Tuesday, February 23, 2010

Pencacai Bodoh Tidak Bertempat

Belum DiBuktikan Bersalah,Jangan Dahului Mahkamah


Posted on Monday, February 22 @ 20:56:40 PST by Paktam
Oleh Sofi Wahab

Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat.

Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu Umno. Kadang-kadang Professor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut.

Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang IPTA yang antara berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR. Katanya perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.

Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.

Kenyataan merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar. Sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.

Saya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

12 comments:

  1. asalamulikum ayahnda
    rasa macam nak termuntah dan mencarut

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Utusan Meloya tu kan lidah rasmi setan umno...

    Sama juga dengan Rais Yatim, dulu dah bakar jambatan konon dengan umno, la ni dah lupa apa yang dia cakap dulu... dasar melayu mudah lupa.

    Pakat2 kempen boikot jer..., kalau boleh suruh kerajaan negeri kelantan sekat penjualannya di Kelantan.

    ReplyDelete
  3. kesian.. kesian... harap dapat jawab kat akhirat nanti

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Yang bercakap tu bukan sebarangan orang..Demi survival politik dan jawatan cakap ajelah...
    Saya dah lama tak tatap Utusan..Meloya rasanya..

    ReplyDelete
  5. hahahha menghina mahkamah..apa hukumannya??

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Saya ketawa dgn kenyataan Rais yatim tu....
    suruh anwar letak jawatan kerana ada kes di mahkamah...(jejas imej)

    Najib pun kena letak jawatan gak rasanyaer... :)

    ReplyDelete
  7. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.

    Kerana jijik dan gelilah ayahanda jadikan ini sebagai n3

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda Isa

    Ayahanda cukup bengang sekiranya seorang terpelajar (PHD) yang bercakap setaraf dan sebodoh pengayuh beca.

    ReplyDelete
  9. mr edz

    Betul, sepatutnya yang berotak tu renung-renunglah dulu sebelum bercakap.

    ReplyDelete
  10. w'salam anakmuallaf

    Begitulah hakikatnya. Demi periuk nasi manusia berotak sanggup membodohkan diri.

    Tengoklah Tok Pa di Kelantan!

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Kes Najib lebih Maha dari Nuar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa