Monday, March 8, 2010

JAIS Yang La'ih

JAIS.... bila di bawah manusia jenis malaun hilang fungsinya. Pendakwah ditangkap dengan pengawal bersenjata lengkap tetapi Penjenayah dan Penzina tidak diambil peduli.

Apakah ini wajah sebenar JAIS? Adakah JAIS juga sudah jadi Topeng Politik?

Ini adalah N3 dari sini

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, pihaknya membuat keputusan tidak menahan Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun berhubung kes dera dan bunuh anaknya, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun, 25 Februari lalu. Pihak polis dikatakan berpuas hati dengan kerjasama diberikannya sebagai saksi.

Apapun, status siapa bapa sebenar Syafia dan adik lelakinya berusia 18 bulan masih belum terungkap. Saya percaya ramai ingin mengetahui fakta sebenar. Dilaporkan suami Nurhanim, ditahan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan membunuh sejak tahun 2006, 4 tahun lalu, sedangkan 2 anaknya termasuk arwah berusia kurang daripada itu.

Minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar akan memanggil Nurhanim untuk disiasat jika dia melakukan persetubuhan haram. Lebih 10 hari selepas kejadian, tiada tindakan diambil JAIS.

Bila lagi?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa