Thursday, February 4, 2010

UMNO Tidak Bodoh

"Kenapa UMNO tidak menyerang PAS" - Pengerusi JK Disiplin PAS (baca di sini).

Pada mulanya malas nak layan namun oleh kerana beliau adalah seorang politikus yang berjawatan mengemukan soalan yang sedangkal itu, maka saya rasa terpanggil untuk memberikan jawapan ringkas yang tidaklah sebijak beliau.

Satu persoalan berlegar di kepala saya.
Tuan Ibrahim ni, benarkah orang politik?. Kalau orang politik, kenapa bodoh sangat untuk menilai dan menelah tindakan parti lawan?


Kalau dah keputusan JK Disiplin adalah selari dengan kehendak mereka, buat apa mereka bising?

UMNO sudah untung pada dua peringkat. Pertama tak payah kacau PAS pun, PAS sudah bergaduh sesama sendiri akibat dari keputusan itu dan kedua memang keputusan begitu yang mereka mahukan sebab selagi virus dan anasir UG masih berkuasa di dalam PAS, selagi itu hayat UMNO akan bersambung.

Hasilnya nanti sekiranya UG menjadi kenyataan PAS akan berpecah dan hayat UMNO akan panjang. Lambatlah lagi UMNO melangkaui tarikh luput.

Tapi takkanlah sebodoh itu Tuan Ibrahim ni? atau buat-buat bodoh!

p/s 'Bodoh' di sini bukan mencaci tetapi soalan - saya perlu perjelaskan perkataan itu sebab bila manusia terdindih emosi, mereka akan hilang kecerdikan!

10 comments:

  1. lu pon senget @ bodoh sbb kapla x abis2 pk soal UG sbb tu pandang 1 view... klu dah x suka mmg gitula cuba buat pesepsi buruk... lu layak jd presiden pas kot aduka jd timbalan lu...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Saya tidak payah layan manusia yang penakut untuk taruk nama dan tak faham pula bahasa melayu!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum .. Bro..

    Bro' mamat anoymous memang banggang..kah..kah..kah.. tak faham bahasa...

    Bro..Nak bagi tau..
    ramai yang belajar tinggi tu bukan nya cerdik sangat... banyak yang bodoh jugak dari kita yang tak sekolah tinggi...

    Macam kita yang tak belajar tinggi ni memang logik la kalau nampak bodoh pasal tak belajar sampai peringkat master, phd, diploma... macam mana pun setiap manusia ada kebodohan masing-masing.. cuma macam mana nak menyerlahkan akan kebodohan itu terpulang kepada yang empunya diri.. Ada orang bila tahu dia bodoh dia akan buat diam je, supaya orang tak tahu dia tu bodoh sikit atau sangat.. Ada orang suka bila orang tahu dia memang bodoh....kah..kah..kah..

    Cuba tengok pemimpin-pemimpin yang dok ada sekarang ni... Baik Pemerintah atau Pembangkang... lebih kureng hampir sama je...nampak bodohnya... Tapi paling ketara tahap kebodohan melampau peringkat ke-18 ialah pemimpin UMNGOK la...

    Bila bercakap mesti nampak terus tahap binggai dan bodoh tolol nya..
    Tengok si mamak keling yang nama zambery al kadeer al MB Haram baru-baru ni... Nak cabar pembangkang dengan cabaran bodoh... Dia ni bingai atau gila? Tak pun lupa makan ubat atau dah buang tabiat nak mampos..?

    Nak Cabar pun bagi la cabaran yang logik dan cerdik sikit...kah..kah..kah..
    Tapi apa nak buat...belajar tinggi-tinggi kat luar negeri sampai ada master degree pun mangkok jugak..

    Kah..kah..kah..
    Sekarang Pemimpin Pakatan pulak
    nak menyerlahkan kebodohan mereka ...takpe kita bagi la peluang...biar mereka nampak bodoh sekarang senang nanti kita terus terajang pasal diorang nak bagi kita tahu yang diorang tu bodoh dah sampai tak boleh nak diajar..
    dan tak layak memimpin...

    Bila jadi pemimpin terus takde idea..yang difikir hanya nak merembat dan kaut untuk perut sendiri je...kah..kah..kah...

    Malang la kita rakyat malaysia ni...kalau dua-dua pemimpin pembangkang dan pemerintah sama-sama jadi bodoh dan mangkuk...
    kita rakyat yang kecik-kecik ni akan terus hidup camna ni...lah..

    Woi Pemimpin Pakatan..
    Sorok la sikit kebodohan tu...

    ReplyDelete
  4. W'Salam Tok Ketua

    Memang sejak akhir-akhir ini majoriti pemimpin, baik UMNO mau pun PAS sudah jadi sama taraf.

    Dari segi cakap, membuat keputusan dan sebagainya sudah tidak ada nilai tinggi. Bila terdesak, berikan alasan pun mengalahkan budak sekolah rendah.

    Adakah kerana desakan masa menjadikan mereka kuncup IQ?

    ReplyDelete
  5. hehe..
    nak menuduh atau memperli senang aje.. petik jari je..

    PAS dan UMNO bersatu?? hahaha..
    UG antara PAS dan UMNO ???

    TITM merasa pelik logik gak..haha..

    UMNO tak bising.. mungkin sebab selari... faham dah tu..

    Orang sendiri bising.. nak ganti tempat UMNO yang dulu?? umpama tikus membaiki labu..

    labu dah rosak.. ada tikus pandai nak baiki.. tapi makin rosak...
    hahaha..

    Melayu ISLAM ni tau gaduh sesama sendiri je..
    ISLAM kelantan lain...
    ISLAM terengganu lain..
    ISLAM kedah lain.. wakaka...

    jumpe melayu utk ISLAM.. racist..
    cina jumpe cina ytk kristian.. racist tak?? hahahha...

    kelakar gak orang yang bijak politik ni... hehehe

    ReplyDelete
  6. Jika diandaikan ratio 1 blogger = 10 ribu pengundi (bukan ahli) PAS, maka terdapat terlalu ramai pengundi PAS yg rasa tertipu sebab memberi undi kepada PAS semasa PRU12 dahulu. Berbanding dgn pengundi yg menyokong UG (= blogger pro UG seperti ketua pemuda PAS) yg jauh sedikit.

    Bagaimana agaknya nasib PAS pada PRU13 nanti yg sudah tentu akan men-terpalit kepada performance PR.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  7. Sesetengah pemimpin atasan PAS terutama golongan 'orang agama' (yg sentiasa berjubah,dsbnya tu) ni adalah lebih layak duduk diam & tak bukak mulut.

    Pertama, PR hancus sbb terlalu rigid, atau, memang ada unsur cuba menipu/kecek).

    Kedua, kalau cakap (buat Press Conference, jawab press et al) pun diorang ni memang 'bodoh' & makan diri balik. Ni sebab ramai antara mereka memang bukan master/bijak mainan politik tapi master ilmu agama saja. Malangnya ramai yg 'menyemak' & 'menyibuk' dlm arus politik perdana tak sampai separuh wibawa TGNA yg terbukti (proven living legend) unggul in both ways, ilmu politik (pentadbiran) & ilmu agama.

    ReplyDelete
  8. SearchForHeaven

    Ada benarnya pandangan anda.

    ReplyDelete
  9. ir Anon

    Itulah juga yang saya rasakan.

    ReplyDelete
  10. Hanz

    "Sesetengah pemimpin atasan PAS terutama golongan 'orang agama' (yg sentiasa berjubah,dsbnya tu) ni adalah lebih layak duduk diam & tak bukak mulut".

    Pak Din pun fikir macam tu jugak. Bukaan mulut mereka yang merusak segala. memang TGNA memang lain dari yang lain. Entah bila pula akan muncul seorang pemimpin lain yang bersifat begitu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa