Monday, March 1, 2010

Biawak Hidup Akan Melompat Dari Dukungan PKR

Berita yang lazim dari spesis Politikus Katak. Ada baiknya untuk PKR, dari mendukung Biawak Hidup lebih baik lepaskan saja ke dalam semak. Belakang tidak sakit, beban terlerai.

Cuma bagi makhluk ini, mereka tidak segan silu telah mengkhianati amanah dan harapan Rakyat yang mengundi mereka dulu. Adakah rakyat mengundi mereka di atas tiket induvidu (bebas) atau di atas tiket PKR. Kalau di atas tiket PKR maka jelas dan nyata mereka adalah Pengkhianat Rakyat. Segala elaun dan faedah selepas lompat, adalah hasil Haram. Tak percaya tanyalah Mufti. Kita bukan Mufti tidak boleh membuat Fatwa. Buat Air Tawar bolehlah!

Rasanya Mufti tercanggih Harussani boleh jawab ini kalau dia rasa bertanggung jawab. Tapi kalau dia ni jenis Mufti 'Belakang Parang', entahlah..

Tapi kalau masih bertanding selepas ini dan menang, maknanya memang mereka popular dan Undi yang mereka dapat adalah di atas batang tubuh, bukannya Parti yang diwakili. Jadi bagi yang bermoral, letak jawatan dan bertanding semula kalau nakkan rezeki yang halal dari politik.Rezeki yang halal memang penting sebab itulah yang akan dibawa balik untuk memberi makan anak bini. Kalau tidak tanggunglah dosanya hingga ke keturunan.

Itu pandangan saya. Sapa nak sanggah silakan tetapi berpandukanlah hukum moral dan Agama. Emosi dan sentimen di luar ruang lingkup kedua-dua hukum di atas saya tidak akan layan.

Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR

Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di mana ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Salehuddin juga meramalkan akan wujud satu 'blok MP' bebas di Dewan Rakyat.

Bekas setiausaha agung PKR itu juga turut menghadiri sidang akhbar Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bulan lalu, ketika ahli parlimen Bayan Baru itu mengumumkan keluar PKR.

Sumber asal di sini


Untuk makluman semua saya publishkan komen di bawah dan jawapan saya.

ikangdukang said...

saudara mountdweller,kalu x silap rrr,seseorang adun @ mp yg meletak jawatan,x dibenarkan bertanding dikawasan sama selama 5 tahun...tolong betulkan,tk.

Bloggermountdweller said...

ikangdukang

Betul mereka dilarang bertanding sepenggal (5 tahun). Tetapi risiko tu kenalah tanggung kalau nak jadi katak dan biawak.

Selepas 5 tahun bertandinglah atas tiket apa sekali pun. Kalau menang itulah populariti namanya. Kalau kalah jadilah bangkai hidup.

6 comments:

  1. tidak ada yg tidak betul..melainkan yang betul betul sahaja...

    ReplyDelete
  2. Sdr. Din

    Itu hanyalah pada pandangan saya. Tapi macam ni memang amat saya benci.

    ReplyDelete
  3. saudara mountdweller,kalu x silap rrr,seseorang adun @ mp yg meletak jawatan,x dibenarkan bertanding dikawasan sama selama 5 tahun...tolong betulkan,tk.

    ReplyDelete
  4. ikangdukang

    Betul mereka dilarang bertanding sepenggal (5 tahun). Tetapi risiko tu kenalah tanggung kalau nak jadi katak dan biawak.

    Selepas 5 tahun bertandinglah atas tiket apa sekali pun. Kalau menang itulah populariti namanya. Kalau kalah jadilah bangkai hidup.

    ReplyDelete
  5. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5568253&sec=nation

    Friday January 29, 2010
    I am not quitting PKR, says Tee Beng

    NIBONG TEBAL: Nibong Tebal MP Tan Tee Beng has strongly denied claims that he has resigned from PKR and will be joining the newly-formed Parti Cinta Malaysia (PCM).

    “This is really annoying,” Tan said when contacted yesterday as talks of him quitting PKR surfaced again.

    Speculation was rife that he was leaving PKR after a local Chinese daily published a report last October that he would quit the party.

    “This is not true and it never crossed my mind,” he said.

    “Once again, I would like to say that I am faithful to PKR and those spreading such rumours should stop it.”

    Tan was among several people who had criticised newly-appointed state PKR chairman Mansor Oth-man’s state liaison committee line-up last November.

    Tan had said then that he was confused by the appointment of certain individuals who he claimed had damaged the party’s image.

    THEN....
    HARI NI APA JADI?
    MEMANG BIAWAK LIDAH BERCABANG!!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Nampaknya hari yang berbelit dan membingongkan.

    Dari lidah manusia pun sama, lidah rasmi PAS pun 2x5 juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa