Tuesday, March 30, 2010

Bebel Petang

Perkara yang kita selalu terlepas pandang.

1. Kita akan marah dan sumpah seranah sekiranya sesuatu yang menyusahkan kita dilakukan orang lain terhadap kita tetapi sedarkah kita, kita juga ada kalanya menyusahkan orang lain.


2. Rasulallah membuang duri dan ranting yang merbahaya dan menyusahkan perjalanan di jalan, tetapi kita membina bonggol yang tinggi sehingga terseret dada kereta di jalan yang cantik sebagai halangan.

3. Di jalan raya juga ada manusia yang perlahan dengan selambanya di laluan kanan sedangkan di laluan kiri kosong. Seolah dengan sengaja menyusahkan pengguna lain. Bila di hon dia akan marah.

4. Bersih adalah sunah tetapi ada kalanya manusia membuang sampah di jalan ketika memandu terutama kulit buahan dan pembungkus makanan tanpa memikirkan orang yang memandu di belakang dan kebersihan jalan raya.

5. Kita marah bila anak orang lain di bawah umur memecut dan membising dengan motor di hadapan rumah kita terutama semasa kita sedang berehat tetapi ada masanya juga kita benarkan anak kita yang di bawah umur menunggang motor ketika memintanya membelikkan sesuatu yang kita malas untuk melakukan sendiri di kedai.

6. Kita marah bila anak-anak menyepahkan rumah tetapi ada kalanya kita sendiri menyepahkan rumah dengan surat khabar dan buku selepas membacanya.

7. Adakah tidak berlawanan dengan sunah sekiranya kita memandu kereta dengan tidak memakai Tali Pinggang Keledar atau menuggang motor tanpa helmet? Sedangkan Rasulallah berpesan supaya jangan mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya.

8. Kita suka menengok keburukan orang lain sedangkan kita lupa keburukan sendiri. Orang lain juga memerhati. Ibarat kata kita menghitung dosa orang tetapi dosa sendiri kita terlupa.

9. Pernahkah kita fikirkan kesusahan orang lain ketika kita parking kenderaan di petak yang dikhaskan?

Yang penting ialah dengan hanya satu falsafah sahaja "Jangan lakukan perkara yang kita tidak suka orang lain lakukan terhadap kita"

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa