Tuesday, February 23, 2010

Perkara Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

Tambahan kepada Tajuk N3 Kenapa Budak-Budak Sekarang Jadi Hantu

Satu perkara yang agak ketara tetapi kita terlupa ialah akhlak. Kita sekarang ini agak alpa tentang itu. Rasanya Ibu Bapa yang sebaya dengan saya pasti ingat, semasa kita kanak-kanak dulu sekiranya ada tamu bertandang ke rumah kita akan disuruh bersalam dan cium tangan selepas itu kita akan disuruh pergi main jauh dari tetamu. Supaya kita tidak mengganggu percakapan mereka dan tetamu


Kalau kita lalu atau terpaksa lalu di hadapan atau di belakang orang tua atau tetamu, kita disuruh tunduk dan jalan perlahan dengan hormat. Kita akan kena marah kalau kita tergopoh gapah di hadapan tetamu. Kita juga akan kena marah sekiranya membuat bising atau bergurau tak tentu hala semasa siAyah atau siIbu sedang bercakap dengan tetamu.

Kita juga akan kena marah kalau makan atau minum berdiri atau sambil berjalan. Kita juga akan kena sekiranya pulang dari bermain melewati Azan Maghrib.

Tapi apa yang saya nampak Ibu Bapa sekarang tidak peduli itu semua. Semasa tetamu sedang bersembang dengan Ibu Bapa anak akan melompat di belakang hatta di atas muka tetamu pun Ibu Bapa tidak peduli. Anak-anak bergurau dan membising sehingga akan pecah rumah pun Ibu Bapa tidak peduli. Anak-anak makan atau minum sambil berlari pun ibu bapa tidak peduli. Jangankan rotan, marah pun tidak!

Dari segi mendidik untuk menjinakkan sianak dengan ibadat pula, adakah pernah kita ambil anak kecil kita letakkan ke riba sambil kita berwirid selepas solat? Adakah kita akan marah sekiranya kita sedang bersolat dan sianak cuba-cuba ikut perbuatan solat kita? Apa yang saya nampak semuanya dilarang. Mengganggu kata mereka. Tapi bukankah itu juga salah satu dari pendidikan mendekatkan anak-anak kecil kita kepada Tuhan dan Ibadah? Sebenarnya kita terlupa tentang itu.

Ada tak kita perasan kalau anak kecil kita sedang menangis pun sekiranya kita ambil dan letakkan ke riba semasa kita berwirid, anak itu akan diam sambil mendengar wirid kita? Ini semua saya buat dan perhatikan tindak balas anak-anak semasa mereka kecil. Mereka cukup positif ke arah itu (ibadat).

4 comments:

  1. tak tau lah apa nak jadi pak din.. ada sekali tuh saya lihat ada ibu dan anak gadis dia pegi makan kedai mamak .. yang maknyer takder apa tapi anak dia pakai seluar pendek.. nampak habis peha dia... errr.. satu soklan saya tertanya diri saya.. mak dia nih tak kisah ker orang dok nengok peha anak dia ni...

    ReplyDelete
  2. Lawatan sosial kebangsaan. Moga sehat sejahtera.

    ReplyDelete
  3. mr edz

    Ibunya pun agaknya suka jadi penjamu mata kot?

    ReplyDelete
  4. budak kampong online

    Terima kasih banyak semuga saudara pun sejahtera adanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa