Saturday, March 6, 2010

Bila Anak Jantan Berkata-Kata


Tengku Razaleigh Hamzah menyalahkan beberapa pemimpin dahulu kerana menyebabkan empat negeri gagal mendapat hak menuntut royalti minyak.

Beliau mendakwa merekalah antara penyebab Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tidak mendapat hak menuntut royalti lima peratus.

Tengku Razaleigh, antara pengasas Petronas berkata, beliau menyiapkan pelan bagi membentuk Akta Kemajuan Petroliam, 1974.

“Wang berkenaan (sepatutnya) disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri di bawah satu dana, namun saya diarahkan menafikan hak mereka.

“Untuk itu saya mencipta mekanisma baru supaya Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu juga mempersoalkan perbelanjaan RM20 bilion yang diberikan oleh Petronas kepada Kerajaan Terengganu dihabiskan dalam masa singkat.

“Sepatutnya wang berkenaan digunakan untuk membasmi kemiskinan dan saya kesal kerana ramai yang tidak mendapat manfaat daripada wang berkenaan.

“Petronas membayar RM6.2 bilion dalam bentuk tunai pada 2009. Terengganu mendapat RM3 bilion, Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat RM2.3 bilion dan RM0.9 bilion,” katanya.

Tengku Razaleigh menyelar salah seorang Naib Presiden UMNO yang mengarahkan ahlinya tidak membuat kenyataan mengenai isu royalti minyak.

“Pada hemah saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan menutup mulut perlu dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya diarahkan supaya keluar daripada UMNO sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

“Apa yang dilakukan oleh saya adalah meletak kepentingan rakyat Kelantan lebih daripada kepentingan parti (UMNO).” katanya. -SH

4 comments:

  1. Salam Tuan.

    Kritikan umno ke terhadap Ku Li dalam kes royalti minyak Kelantan menunjukkan sikap umno yang sebenarnya, iaitu "DILARANG BERKATA BENAR KERANA IANYA PAHIT!!!".

    Syabas saya ucapkan kepada Ku Li di atas keberaniannya!!!

    ReplyDelete
  2. W'salam Jai

    Dari dulu, Ku Li memang berani bertindak dan berkata-kata pada tempatnya.

    Kerana prinsipnya juga beliau melawan Mahathir dulu sehinggakan roboh UMNO asal. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO Klon.

    ReplyDelete
  3. salam uncle

    Kalaulah ramai tokok pemimpin bercakap macam Tengku Razaleigh dalam apa jua isu, soal minyak dan soal yang lain-lain lagi. Bercakap seberani dengan faktanya yang tersurat sejak dari dulu.. bukan sekadar sekarang..

    ReplyDelete
  4. W'salam Rashid

    Sayangnya kita ketandusan Pemimpin sepertinya sekarang.

    Sekarang ramai pemimpin yang pentingkan perut dan kedudukan daripada pimpinannya sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa