya dari hasil yang meragukan kerana saya juga manusia. Kecurian masa juga memang ada. Jadi apa salahnya Allah menghantar dan mengizinkan manusia lain mencuri di rumah saya?

Itu bab rezeki. Bagaimana pula bab emosi?

Berapa bulan sekalikah kita adakan perbincangan 'Meja Bulat' untuk ahli keluarga kita dan Orang Gaji meluahkan perasaan gembira atau tidak puas hati kepada kita sebagai Ketua Keluarga? Kalau kita lakukan, adakah kita mendengar, menerima dan memberikan penjelasan?

Kalau kita marahkan anak-anak kerana sesuatu sebab, adakah kita berikan ruang untuk mereka membela diri? Berikanlah ruang untuk mereka menjawab mengikut logik mereka. Kalau betul kita terima, kalau salah kita nasihat dan perbetulkan. Kalau kita yang salah, mohonlah maaf walau pun kepada anak kecil. Pokoknya jangan dilatih anak-anak menjadi manusia 'Kuku Besi'!

Jikalau didapati di antara anak-anak kita yang murung dan kurang bercakap, adakah kita bertanya apa masalahnya sambil memujuk? Tanpa kita sedar, tindakan inilah yang anak-anak remaja mahukan. Luangkan masa berbincang!

12 comments:

  1. assalammualaikum

    saya bersetuju dengan entri ini
    musibah yang berlaku mungkin bersebab dari perkara yang dinyatakan

    ReplyDelete
  2. subhananllah..memang banyak antara kita yang tidak sedar bab bekerja sambil lewa itu dosa..

    terimakasih bertambah maju penulisan tuan.

    itulah baiknya zakat dan sedekah harus dibuat selalu untuk membersihkan diri kita.

    ReplyDelete
  3. sama-samalah kita merenung diri..
    muhasabah...timo kasih Pak Din!!

    ReplyDelete
  4. Salam ayahnda
    "Ramai manusia yang mencuri tanpa sedar kerana tidak melibat meterial atau fizikal. Contohnya kita dibayar gaji untuk kerja lapan jam tetapi 3 jam daripada masa itu kita di kedai kopi. Upah dari 3 jam yang haram itulah juga yang bercampur 5 jam yang halal kita bawa balik untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak."
    Saya sangat bersetuju dgn kenyataan ini.
    Izinkan saya copy N3 ni.

    ReplyDelete
  5. Salama sahabat

    Satu tulisan yang penoh ilmiah. Syabas sahabat

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam a kl citizen

    Nampak ada sebahagian darinya. Ada lagi faktor lain yang menyumbang ke arah itu.

    ReplyDelete
  7. bawean termenung

    Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tidak nampak atau tidak sedar sebenarnya. Itulah sebabnya ramai dari kita cakap lain dan buat pula lain.

    ReplyDelete
  8. Induk Yati

    Untuk mengingatkan diri saya juga.

    ReplyDelete
  9. mr edz

    Sama-samalah kita merenung ke dalam diri dan sanubari.

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda ijoks

    Silakan. perkara yang kita rasa memberikan manafaat kepada khalayak kita sebarkan. Kalau tak betul sanggah dan yang betul akur.

    ReplyDelete
  11. W'salam Sdr.ku Ayid

    Terima kasih. Bukankah Allah menyuruh manusia sentiasa ingat dan mengingati di antara kita?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa